Pages

Monday, 29 July 2024

                                        

YBhg Datin Raskidah Ali (empat dari kanan) bersama-sama para pelanggan Trishya & Co yang menerima anugerah dalam majlis pada 27 Julai lalu.

\                                                                        


Foto Hanif Ariffin

===========================================================================

--

2. EKONOMI

 

Datin Raskidah Lancarkan 9JK, Rai Pelanggan Trishya & Co

 

PADA 27 Julai lalu, telah berlangsung majlis sidang media Air Tangan Emas atau nama Antarabangsanya, JOM – ‘Jewels of Malaysia’ (sebelah petang), serta pelancaran 9KJ keluaran Trishya & Co, dan penyampaian anugerah kepada pelanggannya (sebelah malam), di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

 

Datin Raskidah dan suami turut hadir bersama-sama Encik Khairul Akmal Mohd Kamal, Naib Presiden Persatuan Penggiat Senireka Barang Kemas (PERSEKA).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                      

YBhg Datin Raskidah Ali (tengah) bersama-sama peragawati yang turut menyerikan majlis.  

===========================================================================

Dalam ucapan beliau, pengasas Trishya & Co, YBhg Datin Raskidah Ali mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi datang memeriahkan majlis anjuran pihaknya.

 

Datin Raskidah turut menyampaikan penghargaannya terhadap para pelanggan setia Trishya & Co. Sudah pastilah beliau mengharapkan sokongan yang berterusan, di samping syarikatnya semakin maju.

 

Sebagai tanda terima kasih, Raskidah menyampaikan anugerah kepada pelanggan bertuah, dan meraikan pihak media yang tidak henti-henti memberi sokongan.


Penyanyi muda popular tanah air, Haqiem Rusli turut menghiburkan hadirin pada majlis malam tersebut.

 

Kehadiran Haqiem yang juga dilantik sebagai Duta JOM, menjalinkan kerjasama dengan penganjur di sepanjang sesi pencarian bakat baharu menerusi JOM.

 

Majlis pelancaran 9JK dan penyampaian anugerah pelanggan Trishya & Co dibuka dengan segmen selingan, iaitu catwalk oleh hadirin yang duduk di meja 1 hingga 7. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Raskidah sendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                                                                           

Antara barang kemas 9JK Trishya & Co yang turut dipamerkan.

===========================================================================


YBhg Datin Raskidah Ali memberikan penerangan mengenai barang kemas 9JK Trishya & Co kepada pihak media.

Foto Hanif Ariffin

=========================================================================


Sebahagian daripada yang menghadiri majlis pelancaran barang kemas 9JK dan penyampaian anugerah pada 27 Julai lalu.

=========================================================================


Majlis pelancaran 9JK dan penyampaian anugerah pelanggan Trishya & Co dibuka dengan segmen khas, iaitu catwalk oleh hadirin yang duduk di meja 1 hingga 7.

4.  =========================================================================

*************************************************************************************



YBhg Datin Raskidah Ali menyampaikan ucapan alu-aluan.

Foto Hanif Ariffin

=========================================================================

Sementara itu, JOM dianjurkan oleh PERSEKA yang berpejabat di G-12 Saville@Melawati, Jalan Kolam Air, Desa Melawati, Kuala Lumpur, ditubuhkan di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Koperasi Norras Berhad pada 8 Februari 2024, dengan nombor pendaftaran PPM-009-14-08022024.

 

Sidang media pada sebelah petang 27 Julai lalu dihadiri Pengerusi PERSEKA yang menyampaikan ucapan, serta Raskidah dan persembahan nyanyian lagu tema JOM oleh Haqiem.

 

Antara aktiviti terawal yang dianjurkan oleh PERSEKA adalah JOM, iaitu acara pencarian bakat semula jadi dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Program ini turut menjemput bakat-bakat dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei.

 

Menariknya pencarian bakat ini turut mengalu-alukan penyertaan pelajar universiti awam, dan universiti swasta, sekali gus bakal melahirkan bakat-bakat muda dengan idea yang segar daripada golongan ini.

 

JOM akan bermula pada Ogos depan di Johor Bharu sebagai wakil Zon Selatan. Pada September pula di Kuala Terengganu mewakili Zon Timur. Sementara Oktober di Pulau Pinang mewakili Zon Utara, serta November di Sabah dan Sarawak.

 

Peringkat akhir JOM akan berlangsung pada Disember depan di Kuala Lumpur.

 

JOM akan memilih dua pemenang dalam setiap kategori dari lima negeri tersebut untuk dibawa ke Kuala Lumpur, dan diadili pada peringkat akhir.

 

Peringkat akhir pertandingan akan mengumpulkan kesemua peserta akhir yang akan menghabiskan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan masing-masing.

 

Untuk itu, JOM kini mengalu-alukan penyertaan dari seluruh negara, serta Indonesia, Singapura, dan Brunei untuk mengambil bahagian.

 

Paling menarik, hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sangat lumayan, selain memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada semua peserta.

 

Untuk makluman, hadiah utama peringkat akhir adalah:

a)      Satu kilogram 999 jongkong emas, dan kursus pendek dalam bidang seni reka di Universiti Seni London (UAL) bagi pemenang pertama.

b)      Seratus gram 999 jongkong emas dan kursus pendek dalam bidang seni reka di UAL untuk pemenang kedua.

c)      Seratus gram 999 jongkong emas bagi pemenang ketiga.

d)      Sepuluh gram 999 jongkong emas untuk tempat keempat hingga ke-10.

 

Sebagai sebuah NGO yang sebelum ini mengangkat seni budaya negara menerusi rekaan emas yang eksklusif, dan memiliki keunikan rekaan tradisi Melayu seperti gong, congkak, buah-buahan tempatan, binaan yang menjadi ikon negeri, dan motif flora yang terkenal di Malaysia, PERSEKA mengharapkan JOM dapat diadakan saban tahun sebagai acara tahunan bagi memartabatkan seni reka berbudaya Melayu, dan berjiwa Malaysia, sekali gus mengangkat keunikan rekaan ke persada dunia.

 

-         RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

 

1.     

5.      

6.      .      

k Foto MegatzReview

f===========================================================================

1.     AD-DIN

 

Mari Berumrah dengan Zul Ariffin!

 

MENURUT PU Hilmi, hubungan baik dengan Zul Ariffin memudahkan tawaran pelantikan sebagai Selebriti dan Ikon Khadim Ummah Holidays (KUH) oleh pihak beliau kepada pelakon terkenal tanah air itu.

 

“Saudara Zul sendiri telah beberapa kali mengerjakan umrah, dan mahu berada di Mekah melakukan ibadat tersebut saban tahun. Beliau ingin tinggal di sana sebulan,” ujar Hilmi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KUH Sdn Bhd.

 

Justeru, tambah beliau yang juga Mejar Bersekutu (PA) dengan nama sebenar, Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil, Zul terus menerima tawaran tanpa meminta tempoh berfikir.

=========================================================================


PPuan Hajah Faridah Hamid (kiri) dan Mejar Bersekutu (PA) Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil @ PU Hilmi semasa sidang media.

===========================================================================

Hilmi menjelaskan sedemikian semasa sidang media pelancaran Pakej Umrah Kasih Ramadan, dan Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 28 Julai lalu.

 

Turut hadir Puan Hajah Faridah Hamid, Setiausaha Agung Terhormat Persatuan Agensi Pelancongan Umrah (PAPUH); Tuan Omri Nordin, Ketua Pegawai KUH Sdn Bhd, dan Encik Amirul Hakim, Pengurus Besar KUH Sdn Bhd.

 

Cuma, malangnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Zul Ariffin hanya muncul selepas sidang media pelancaran itu berakhir.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Dari kiri; Tuan Omri Nordin, Puan Hajah Faridah Hamid, dan Mejar Bersekutu (PA) Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil @ PU Hilmi.

=========================================================================

0.                                         Pelakon popular Zul Ariffin sebagai Ikon Khadim Ummah Holidays.

FFoto MegatzReview

===========================================================================

Mengenai pengekalan kontrak Zul sebagai Ikon KUH, Hilmi menjelaskan setakat ini pihaknya masih melihat keadaan dan perkembangan kerana masih awal.

 

“Biasanya yang dilakukan bagi perkara seperti ini adalah pembaharuan kontrak dari setahun ke setahun,” jelas beliau yang enggan mengulas jumlah bayaran kepada pelakon utama filem ‘pecah panggung’ Sheriff itu.

 

Memang terdapat suara-suara di luar sana yang mempertikai pelantikan mana-mana artis terkenal untuk produk atau program Islam.

 

“Sebenarnya, usaha mengajak ke arah kebaikan tidak hanya boleh dilakukan oleh agamawan seperti imam, guru agama atau mantan peserta program realiti televisyen agama sahaja. Artis yang sangat popular juga diperlukan untuk menarik minat ramai,” jelas Hilmi membalas sanggahan itu.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



“Pempengaruh tidak salah. Yang salah adalah jika yang disebarkan dengan bantuan popularitinya itu perkara buruk,” tambah Hilmi yang biasa muncul dalam program agama stesen televisyen berbayar.

 

Sementelah, jelas beliau lagi, kehadiran Zul di Madinah dan Mekah nanti turut dimantap, serta dimaknakan dengan pelbagai sesi bermanfaat seperti telaah kitab-kitab tertentu dan penting.

 

Sementara itu, Puan Faridah berharap pihak kerajaan dapat mengusahakan mekanisme yang lebih ampuh dalam membendung isu penipuan syarikat-syarikat umrah.

 

“Setakat ini, pihak kerajaan menerusi kementerian berkaitan sering mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terbabit untuk mencari jalan penyelesaian,” jelas beliau yang tidak menafikan memang sukar, malah mustahil untuk membasmi penipuan umrah sepenuhnya.

 

Pakej Umrah Kasih Ramadan bertujuan memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ibadah umrah pada bulan suci Ramadan, dengan suasana penuh ketenangan, dan kemuliaan.

 

Pakej ini direka khusus untuk memastikan para jemaah dapat merasai keberkatan Ramadan di tanah suci dengan bimbingan yang teliti, dan menyeluruh.

 

Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin pula menawarkan pengalaman unik kepada jemaah dengan penyertaan selebriti tersebut, dan mengikuti aktiviti motivasi, serta pengisian rohani yang disediakan di sepanjang perjalanan.

 

KUH Sdn Bhd komited dalam menyediakan perkhidmatan umrah berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, iaitu Umrah Kasih bermula dari harga RM5,480 dan Kasih Ramadan (32 hari 30 malam) pula bermula dari RM9,980.

 

Sebagai syarikat pelancongan yang berpengalaman mengurus beberapa pakej umrah, dan haji, ia berharap dapat memudahkan perjalanan ibadah umat Islam. Buktinya, dengan menyediakan pakej yang menyeluruh, dan memenuhi piawai tertinggi dalam perkhidmatan pelancongan agama.

 

Justeru, KUH Sdn Bhd berharap kesemua pakej dapat memenuhi kehendak, dan keperluan jemaah serta memberikan pengalaman umrah yang mendalam dan bermakna.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

                                          

Dari kiri;  Tuan Omri Nordin, Sdr Zul Ariffin, Puan Hajah Faridah Hamid, dan Mejar Bersekutu (PA) Mohammad Azhar Hilmi Mohamad Fadzil @ PU Hilmi.

F

Foto MegatzReview

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman sesawang rasmi KUH Sdn Bhd di www.khadimummahholidays.com.my, atau hubungi talian khidmat pelanggan 019 4534425.

 

KUH Sdn Bhd juga boleh dihubungi dengan talian 04 425 0692, e-mel: admin@khadimummahholidays.com.my.

 

-         RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

 

3.      

    

Friday, 26 July 2024

                 

                                   

==================================================================================================================================================

EKONOMI

 

Lapan Resolusi untuk Perkasa Gerakan Koperasi Negara

KONGRES KOPERASI KEBANGSAAN 2024


KONGRES Koperasi Kebangsaan (KKK) 2024 berlangsung pada 25 dan 26 Julai 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

 

Dengan tema, ‘Koperasi Pemangkin Ekonomi MADANI’, yang cukup dekat dengan misi serta visi yang dibawa oleh kerajaan sekarang, kongres kali ketiga ini anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), bersama-sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), dan Dasar Koperasi Malaysia 2030.

 

KKK dimulakan dengan Ucap Utama oleh YBhg Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), dan Naib Presiden International Cooperative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP), di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL pada 25 Julai.

 

Pada hari pertama itu juga KKK 2024 diisi dengan tiga pembentangan kertas kerja, sebuah wacana koperasi, dan sebuah bengkel.

 

Kertas Kerja 1, Dasar Koperasi Malaysia 2030 dibentangkan oleh KUSKOP. Kertas Kerja 2, iaitu Prestasi, Isu dan Cabaran Gerakan Koperasi oleh SKM, dan Kertas Kerja 3, Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Modal Insan Koperasi pula oleh IKMa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


YYBhg Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) menyerahkan resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 kepada Perdana Menteri dan Menteri KUSKOP.

2.   ===============================================================================================================================

Wacana Koperasi bertajuk Ekonomi MADANI Malaysia dijayakan oleh YBhg Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Bengkel Perbincangan Kumpulan pula di Bilik Johor-Kedah, Bilik Melaka dan Bilik Kelantan Dewan Tun Hussein Onn terbahagi kepada Kumpulan 1: Memperkasa Jati Diri dan Identiti Koperasi, Kumpulan 2: Penambahbaikan Akta, Peraturan dan Tata Kelola Koperasi, Kumpulan 3: Pengukuhan Pendidikan dan Modal Insan Koperasi, dan Kumpulan 4: Meningkatkan Daya Saing Perniagaan Koperasi.

=========================================================================

Majlis Penutupan KKK 2024 disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Merdeka, WTCKL pada 26 Julai.

 

Selain Datuk Seri Dr Fattah, turut hadir, YB Datuk Ewon Benedict, Menteri KUSKOP dan Timbalannya, juga lebih 5,000 peserta melibatkan pemimpin dan anggota koperasi, wakil agensi kerajaan persekutuan dan negeri, wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun secara fizikal dan dalam talian, serta pelajar sekolah yang diundang khas.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Reruai  Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) turut menyertai Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.

=========================================================================

Sebelum Dato’ Seri Anwar berucap dan menyempurnakan majlis penutupan, Dr Fattah menyampaikan ucapan beliau, dan menyerahkan lapan resolusi KKK 2024 kepada Perdana Menteri, di hadapan semua hadirin, sebagai agenda pemerkasaan koperasi negara, dalam persaingan ekonomi yang semakin mencabar.

 

Dengan memfokuskan kepada isu inisiatif dan hala tuju baharu gerakan koperasi, lapan resolusi itu adalah:

 

i)                    sektor koperasi hendaklah diiktiraf sebagai sektor utama penyumbang kepada ekonomi negara yang menjadi pemangkin kepada kerangka ekonomi MADANI;

ii)                   meminda undangundang dan peraturan bagi mengiktiraf koperasi sebagai entiti perniagaan;

iii)                 mengembalikan pengurusan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi kepada ANGKASA sebagaimana yang termeterai dalam Aspirasi Koperasi Malaysia;

iv)                 memperkukuh mandat dan peranan agensi utama koperasi, iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagaibadan kawal selia, ANGKASA sebagai badan pembangunan perniagaan, serta Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebagai badan latihan dan pendidikan;

v)                  mengiktiraf kurikulum koperasi dalam sistem pendidikan negara ke arah memasyarakatkan koperasi;

vi)                 menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada gerakan koperasi seperti mana yang dinikmati oleh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS);

vii)               kumpulan wang anggota yang dikecualikan cukai dinaikkan daripada RM750 ribu kepada RM1.5 juta untuk meningkatkan daya saing koperasi; dan

viii)              menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk pembangunan koperasi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, dan diurus setia bersama oleh KUSKOP dan ANGKASA.


=========================================================================


                                                                 

            YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan majlis penutupan KKK 2024.
=
=========================================================================

Terdahulu, pelbagai isu telah diangkat sebagai agenda hasil libat urus melibatkan pelbagai agensi kerajaan, dan pihak berkepentingan serta pemegang taruh yang dijemput khas menerusi beberapa siri Sesi Libat Urus (SLU) anjuran ANGKASA, bermula Februari 2024.

 

KKK 2024 memberikan penekanan kepada empat fokus utama iaitu:

- jati diri dan identiti koperasi.

- akta, peraturan dan tata kelola koperasi.

- pendidikan dan modan insan koperasi.

- daya saing perniagaan koperasi.

 

Fattah turut menekankan bahawa pemantauan dan pelaksanaan semua resolusi yang diketengah adalah penting, dan perlu diberi perhatian, terutama selepas berakhirnya KKK 2024.

 

“Hasil resolusi bukan hanya sekadar laporan dan kertas kerja semata-mata, tetapi idea-idea yang diperoleh sepanjang sesi libat urus, dan kongres ini memerlukan komitmen daripada Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh kerajaan,” tegas beliau.

=========================================================================



YBhg Presiden ANGKASA membentangkan resolusi KKK 2024.

=======================================================================

ANGKASA, tambah Fattah, yakin resolusi ini akan dimuktamadkan menerusi pemantauan yang berterusan dan penyelarasan dari semasa ke semasa untuk memartabatkan sektor koperasi ke tahap lebih baik.

 

“Mengukur kejayaan sebenar KKK 2024 terletak pada usaha menyeluruh semua pemimpin dan anggota koperasi, wakil agensi kerajaan dan wakil NGO untuk menterjemahkan resolusi dalam bentuk pelaksanaan efektif bagi memenuhi harapan dan aspirasi koperasi,” katanya.

 

KKK 2024 menjadi wadah wakil koperasi dari latar belakang berbeza berbincang, dan mengisytiharkan beberapa resolusi berhubung isu cabaran yang dihadapi oleh gerakan koperasi sepanjang lebih 100 tahun berperanan memberi sumbangan kepada peningkatan sosioekonomi negara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                            Antara reruai peserta Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.

=========================================================================

Kongres pertama koperasi yang dikenali sebagai Kongres Kerjasama Malaysia Pertama telah diadakan pada 1966, manakala Kongres Kerjasama Malaysia Kedua pada 20-21 Mac 1971 telah memuktamadkan penubuhan sebuah kesatuan koperasi peringkat kebangsaan bagi mewakili gabungan koperasi peringkat nasional, dan antarabangsa yang membawa kepada detik bersejarah penubuhan ANGKASA secara rasminya pada 12 Mei 1971.

 

ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi negara menaungi lebih 15,809 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang di seluruh negara.

 

Ini, tambah Fattah, selaras dengan iktikad dan yang dicartakan oleh Perdana Menteri ketika Majlis Makan Malam Koperasi Keadilan Berhad (KIRA) tahun lalu, bahawa gerakan koperasi merupakan satu wadah untuk merakyatkan ekonomi negara, serta mengurangkan kebergantungan kepada kejayaan pelabur dan syarikat besar.

 

KKK 2024 bukan sahaja menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah gerakan koperasi negara, tetapi ia juga boleh diangkat sebagai agenda utama sempena setahun Ekonomi MADANI yang dilancarkan oleh Anwar pada 27 Julai 2023.

 

Gerakan koperasi sedia menggalas tanggungjawab untuk menjayakan agenda Ekonomi MADANI. Misi dan Visi ANGKASA bertepatan dengan apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

 

Resolusi yang disediakan ini adalah hasil daripada 27 Sesi Libat Urus (SLU) dimulakan dari Februari hingga Jun 2024, dengan penglibatan seramai lebih 6,000 orang dari pelbagai latar belakang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                         

                                             &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


- RAJA YUSOFF ARIFFIN

-         

R 


 

1.     

4.