Pages

Friday, 28 June 2024

                                      

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

FESYEN

 

CFAMT Kembali ke Malaysia Selepas 18 Tahun

 

KONGRES Persekutuan Tukang Jahit Master Asia ke-28 (28thCFAMT) akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 1 hingga 6 Ogos 2024, dengan tema ‘Menyatukan Gaya, Meraikan Kemahiran’.

 

Dengan penganjuran 28thCFAMT ini, ertinya acara tukang jahit unggulan Asia kembali ke Malaysia selepas 18 tahun mengangkat seni jahit tempahan, pertukaran kreativiti & kemahiran, ‘perubahan berterusan fesyen’ yang menampilkan pereka bentuk Malaysia, ‘mozek fesyen’ pertunjukan fesyen antarabangsa, & berjalan berbusana antarabangsa Kuala Lumpur.

 

Pengumuman mengenai penganjuran 28thCFAMT ini diumumkan oleh Persekutuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia (FTGM) dalam sidang media pada 27 Jun lalu di Kafe TRX City, Persiaran TRX Barat, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

 

Acara berskala besar ini merupakan dedikasi untuk mempromosi kemahiran seni jahit tempahan, menggalakkan kerjasama dalam industri, dan menampilkan bakat-bakat menjahit ke peringkat antarabangsa.

 

Kongres ini menumpukan pada usaha menambah penaja, pempamer, dan perwakilan, menggalakkan dialog bermanfaat, dan menggiatkan inovasi. Selain itu, 28thCFAMT menjanjikan pelbagai manfaat, dan memperkaya pengalaman, menerusi beraneka program menarik, dari kelas master ke pertunjukan fesyen.

=========================================================================

Keterujaan Presiden FTGM, Encik Sam Ng Teck Yau menjadi tuan rumah 28thCFAMT begitu ketara apabila mengatakan kongres ini mahu menampilkan kemahiran jahit tempahan, dan bakat-bakat menjahit.

 

“Disertai enam negara Eropah dan 10 negara Asia, dengan kira-kira 300 perwakilan, kami sangat gembira untuk mengetengah kemampuan mereka cipta, dan inovasi para pereka cipta negara kita ke mata dunia. Ia bukan hanya menghargai warisan berakar umbi seni jahit di seluruh Asia, tetapi juga bukti dedikasi kita bersama, untuk membawa kreativiti, dan kemahiran ke dalam industri,” katanya dalam sidang media itu.

 

Tambah Encik Sam, penganjuran 28thCFAMT juga mendapat kerjasama kerajaan Malaysia dalam usaha mempromosi kebaya, batik dan songket sebagai unsur budaya tradisional, dengan pertunjukan fesyen yang memperaga fesyen kebaya, batik dan songket, untuk membantu kerajaan mempromosi ‘perwatakan’ istimewa kebaya, batik dan songket kepada tetamu-tetamu luar negara.

                                        

Encik Sam Ng Teck Yau (dua dari kiri) bersama-sama Datuk Dickson Phang (paling kiri), serta Dato’ Yeoh Soon Hin, Dr Eyo Leng Yan, dan Cik Jay Ishak (tiga, empat dan lima dari kiri).

=========================================================================

“Kami juga membuat perancangan agar tetamu luar negara dapat menikmati daya penarik kebudayaan dan seni, dalam usaha membantu kerajaan mempromosi daya penarik pelancong, sebagaimana keunikan serta pelbagai seni dan kebudayaan, untuk menarik lebih ramai pelancong asing melawat Malaysia,” katanya lagi.

 

Sidang media itu turut dihadiri wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), dan Tourism Malaysia, serta lain-lain yang diharap oleh Sam dapat memberikan sokongan padu.

 

Mereka termasuklah Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara, YBhg Dr Eyo Leng Yan; Penasihat FTGM, YBhg Datuk Dickson Phang, dan rakan kongsi merangkap Presiden Persatuan Pereka Bentuk Rasmi Malaysia (MODA), Cik Jay Ishak.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((
-------------------------------------------------------------

Sam turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penaja, MOTAC, Tourism Malaysia, Drago Lanificio in Biella, YKK Malaysia, Smart Master, Holland & Sherry, VBC, Paladino, NJB Trading, Scabal, Bagento’s Bespoke, Buttega Tesutti, Sharp Malaysia, Kim Lee, Nazrin Shah Tailor, dan MODA.

 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi, Lembaga Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia, YBhg Dato’ Yeoh Soon Hin, dalam ucapannya menggesa FTGM memanfaatkan platform 28thCFAMT untuk mencetus kemungkinan mewujudkan ‘Hab Fesyen & Reka Bentuk’ di Malaysia.

 

“Berjaya mewujudkannya di Malaysia, bererti mewujudkan sebuah lagi platform bagi industri reka bentuk Malaysia mengembangkan pasarannya, dan mengangkat profil industri reka bentuk fesyen negara. Ini adalah batu loncatan yang sangat bagus,” tegas Dato’ Yeoh.

 

Lebih penting, jika hab baharu ini dapat berhubung dengan sektor pendidikan, kebudayaan dan pelancongan, ia tidak hanya muncul sebagai daya penarik pelancong dan produk untuk Malaysia, tetapi juga menarik lebih ramai pelancong, terutamanya para penggemar tegar fesyen mengunjungi negara kita sebagai pelancong dan pengguna, selain mewujudkan produk baharu bagi pendidikan Malaysia.


Encik Sam Ng Teck Yau, Dato’ Yeoh Soon Hin, Dr Eyo Leng Yan, dan Cik Jay Ishak bersama-sama sebahagian daripada tukang jahit yang terbabit dengan 28thCFAMT.   

=========================================================================

Dr Eyo Leng Yan (dua dari kanan) menyampaikan ucapan alu-aluan beliau sebagai wakil pihak Kerajaan Malaysia.

=======================================================================

Peserta 28thCFAMT, Pertunjukan Fesyen Pereka Bentuk Terkenal Malaysia, Pertunjukan Fesyen Antrabangsa, dan  Berjalan Berbusana Antarabangsa Kuala Lumpur memberikan tanggapan dan peluang berharga untuk memajukan perhubungan baharu, serta platform bagi pertunjukan tawarkan kepada audiens antarabangsa. Bersama-sama menjayakan kerjasama, menggalakkan inovasi, dan meraikan kesenian seni jahit tempahan.

 

Secara terperincinya, 13 perwakilan dari bukan Asia merangkumi Itali, England, Trinidad & Tobago, dan Mauritius. Sementara 200 lagi dari negara Asia, iaitu Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam, dan Emeriah Arab Bersatu.

 

Malaysia sebagai tuan rumah, diwakili 87 peserta.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


            Replika mesin jahit daripada Encik Sam Ng Teck Yau untuk tetamu jemputan.

=========================================================================


 

Acara-acara di sepanjang 28thCFAMT: 

 

Pada 2 dan 3 Ogos 2024, YBrs Professor Andrew M Ramroop OBE, dari Akademi Tukang Jahit Tempahan Savile Row, akan menyampaikan ceramah eksklusif Master Classes, menetapkan petanda aras baharu, dalam ketelitian, dan kesenian dalam kemahiran.

 

Pada 3 Ogos 2024, jam 6 petang-7.30 malam, diadakan Pertunjukan Fesyen Pereka Bentuk Terkenal Malaysia ‘Aliran Fesyen’ yang akan tampil sebagai platform utama bagi para graduan baharu beberapa institusi, termasuk Raffles, INTI, kolej vokasional untuk menunjukkan rekaan inovatif mereka. Menampilkan 10 pereka bentuk, dan 40 paparan halus mulus, pertunjukan ini membayangkan pertemuan bakat dan kreativiti.

 

Pada 4 Ogos 2024, jam 5 petang hingga 7 malam pula, akan berlangsung Pertunjukan Fesyen Antarabangsa ‘Mozek Fesyen’ di pentas utama Pusat Konvensyen HGH, menampilkan contoh hasil kerja 30 pereka bentuk dari Asia Master Tailors, dan MODA. Dengan 162 paparan kraf indah, pertunjukan ini menonjolkan mercu kecemerlangan fesyen tempahan.

 

Pada 5 Ogos 2024, jam 4 hingga 6.30 petang, Berjalan Berbusana Antarabangsa Kuala Lumpur, akan menjadi perjalanan kenangan dari Grand Hyatt Kuala Lumpur ke Pavillion Kuala Lumpur. Dengan 500 peserta dan 20 pencetus idea, idea ini bertujuan membentuk batu loncatan baharu dalam sejarah Buku Rekod Malaysia.

 

 

Sementara itu, MOTAC dan Tourism Malaysia sedang dalam persiapan menganjurkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang merangkumi kerjasama dengan sektor swasta untuk mewujudkan daya tarikan dan produk pelancongan yang baharu, serta mengalu-alukan masukan bernilai daripada anda semua.

 

Antara 'bintang' seni jahit tempahan negara:


Pertama – pertandingan Memotong Master Antarabangsa:

Encik Estie Wong adalah Juara Kebangsaan kita mewakili Malaysia.

 

Kedua – pertandingan Memotong Master Junior:

Encik Er Wei Ming, 27 tahun adalah Juara Kebangsaan kita.

 

Ketiga – pertandingan Jari Emas:

Encik Kok Keng.

Encik Nick, 22 tahun.

 

Keempat – pertandingan Mannequin tiga kategori (Formal, Kreatif dan Tuxedo)

 

 

Untuk pendaftaran, sila hubungi:

           Nama: Encik Sam Ng Teck Yau

           Jawatan: Presiden Persekutuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia

           Nombor telefon: +60102188812

           E-mel: tailorguildmalaysia@gmail.com

 

Lawati laman sesawang rasmi https://fedtailorsguildsmy.com untuk maklumat tambahan. Cari dan ikuti perkembangan semasa ke semasa Persatuan Persekutuan Tukang Jahit Malaysia dalam Facebook, dan Instagram.

 

Untuk pertanyaan pihak media, sila hubungi:

           Nama: Encik Phang Chew Hock

           Jawatan: Pegawai Perhubungan & Publisiti Media CFAMT 2024

           Nombor telefon: 0123751541

           E-mel: phangchewhock358@gmail.com

 

-         RAJA YUSOFF ARIFFIN

Wednesday, 12 June 2024


=========================================================================

MUZIK

 

Merah Hitam Janjikan Persembahan Agam

Gabungan Def Gab C-Kristal X

 

KATA orang, hitam itu anggun, dan merah pula lambang keberanian, serta semangat yang menyala-nyala. Dikaitkan dengan 31 Ogos, maka ia tarikh kemerdekaan tanah air yang disambut dengan penuh berani, dan bersemangat tinggi dalam keanggunan.

 

Demikianlah yang mungkin diharapkan oleh penganjur persembahan berprestij Merah Hitam @ Zepp KL: Def Gab C & Kristal X pada 31 Ogos 2024, bermula jam 8 malam, di Zepp KL.

 

Def Gab C dan Kristal X adalah dua nama yang telah terpahat dalam litar muzik tanah air, lebih 20 tahun. Keduanya dianggap sebagai antara dua kumpulan pelapis muzik rock yang mempunyai kualiti dan karektor tersendiri , baik dari segi muzikal , mahupun imej dan pengaruh.

=========================================================================

                   Pengarah Urusan Shoreline Space, Shahrunnizam Jamel.

###################################################################################

Sebenarnya, ‘merah hitam’ adalah perkataan yang diambil daripada kedua lagu hit kumpulan berkenaan, iaitu Merah dari Def Gab C, dan lagu Seragam Hitam dari Kristal X.

 

Lebih dua bulan menjelang persembahan tersebut, satu majlis sidang media telah diadakan di IDEAS Kuala Lumpur pada 12 Jun lalu.

 

Dengan bergabung mengadakan persembahan itu nanti, Def Gab C bakal menyampaikan hampir 20 lagu malar segar yang pernah menjadi halwa telinga para peminat seni tanah air.

=========================================================================


Pengarah Persembahan Merah Hitam @ Zepp KL: Def Gab C & Kristal X, Amad.

=========================================================================

Jelas penyanyi utama Def Gab C, Asheed, Merah Hitam @ Zepp KL: Def Gab C & Kristal X ini adalah penampilan sulung mereka selepas hampir empat tahun.  Sebelum ini beliau lebih aktif menyanyi secara solo.

 

“Jadi, 31 Ogos nanti adalah saat yang sangat saya nanti-nantikan kerana vibe membuat persembahan bersama-sama ahli band adalah puncak kepuasan saya di pentas, dan juga memberi energi yang berbeza kepada peminat. Ia juga satu gabungan semula Def Gab C. Selepas ini, kami merancang untuk mengadakan tour di seluruh negara,” katanya yang tidak gemar menyebut comeback atau kekembalian.

 

Selain Asheed , Def Gab C dianggotai Jemboo (gitar), Ahtonk (dram), dan Epyn (bass). Mantan ahli, Ajak turut hadir memberikan sokongan, dan tampil menyampaikan ucapan ringkas.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sementara itu Lan mengatakan Kristal X sangat teruja untuk beraksi, dan ini juga, tambahnya,

merupakan peluang kepada peminat setia untuk menikmati kepuasan tersendiri, memandangkan ia diadakan secara sistemetik di lokasi yang dianggap amat sempurna dari segi penataan bunyi dan visual, Zepp KL.

 

“Saya dan anggota Kristal X yang lain, iaitu Ainol pemain dram, Napie di gitar, Amai bass, dan Ayop bermain keyboard begitu bersemangat untuk habis-habisan ‘bergoyang’ dengan semua peminat,” ujar Lan, penyanyi utama Kristal X.

=========================================================================

                                               Penyanyi utama Def Gab C, Asheed.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Turut hadir Pengarah Persembahan, Amad; Pengarah Urusan Shoreline Space, Shahrunnizam Jamel, dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez sebagai penyokong.

 

Dalam ucapan beliau, Shahrunnizam memberitahu bahawa konsert Def Gab C & Kristal X Merah Hitam ini merupakan langkah permulaan syarikatnya menceburkan diri secara profesional menjadi penganjur dalam li persembahan langsung.

 

“Ia juga satu sinergi dengan perniagaan asas Shoreline Space, iaitu ruang acara dengan peralatan muzik terkini yang terletak di Sri Rampai,” tambah beliau yang mengaku secara peribadi amat teliti, dan cerewet dalam menyelenggarakan persembahan ini.

***********************************************************************************

Sidang media Merah Hitam @ Zepp KL: Def Gab C & Kristal X pada 12 Jun lalu.

=========================================================================

Jadi, untuk Merah Hitam ini, kata Shahrunnizam lagi, pihaknya menyediakan peralatan, sistem bunyi dan visual, serta tenaga teknikal profesional yang bakal dipersembah oleh barisan pemuzik pelapis terbaik negara, iaitu anggota kumpulan Def Gab C dan Kristal X.

 

Menjawab persoalan mengapa tarikh 31 Ogos dipilih kerana akan ada banyak persembahan lain yang menyebabkan audiens berpecah, beliau mengatakan acara-acara menyambut hari kemerdekaan selalu diadakan pada 30 Ogos sebelah malam.

 

“Pada 31 Ogos sebelah malam sudah tiada lagi acara-acara. Lagipun, Merah Hitam ini akan berlangsung pada malam minggu. Keesokan harinya Ahad adalah hari cuti. Jadi, tiada masalah untuk orang ramai datang menonton, dan pulang lewat,” jelas Shahrunnizam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                                                Lan, penyanyi utama Kristal X.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Sementara itu, Amad menegaskan beliau mahu konsert ini tampil berbeza dengan persembahan artis-artis lain. Justeru, tambahnya, semua pihak yang terlibat perlu berbincang, dan bersedia dari permulaan hingga selesai. Dalam kata lain, ‘A to Z’.

 

“Konsert ini perlu diadun dengan pelbagai suntikan artistik tersendiri, baik dari segi tema, dan manifesto. Paling utama pada malam persembahan akan ada beberapa unsur yang agak menarik,” kata beliau.

 

Amat menyedari konsert diadakan pada hari sambutan kemerdekaan negara, Amad memberitahu pasti ada sedikit unsur patriotik yang disampaikan dengan cara sendiri, dan beliau mahu memastikan ia bakal menjadi kenangan halwa telinga, serta kepuasan jiwa dan visual.

=========================================================================


Datuk Freddie Fernandez turut menyampaikan ucapan ringkas.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Datuk Freddie pula menyatakan rasa gembira dan bangga beliau, sambil mengucapkan tahniah kepada anak-anak didiknya yang kini ‘naik pangkat’ menjadi penganjur persembahan pentas.

 

Jadi, kepada para peminat lagu Ibu Kota CintaMerahCinta Sakti , Seragam HitamResam Pak BelalangAmpunkan Aku, dan Memburu Impian tontonlah sambil menyanyikannya bersama-sama dengan Def Gab C dan Kristal X dalam konsert Merah Hitam@Zepp KL pada 31 Ogos nanti, sambil menghayati semangat kemerdekaan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


                                        Persembahan khas Deg Gab C dan Kristal X.

=========================================================================

Datuk Freddie pula menyatakan rasa gembira dan bangga beliau, sambil mengucapkan tahniah kepada anak-anak didiknya yang kini ‘naik pangkat’ menjadi penganjur persembahan pentas.

 

Jadi, kepada para peminat lagu Ibu Kota CintaMerahCinta Sakti , Seragam HitamResam Pak BelalangAmpunkan Aku, dan Memburu Impian tontonlah sambil menyanyikannya bersama-sama dengan Def Gab C dan Kristal X dalam konsert Merah Hitam@Zepp KL pada 31 Ogos nanti, sambil menghayati semangat kemerdekaan.


                    Def Gab C dan Kristal X akan turut tampil dengan unsur patriotik.

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk maklumat tiket sila layari laman web myticket.asia.


- RAJA YUSOFF ARIFFIN