Pages

Wednesday, 27 November 2024

SOSIAL



Festival Seni Insan Istimewa

OKU FEST 2.0

 

FESTIVAL Seni Orang Kurang Upaya yang pertama telah diadakan pada Oktober 2022. Walaupun selepas empat tahun, tetapi penganjur tetap gembira dapat mengadakannya buat kali kedua.

 

“Kali ini, ia diberikan penjenamaan baharu, iaitu ‘OKU FEST 2.0: Festival Kesenian Insan Istimewa’ yang akan berlangsung pada 30 November dan 1 Disember 2024 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, dari jam 10 pagi hingga 8 malam,” jelas YBhg Dato’ Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

 

Semasa sidang media ‘OKU FEST 2.0: Festival Kesenian Insan Istimewa’ di Dewan Ismail Md Salleh, Block A, Kompleks MAB (Malaysian Association of the Blind), Jln Tebing, Off Jln Tun Sambanthan 4, Kuala Lumpur, 27 November lalu, Freddie menegaskan golongan orang kurang upaya (OKU) semakin mendapat tempat dalam masyarakat negara kita.



Dato’ Freddie Fernandez (tiga dari kiri) bersama-sama dari kiri; Lim Anuar, Hafiz Halim, Senator Isaiah D Jacob, Datuk George Thomas,  Khairul, dan Dr Raihan.

=============================================================================================================

“Ramai dalam golongan OKU ada keistimewaan tersendiri, malah melebihi mereka yang normal. Mereka tidak lagi sepatutnya merendah diri,” tambah beliau yang tertarik dan bersetuju dengan tema festival, iaitu Kemampuan Saya Lebih Kuat Ketimbang Kekurangan Diri Saya.

 

Perasmian festival tersebut akan disempurnakan oleh YB Senator Tuan Isaiah D Jacob, Ahli Dewan Negara yang mewakili komuniti OKU.

 

Dalam ucapannya semasa sidang media yang sama, Tuan Isaiah mengatakan beliau tidak pernah memanggil golongan OKU sebagai orang kurang upaya. Beliau menganggap dirinya tidak layak memanggil sedemikian.

 

“Saya memanggil mereka sebagai ‘orang golongan saya’ kerana saya juga kurang upaya; sama seperti mereka. Untuk mendorong semangat diri, saya menggunakan istilah ‘orang kuat upaya’. Jadi, diharap tiada siapa dalam kalangan kami yang berasa kurang atau kerdil,” tegas beliau.



                            Isaiah D Jacob, Ahli Dewan Negara (tiga dari kiri).

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Turut hadir YBhg Datuk George Thomas, Pengerusi MAB; YBrs Puan Dr Raihan, pengamal perubatan dari Klinik Kenit (Social Enterprise Early Childhood Development & Family); YBrs Encik Hafiz Halim, Naib Dipertua wakil Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia {PERTIS}); YBrs Encik Khairul, Pengerusi Persatuan Masyarakat Orang Buta; dan Sdr Lim Anuar, pelukis OKU pendengaran.

 

Antara lain, dalam ucapannya, Datuk George mengatakan festival kesenian sebegini wajar diadakan kerana didapati ramai dalam kalangan OKU yang berbakat dalam seni suara, dan bermain alat muzik.

 

“Saya sebagai orang nombor satu MAB, pastilah memberikan sokongan padu, dan amat bersedia memberikan bantuan dalam apa sahaja perkara yang diperlukan,” ujarnya dengan gembira.


Datuk George Thomas, Pengerusi MAB (tiga dari kanan) menyampaikan ucapan.

****************************************************************************************************************************

Sementara itu, Encik Hafiz mengatakan tidak sekadar OKU yang boleh menyanyi dan bermain alat muzik sahaja ditampilkan, tetapi elok juga dicungkil bakat-bakat bertaranum, berzanji dan sebagainya.

 

Susulan kejayaan penganjuran festival pertama, ‘OKU FEST 2.0: Festival Kesenian Insan Istimewa’ ditampilkan dengan pelbagai pengisian baharu, dan menarik untuk meraikan bakat, serta keunikan golongan OKU.


Encik Hafiz Halim (tengah).

############################################################################################################################


Encik Khairul (dua dari kanan) memberikan penerangan ringkas mengenai Pertandingan Akhir Bakat Seni Suara SBM.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Festival ini bertujuan membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan luar biasa yang perlu diterokai dan diraikan.

 

Di sepanjang dua hari festival berkenaan, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memenuhi minat, serta meraikan bakat golongan istimewa.

 

Antaranya termasuklah Pertandingan Akhir Bakat Seni Suara SBM, Pertandingan Canting Batik khas untuk kanak-kanak autisme dengan hadiah wang tunai, Persembahan OKU Jam menampilkan bakat luar biasa seperti Rizwan dan Lan Taroo, persembahan istimewa oleh Amal AF/Ex-OAG, dan kumpulan muzik ska, Reloveution, pada 30 November.

 

YBrs Encik Radhi Khalid, Ahli Jawatankuasa Karyawan; YBrs Encik Amad, urus setia festival; serta Rizwan dan Amal turut menghadiri sidang media. Rizwan mendendangkan dua lagu, serta Hafiz dengan sebuah lagu, sambil memetik gitar akustik.



Puan Dr Raihan turut menyampaikan ucapan.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selain itu, satu sesi forum bertajuk Autisme Adalah Superpower! turut diadakan, menampilkan YB Altimet, ADUN Lembah Jaya yang juga seorang individu dyslexia, sebagai salah seorang ahli panel.

 

Pada 1 Disember, akan berlangsung acara kemuncak termasuk OKU Fest Idol dan Bengkel KL Street Artist, iaitu program khas pengambilan permit seniman jalanan yang memberi peluang eksklusif kepada warga OKU.

 

‘OKU FEST 2.0: Festival Kesenian Insan Istimewa’ dianjurkan oleh Karyawan dengan sokongan padu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta rakan strategik seperti Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Dyslexia Genius, dan MAB sendiri.

 

Selain Radhi, turut dijangka memeriahkan festival berkenaan adalah Rozita Rohaizad, dan Mel, mantan vokalis Wings.



         Encik Amad, Ketua Urus Setia ‘OKU FEST 2.0: Festival Kesenian Insan Istimewa’.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&& &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Pameran dan jualan seni turut menjadi daya tarikan festival ini, meliputi seni kraf, seni catan, seni muzik, dan pelbagai bidang lain, yang menampilkan bakat komuniti OKU, termasuk mereka dengan kelainan upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota badan, dan autisme.

 

 

Program ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Orang ramai digalakkan hadir memberi sokongan kepada rakan-rakan istimewa, dan menyaksikan sendiri kekuatan serta keindahan seni yang dipersembahkan.

 

Bagi individu OKU yang berminat menyertai program ini, sila hubungi YBrs Encik Amad, Ketua Urus Setia festival menerusi talian 014-7176276 untuk maklumat lanjut.

 

Bersama-samalah kita meraikan bakat dan keunikan golongan istimewa ini. ‘OKU FEST 2.0’ adalah bukti nyata bahawa kekurangan bukanlah halangan, tetapi pemangkin kepada kejayaan!

-         disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


Thursday, 21 November 2024

                                                                          

Ramadan Datang Lagi, ‘Dari Dapur Temu’ MKL Lebih 200 Saji

 

INSYA-ALLAH, kita umat Islam di seluruh negara akan sekali lagi menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak.

 

Sehubungan itu, marilah menyambut kehadiran Ramadan al-Mubarak 1446 Hijrah dengan pengalaman iftar yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur (MKL)!

 

Istimewa ‘Dari Dapur TEMU’ yang bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025, akan membawa anda mengembara ke dunia kulinari tempatan dengan lebih 200 juadah tradisional setiap hari, mulai jam 6.30 petang hingga 9.00 malam di TEMU Utama, TH03, MKL.


Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, MKLSB.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Ramadan kali ini, MKL menyajikan pelbagai hidangan yang pastinya menggamit selera para pengunjung.

 

Antaranya termasuklah Kambing Golek Manja dengan perapan resipi tradisional turun temurun, Lidah Lembu Bakar yang lembut dan beraroma, Sup Power Rusuk Lembu, Urat Keting dan Perut, Vietnamese Roll 288 dengan sos istimewa buatan sendiri ‘homemade’, dan Shawarma Ayam d’TEMU yang lembut dan berjus.

 

Lebih istimewa lagi, semua hidangan ini disediakan sepenuhnya oleh chef-chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn Bhd, diketuai Chef Yasir Omar,  yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB).


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pada tahun ini, MKL dengan bangganya mengurus 100 peratus penyediaan makanan dan minuman di sepanjang Ramadan ini secara eksklusif untuk para pengunjung.

 

Marilah berbuka puasa pada ketinggian 288 meter sambil menikmati panorama indah bandar raya Kuala Lumpur, sama ada ketika matahari terbenam mahupun di bawah sinaran lampu kota.

 

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik santai dari kumpulan muzik MKL, iaitu ‘The Sky Band’, yang akan memeriahkan lagi suasana iftar anda setiap hari.


 

 Chef Yasir Omar, ketua chef Menara Kuala Lumpur Cuisine Sdn Bhd.

***********************************************************************************

Sila tempah tawaran ‘Early Bird’ sebelum 31 Januari 2025 untuk menikmati harga istimewa yang merangkumi Pakej Hari Biasa (Isnin-Khamis), Hari Minggu & Cuti Umum (Jumaat-Ahad), serta Dewasa dan Kanak-kanak (5-12 tahun)

 

Harga ‘Early Bird’ (sehingga 31 Januari 2025) pada RM119, RM59, RM129, RM69. Harga Biasa adalah RM169, RM89, RM189, dan RM99.


Kambing Golek Manja dengan perapan resipi tradisional turun temurun.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

                                                                    

YBhg Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, MKLSB melakukan gimik pelancaran 'Dari Dapur TEMU' Menara Kuala Lumpur pada 21 November lalu.
=========================================================================

Berita menarik ini diumumkan oleh Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, MKLSB semasa Majlis Prebiu ‘Dari Dapur Temu’ di TEMU Utama, TH03, MKL pada 21 November lalu.

 

“‘Dari Dapur TEMU’ kali ini bagi saya sangat-sangat istimewa, di mana kami menawarkan harga ‘EARLY BIRD’ yang amat berpatutan bermula pada hari ini sehingga 31 Januari  2025. Bukan itu sahaja, buat julung kalinya kami mahu ‘belanja’ tiket masuk PERCUMA ke tarikan-tarikan MKL, iaitu Sky Deck, Pelantar Pemandangan TH01 dan TH04 (Observation Deck) dengan setiap pembelian pakej ‘Dari Dapur TEMU’,” kata Encik Nazli.

 

“Ini adalah peluang yang cukup menarik untuk dinikmati. Sambil berbuka puasa, anda dapat meneroka keindahan MKL, dan semuanya dalam satu harga!” tambah beliau.


‘The Sky Band’, yang akan memeriahkan lagi suasana iftar anda setiap hari di Menara Kuala Lumpur.

###################################################################################

 

Turut hadir YBhg Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, MKLSB; serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan MKLSB.

 

Bagi merahmati bulan Ramadan yang mulia, MKL juga akan mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat atau CSR, di mana anak-anak yatim, asnaf, pelajar madrasah, dan sekolah tahfiz dari sekitar Lembah Klang akan dijemput untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di MKL.

 

Inilah sebabnya MKL menawarkan pengalaman iftar yang luar biasa dan penuh kenangan, iaitu satu pengalaman yang dijamin olehnya akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati anda semua.

 

Dibuka setiap hari di TEMU Utama, MKL, yang terletak pada ketinggian 288 meter dari aras laut, para pengunjung akan dibawa menikmati pengalaman gastronomi yang luar biasa, dengan pemandangan indah ibu kota sebagai latar belakang.

 

Bagi anda yang ingin menikmati pengalaman ini, kami ada promosi harga istimewa ‘Early Bird’ sehingga 31 Januari 2025. Harga bermula dari hanya RM119 untuk dewasa, dan RM59 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

 

Ini adalah peluang anda untuk merasai keindahan kota Kuala Lumpur, sambil menikmati sajian berbuka puasa yang luar biasa, dan semuanya dalam satu harga. Memang berbaloi! Ia adalah komitmen MKL dalam memberikan kembali kepada masyarakat, dan berkongsi keberkatan Ramadan bersama-sama yang memerlukan.

                                        

Dari kanan; YBhg Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Encik Nazli Saad, serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan MKLSB.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Anda semua dijemput untuk tidak melepaskan peluang luar biasa ini. Rebutlah promosi harga Early Bird’ Dari Dapur TEMU sebelum terlambat! Tempahlah sekarang dan jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan pengalaman iftar yang tiada tandingan di MKL.

 

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, jangan segan-segan untuk menghubungi talian 03-2020 5421, atau kunjungi media sosial rasmi MKL, @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok.

 

-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

Monday, 18 November 2024

          

BUDAYA

 

Festival Anak Sarawak 2024, Temasya Kuih 2024 di Muzium Negara

 

BAGI pencinta budaya negara, khususnya anak kelahiran Sarawak, jangan lepaskan peluang menghadiri Festival Anak Sarawak 2024 (FAS 2024) yang akan diadakan di Muzium Negara pada 23 dan 24 November ini.

 

Antara lain, FAS 2024 bertujuan memperkenal serta mempromosikan warisan budaya etnik Sarawak, dengan sasaran kehadiran seramai 5,000 pengunjung di sepanjang dua hari penganjurannya.

 

Festival ini merupakan sebuah program yang mengangkat kebudayaan dan warisan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak.

                                                   

Dengan tema ‘Mengenali Identiti Sarawak melalui Budaya dan Warisan’, FAS 2024 menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran seni dan kraftangan, persembahan tarian tradisional, serta pertandingan yang memberi peluang kepada peserta dan pengunjung untuk lebih memahami kepelbagaian budaya Sarawak.

 

Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keunikan Sarawak dalam kalangan masyarakat di Semenanjung Malaysia.

 

FAS 2024 dijangka memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih menghargai kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia, terutamanya dari Sarawak, sekali gus mempromosikan perpaduan antara kaum melalui pemahaman yang lebih mendalam terhadap tradisi dan warisan setiap etnik.

                                                   

Festival ini juga boleh menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya memelihara warisan budaya dalam era moden.

 

Sementara itu, Temasya Kuih 2024 (TK 2024) turut diadakan pada tarikh dan di tempat yang sama.

 

TK 2024 pula bertujuan mengangkat kuih muih tradisional Malaysia sebagai salah satu produk pelancongan yang kaya dengan warisan budaya.

 

Para pengunjung akan berpeluang mencuba pelbagai jenis kuih tradisional dari seluruh Malaysia, yang disediakan oleh para pengusaha tempatan.

                                         

Temasya ini juga akan menampilkan demonstrasi pembuatan kuih, dan pertandingan membuat kuih bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam memelihara resipi-resipi warisan yang semakin dilupakan.

 

Majlis perasmian FAS 2024 dan TK 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada 23 November 2024, jam 3.00 petang.

 

Pihak penganjur amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan, termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang turut berperanan memastikan kelancaran promosi FAS 2024, dan TK 2024 menerusi liputan media yang meluas.

 

RTM dijemput membuat liputan penuh di sepanjang acara berlangsung, termasuk sesi temubual eksklusif pada rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 17 November lalu.

                                    

 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pihak penganjur menjemput semua warga Kuala Lumpur dan sekitarnya untuk hadir memeriahkan FAS 2024 dan TK 2024, serta merasai pengalaman budaya yang penuh warna-warni, dan bermakna.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak penganjur di nombor yang tertera di bawah:

Encik Azfar

Pengurus Projek

Festival Anak Sarawak 2024

Email: festivalanak.sarawak@domain.com

Telefon: 018 329 9758

  

-      - disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

                                        

Dari kiri; Supritenden Tuan Muhammad Hussin Sollehudin Zalkifli, Tuan Shahrul Nizam Jaafar, Encik Krishna Kumar, dan Dato’ Narenasagaran Thangaveloo semasa demonstrasi dron canggih Kumpulan QI/Qnet pada 18 November lalu.


TEKNOLOGI

 

Dron Canggih QNET-QI Bantu PDRM Petaling Jaya Berkhidmat Lebih Efisien

 

YBRS Encik Krishna Kumar, Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan QI menganggap diri beliau bertuah kerana mewakili Kumpulan QI (QI) menyampaikan ucapan, bersempena dengan pelancaran ‘Program Kerjasama Teknologi untuk Meningkatkan Keselamatan dan Kesejahteraan Warga Petaling Jaya’, pada 18 November lalu.

 

Program yang berlangsung di Bilik VTC, Tingkat 3, Menara QI, Jalan Toman itu turut dimaknai inisiatif penghasilan dron yang bukan sahaja membuktikan komitmen QI terhadap inovasi yang memberi impak, tetapi juga mencerminkan visinya dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan komuniti untuk mewujudkan Petaling Jaya yang lebih selamat.

 

“Hari ini, kami menyerahkan sebuah dron canggih QNET kepada Ketua Polis Petaling Jaya yang mewakili Ibu Pejabat Polis Daerah, dilengkapi keupayaan pengawasan beresolusi tinggi untuk menyokong respons yang lebih pantas, mempertingkat pencegahan jenayah, dan memudahkan akses ke kawasan yang sukar dicapai,” ujar Encik Krishna.

                                                

                Encik Krishna Kumar, Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan QI.

00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

Sumbangan tersebut, tambah beliau, adalah sebahagian daripada misi yang lebih besar, iaitu menggunakan teknologi untuk memberikan penyelesaian mampan yang meningkatkan keselamatan, dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian komuniti kita.

 

Mengenai persoalan mengapa ia perlu mendermakan dron canggih tersebut, QI percaya adalah baik untuk memberi semula kepada komuniti di mana ia beroperasi. Sumbangan dron berkenaan selaras dengan falsafahnya untuk menggunakan inovasi dalam mencipta perubahan yang bermakna.

 

Ini bukan sekadar soal menderma teknologi, tetapi juga tentang memperkasa pihak polis dan komuniti untuk menangani cabaran keselamatan secara berkesan. Mendermakan dron dapat mengukuhkan peranan QI sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab, serta menunjukkan bahawa perniagaan boleh memacu impak sosial positif dengan mengamalkan, dan berkongsi inovasi.

 

Sumbangan dron ini menjadi bukti visi QI dalam menggunakan teknologi untuk mencipta komuniti yang lebih selamat, bijak, dan saling berhubung, membuktikan bahawa inovasi bukan hanya tentang kemajuan, tetapi juga tujuan.

 

“Kami mengakui bahawa teknologi, apabila digunakan dengan bijaksana, berpotensi untuk mengubah kehidupan. Inisiatif ini merangkumi pelbagai langkah yang memastikan keselamatan, dan kesejahteraan komuniti menjadi keutamaan,” kata Krishna lagi.

 

Inisiatif ini memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat dengan meningkatkan keselamatan, dan kesejahteraan komuniti Petaling Jaya. Dengan keupayaan pemantauan canggih yang dimiliki dron ini, pihak polis dapat bertindak balas dengan lebih pantas terhadap kecemasan, memantau kawasan awam dengan lebih berkesan, dan mencegah aktiviti jenayah.

                                     

Dari kanan, Encik Ng Swee Wey dan Encik Mohd Shafiq Azmi yang mengendalikan demonstrasi dron canggih Kumpulan QI/Qnet di Menara QI pada 18 November lalu.

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

Ia mewujudkan persekitaran yang lebih selamat di mana penduduk dapat tinggal, bekerja, dan berkembang dengan aman. Ini selaras dengan matlamat kita untuk mengutamakan kesejahteraan masyarakat, dan memastikan semua pihak dapat mengakses sumber keselamatan awam.

 

Selain YBhg Asisten Komisioner Polis, Tuan Shahrul Nizam Jaafar, Ketua Polis Petaling Jaya, turut hadir YBhg Supritenden Tuan Muhammad Hussin Sollehudin Zalkifli, Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya; YBhg Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Pengarah QNET dan mantan Ketua Polis Pulau Pinang; dan YBrs Puan Pushpalata Balan, Pengurus Besar Serantau QI.

 

QI, tambah Krishna, tidak hanya menumpukan pada pengawasan semata-mata. Dengan mengintegrasikan ciri-ciri seperti amaran komuniti masa nyata, pemantauan alam sekitar, dan platform untuk penduduk menyuarakan kebimbangan secara langsung, QI sedang membina pendekatan holistik terhadap keselamatan, dan kesejahteraan semua pihak.

 

Antara manfaat jelas penggunaan dron ini kepada PDRM dan komuniti termasuklah bertindak balas lebih pantas. Ia menyediakan pandangan udara secara masa nyata, membantu pihak polis menilai situasi dengan cepat, dan mengagihkan sumber dengan lebih cekap.

 

Selain itu, kaedah pencegahan jenayah menjadi lebih baik hasil kamera beresolusi tinggi, dan liputan kawasan yang luas membolehkan pemantauan berkesan, dan berfungsi sebagai pencegah aktiviti jenayah.

                                    

Dari kiri; Puan Pushpalata Balan, Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Encik Krishna Kumar, Tuan Shahrul Nizam Jaafar, dan Tuan Muhammad Hussin Sollehudin Zalkifli semasa majlis penyerahan dron canggih QNET/Kumpulan QI pada 18 November lalu.

***********************************************************************************

Seterusnya, ia boleh mengakses atau mencapai kawasan mencabar, sukar atau tidak selamat untuk diakses oleh anggota, seperti kawasan terpencil, berisiko tinggi, dan sesak.

 

Keselamatan awam juga dapat dipertingkat. Dengan keupayaan penglihatan malam dan sensor pemantauan alam sekitar, dron ini memastikan kesiapsiagaan operasi 24/7, dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap langkah keselamatan.

 

“Selain salah satu elemen penting dalam kejayaan program ini adalah sifatnya yang inklusif. QI komited untuk memberdayakan penduduk Petaling Jaya dengan peralatan, latihan, dan sumber yang diperlukan untuk berinteraksi dengan teknologi ini secara efektif,” katanya lagi.

 

Jelas Krishna, QI percaya apabila komuniti terlibat secara aktif, inisiatif sebegini akan membawa perubahan positif yang berpanjangan.

 

“Inisiatif ini juga melambangkan dedikasi kami terhadap kerjasama yang membawa perbezaan. Kami mengucapkan penghargaan yang mendalam kepada PDRM Petaling Jaya, pemimpin tempatan, dan semua pihak yang telah bekerjasama dengan kami untuk merealisasikan visi ini,” katanya lagi.

 

Krishna menyeru warga Petaling Jaya untuk bersama-sama membina Petaling Jaya, di mana teknologi bukan sahaja berfungsi sebagai alat keselamatan, tetapi juga menjadi kaedah memupuk kepercayaan, komuniti, dan kesejahteraan.

 

“Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda dalam perjalanan ini. Mari bersama-sama kita menjadikan Petaling Jaya tempat di mana semua orang berasa selamat, dihargai, dan bersatu,” tegas beliau.

 

Sementara itu, dalam ucapan beliau, Tuan Shahrul Nizam sedia maklum dan mengakui kepentingan dron canggih yang disumbangkan kepada PDRM Petaling Jaya ini.

 

“Pihak kami bersyukur dan berterima kasih kepada QNET/QI atas sumbangan ikhlas mereka. Dron berteknologi tinggi ini diyakini akan meningkatkan kemampuan operasi kami, serta membolehkan kami berkhidmat, dan melindungi komuniti dengan lebih baik,” ujar beliau.

 

Sokongan pihak swasta atau persendirian seperti QNET/QI ini, tambah Shahrul, penting dalam misi PDRM mengekalkan keselamatan, dan kesejahteraan awam.

 

“Kolaborasi sebegini yang merangkumi pemindahan ilmu tidak hanya memberikan kita dengan peralatan teknologi maju, tetapi juga memperkukuh semula semangat komuniti, dan berkongsi tanggungjawab,” ujar beliau lagi.

 

Menariknya, penyerahan dron canggih berharga lebih RM60,000 itu mencatat sejarah kerana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menjadi IPD yang pertama menerimanya.

 

“Pihak kami memang telah menggunakan dron, tetapi yang berteknologi canggih ini adalah yang pertama,” jelas beliau yang turut memberitahu anggota yang dipertanggungjawab telah menjalani latihan, dan penggunaan pesatnya akan bermula minggu depan.

                                                                               

     YBhg Asisten Komisioner Polis, Tuan Shahrul Nizam Jaafar, Ketua Polis Petaling Jaya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Menonjolkan nilai dan keupayaan dron ini akan menekankan kepentingan sumbangannya. Kameranya yang beresolusi tinggi bertujuan memantau dengan terperinci:

-           keupayaan penglihatan malam untuk operasi dalam keadaan cahaya rendah.

-           penjejakan GPS untuk navigasi yang tepat.

-           sensor alam sekitar untuk memantau kualiti udara atau keadaan berbahaya.

 

Shahrul turut mengatakan dron canggih ini dapat lebih membantu dalam operasi mencari orang hilang, mangsa bencana, dan perhimpunan aman tanpa permit.

 

Dengan menunjukkan keupayaan ini, QNET/QI menekankan bahawa teknologi canggih adalah alat penting untuk meningkatkan keselamatan, dan menyokong usaha pasukan polis.

 

Di QI, inovasi adalah asas kepada segala yang dilakukannya. Ia melihat teknologi sebagai pemangkin yang berkuasa untuk transformasi positif dalam masyarakat. Komitmennya terhadap penyelesaian terkini tercermin dalam inisiatif seperti sumbangan dron ini.

                                                                             

Dari kiri;  Pushpalata Balan, Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Encik Krishna Kumar, Tuan Shahrul Nizam Jaafar, dan Tuan Muhammad Hussin Sollehudin Zalkifli semasa sidang media pelancaran ‘Program Kerjasama Teknologi untuk Meningkatkan Keselamatan dan Kesejahteraan Warga Petaling Jaya’, pada 18 November lalu.

###################################################################################

Dengan mengintegrasikan alat canggih ke dalam langkah keselamatan awam, QI bukan sahaja menangani keperluan semasa, tetapi juga meletakkan asas untuk pembangunan mampan jangka panjang.

                                                               

Encik Krishna Kumar tertarik melihat operasi dron canggih yang dipaparkan menerusi layar khas. 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Sebelum bersurai dan selepas sidang media, sudah pastilah acara yang ditunggu-tunggu, iaitu pertunjukan dron tersebut yang diadakan di kawasan berumput, Tingkat 2, Menara QI. Demonstrasi berkenaan dikendalikan Encik Mohd Shafiq Azmi dan Encik Ng Swee Wey dari QNET yang berada di bawah QI.

 

Menurut Swee Wey, pada kebiasaannya dron boleh terbang sehingga 30 kilometer radius. Namun begitu, oleh kerana masih dalam fasa awal, ia hanya boleh diterbangkan separuh daripada itu.

-                                                        


Dron canggih ini menekankan kepentingan sumbangannya dengan kamera yang beresolusi tinggi bertujuan memantau dengan terperinci - keupayaan penglihatan malam untuk operasi dalam keadaan cahaya rendah, penjejakan GPS untuk navigasi yang tepat, dan sensor alam sekitar untuk memantau kualiti udara atau keadaan berbahaya.

=========================================================================

                                    


- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN