Pages

Thursday, 24 April 2025


EKONOMI

 

ANGKASA Selangor Raikan Syawal 1446H, Hargai Rakan Strategik

 

YBhg Dato’ Hj Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan strategik, para penaja, para ahli dan keluarga, serta wakil media yang sudi menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri ANGKASA Selangor Bersama Rakan Strategik 2025/1446H pada 23 April lalu.

 

Kira-kira 20,000 orang menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna MBPJ SS3, Jalan SS 3/5, Kelana Jaya itu.

 

Turut hadir YBhg Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden International Cooperative Alliance Asia and Pacific.

 

Dalam majlis berkenaan, Datuk Seri Dr Abdul Fattah turut menyampaikan sijil penghargaan lepada wakil-wakil Rakan Strategik ANGKASA Selangor, dan penaja yang hadir.



YBhg Dato’ Hj Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Selangor.

                                                                              +++ 


Antara mereka termasuklah YBhg Dato’ Mohamad Khafey Ikhwan Abdul Latif dari KOP Eco Venture Selangor Bhd; YBhg Dato’ Sri Chang Kok Meng, KOP Perdagangan Perindustrian Malaysia Bhd), YBhg Dato’ Anantharaj Appanan dan YBrs Encik Razi Pahlavi (Koperasi Xanderia Selangor Berhad), YBrs Hj Rusly Nasution/Dato’ Hj Mohd Alias (KOP Alumni Hj Selangor Bhd), YBrs Encik Mohd Fauzi Zailan (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Kota Kemuning Bhd), YBrs Puan Suraya Ishak (KOP SMK Bukit Rahman Putra Bhd), dan YBrs Encik Badli Sham Abu Bakar (Bank Rakyat Cawangan Kelana Jaya).

 

Sementara itu, YBhg Datuk Mohd Zamri Mazleh dari Axia Saujana Sdn Bhd diwakili kakitangannya.

 

Wakil-wakil lain adalah YBrs Puan Halwa Fathi (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP MRSM Sungai Besar Bhd), YBrs Puan Nor Zakiah Yahaya (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Subang Bestari Shah Alam Bhd), YBrs Puan Hajah Noor Hayati Embong (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Saujana Utama Sg Buloh Bhd),YBrs Dr Paiman Bawon (KOP Universiti Putra Malaysia Bhd), YBrs Puan Che Al Mahera Che Ibrahim (Al Mahera & Co), YBrs Puan Rose Aliza Sutrisno (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Perimbun Bhd), dan YBrs Encik Salmi Rosli (Koperasi Perolehan RM1 Juta/KOP SMK Taman Melawati Bhd).


                                       

 YBhg Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dan YBhg Dato’ Hj Mohd Alias Hamzah (hadapan empat dan lima dari kanan) bersama-sama rakan strategik dan pendokong ANGKSASA Selangor pada 23 April lalu. 

                                                                               ###


Walau bagaimanapun, YB Dr Mohammad Fahmi Ngah, Ahli Dewan Negeri Setia tidak dapat hadir.

 

Menariknya juga, majlis sambutan Raya tersebut turut menyaksikan pengumuman filem Melayu tempatan berjudul Indera, yang dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Ogos 2025.

 

Indera yang menampilkan Shaheizy Sam dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama bersama-sama  diterbitkan oleh Lomo Pictures.

 

 

YBrs Cik Chelsea Chong (lima dari kiri), dan seorang lagi pelakon filem Indera, Duerra Mitilda (empat dari kiri) bersama-sama sebahagian daripada ahli KOP Perdagangan Perindustrian Malaysia Bhd pada 23 April lalu. 

                                                                                   ****


Turut hadir YBrs Encik Aron Koh, Pengasas Bersama dan Penerbit Eksekutif Lomo Pictures; YBrs Cik Chelsea Chong, Pegawai Komunikasi Korporat Lomo Pictures; serta seorang lagi pelakon Indera, Duerra Mitilda.                

 

-        - disediakan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

Friday, 18 April 2025

 

Dari kiri;  
YBhg Prof Dato’ Dr Norbik Bashah Idris, Datuk Azman Bidin, dan Datin Raskidah Ali bersama-sama Duta Norras Travel & Tours Sdn Bhd, Lovena (dua dari kiri)

                                                           ======================

PELANCONGAN

 

Perasmian Norras Travel & Tours Sdn Bhd yang Membawa Kita Banyak ‘Berjalan’

 

YBHG Datuk Azman Bidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri menyempurnakan perasmian Norras Travel & Tours Sdn Bhd (NTSB) di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 18 April 2025.

 

Sesi tersebut diadakan bersempena dengan majlis Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri, anjuran Koperasi Norras Berhad (KBN).

 

                                                                       


Datuk Azman Bidin memalu gong tanda menyempurnakan perasmian Norras Travel & Tours Sdn Bhd. 

                                                           ===================== 

Majlis yang ditaja bersama oleh NTSB, Ihsan Ifintech Sdn Bhd, dan NB Holdings Sdn Bhd itu turut dihadiri YBhg Prof Dato’ Dr Norbik Bashah Idris, Pengerusi KBN; YBrs Puan Ayumi, wakil NTSB; YBhg Datin Raskidah Ali, pengasas Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia dan pengasas Trishya & Co, serta Lovena, Duta NTSB.

 

Menurut Ayumi, NTSB menawarkan lebih 50 destinasi percutian dari dalam negara dan luar negara dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga boleh menghubungi mereka untuk memilih bajet sendiri.

 

Mengenai pakej luar negara, katanya, NTSB menawarkan pelbagai pakej antarabangsa, dalam usaha memenuhi misi dan visi syarikat.

                                                         

YBhg Datin Raskidah Ali bersama-sama sahabat yang hadir, antaranya artis veteran, Maria Arshad (kiri sekali, pakaian oren).

                                                                            ======

“Misi dan visi kami adalah memberikan pengalaman perjalanan yang tidak akan dilupakan, dan menjadi peneraju dalam industri pelancongan,” ujar Ayumi.

                    

                                                                             

           Antara juadah Jamuan Rumah Terbuka Eidul Fitri yang disediakan oleh penganjur. 

                                                    ======================

Dalam ucapannya, beliau mengumumkan pakej perjalanan pertama NTSB ke Aceh pada 22 Mei nanti, sambil menawarkan harga diskaun sehingga jam 6 petang 18 April 2025.

 

Datuk Azman pula dalam ucapan ringkas beliau, mengucapkan tahniah kepada NTSB dan berharap syarikat berkenaan akan terus maju hasil sokongan semua.

 

Sementara itu, Datin Raskidah begitu teruja semasa memperkenalkan Lovena kepada pihak media. Sebagai permulaan, katanya, anak kecil berusia enam tahun itu akan terbabit dalam TikTok mempromosikan Aceh.

   

                                                                      

Tarian Aceh sebagai tarian pembukaan majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri pada 18 April 2025.

“Sebelum ke Pakistan dan Switzerland, kita bermula dengan Aceh. Lovena akan ‘membintangi’ TikTok bermain bersama-sama ikan lumba-lumba, dan snorkel,” jelas beliau.

 

Selepas tragedi tsunami besar, tambah Raskidah, laut di perairan Aceh memang sangat bersih dan jelas hingga ke dasar. Memang sesuai untuk aktiviti snorkel.

 

“Saya dan Novena akan ke sana pada 24 April ini. Lovena juga nanti akan dibawa menunaikan umrah, sambil mempromosikan jubah kanak-kanak,” ujar beliau.


           YBrs Puan Ayumi, wakil NTSB, menyampaikan ucapan dan pengumuman syarikat.

                                                               ===================. 

Bukan sekadar mempromosikan Aceh, tambah Raskidah, kunjungan mereka akan turut memberikan penghormatan kepada mangsa tsunami.

 

“Aceh selepas tsunami memang luar biasa. Kami akan menaiki feri ke Pulau Sabang yang mirip Maldives. Ia belum diterokai. Untuk perjalanan pertama NTSB ke Aceh pada 22 Mei nanti, ramai yang telah membuat tempahan,” jelas Raskidah.

 

Selama kira-kira empat jam, Jemputan Rumah Terbuka Eidul Fitri dimulakan oleh nyanyian pembukaan dengan lagu Raya oleh Jen Retno, bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Dato’ Dr Norbik, tarian pembukaan oleh kumpulan dari Aceh, persembahan santai/muzik Raya melibatkan tetamu jemputan dan pihak media, selain sudah pastinya jamuan Raya.


 

Duta Norras Travel & Tours Sdn Bhd, Lovena berusia enam tahun.

===


Datin Raskidah Ali (kiri) bersama-sama Duta Norras Travel & Tours Sdn Bhd, Lovena berusia enam tahun, dan ibu Lovena.

                                                            ================== 

Pelakon veteran Maria Arshad turut menghadiri acara yang dikendalikan oleh Jen sebagai pengacara, dan Sdr Mazli (pemuzik yang meniup seksofon).

 

Haqiem Rusli juga hadir, tetapi penyanyi muda popular itu hanya hadir tanpa tampil di pentas menyanyi.

 

+++ untuk keterangan lanjut, sila hubungi +01 234567890 dan +09 876543210, serta test@norrastravelandtours.com.

                                                                       


Datin Raskidah Ali, Lovena dan ibunya (enam, tujuh dan lapan dari kiri) bersama-sama sebahagian daripada wakil media yang hadir. 

======

- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

Monday, 14 April 2025

EKONOMI


YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi (tengah) memukul gong sebagai gimik menyempurnakan perasmian Persidangan Antarabangsa ke-5 Mengenai Biojisim Kelapa Sawit di Berjaya Hotel Resort Kuala Lumpur, diperhatikan oleh YBhg Prof Dato’ Dr Ahmad Ibrahim (kanan), dan YBrs Tuan Noel F Leana.

                                                                  ===============

Biomass, Sumber Lain Kelapa Sawit yang Berpotensi Besar Menguntungkan Negara

 

PESERTA dari negara-negara sejauh Nigeria menyertai Persidangan Antarabangsa ke-5 mengenai Biomass Kelapa Sawit (IOPBC2025), yang bertemakan ‘Mencipta Kekayaan Potensi daripada Biomass Kelapa Sawit’ di Berjaya Hotel Resort, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 April 2025.

 

Daripada pembentangan kertas biasa, IOPBC2025 menggunakan format yang menyegarkan untuk satu siri perbincangan panel, menangani isu-isu sekitar mencipta kekayaan daripada sumber yang kurang nilai, iaitu biomass kelapa sawit.

 

Lebih 25 penceramah utama dan ahli panel telah dipilih secara selektif untuk menyemarakkan perbincangan, dan perbahasan mengenai isu-isu utama. Mereka terdiri daripada pemain perniagaan, perunding, pemaju teknologi, dan pemain kawal selia.

    


YB Datuk Chan Foong Hin melawat reruai pameran bersempena dengan Persidangan Antarabangsa ke-5 Mengenai Biomass Kelapa Sawit di Berjaya Hotel Resort, Kuala Lumpur, diiringi YBhg Prof Dato’ Dr Ahmad Ibrahim, dan YBrs Tuan Noel F Leana, dan para tetamu kehormat lain.
  ===========  

IOPBC2025 yang dianjurkan oleh Akademi Pengeksport Malaysia, menghimpunkan pemimpin industri, penyelidik, penggubal dasar dan inovator dari seluruh dunia untuk menerokai penyelesaian yang mampan, dan menguntungkan bagi mengubah biomass kelapa sawit kepada produk bernilai tinggi.

 

Persidangan tersebut berfungsi sebagai platform global untuk pertukaran pengetahuan, rangkaian, dan kerjasama dalam bidang biotenaga, bioproduk, dan strategi ekonomi bulat untuk industri minyak kelapa sawit.

 

Penceramah terkenal dari kalangan akademia, industri dan kerajaan berkongsi penyelidikan dan kajian kes termaju mengenai pengukuhan biomass. Kemajuan dalam penukaran biomass, penapisan bio, teknologi sisa-ke-kekayaan, dan amalan mampan berada dalam kad.

                                                                

Persidangan Antarabangsa ke-5 Mengenai Biomass Kelapa Sawit di Berjaya Hotel Resort Kuala Lumpur pada 14 dan 15 April 2025.
                                                                 ==================

IOPBC2025 turut menerokai prospek pelaburan, strategi pengkomersilan, dan perkongsian awam-swasta dalam sektor biojisim. Ia memberikan peluang untuk berhubung dengan pihak berkepentingan global, yang memupuk perkongsian dan memacu bioekonomi ke hadapan.

 

Perasmian IOPBC2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi pada 14 April 2025. Beliau mewakili YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kementerian berkenaan.

 

Turut hadir YBhg Prof Dato’ Dr Ahmad Ibrahim, Pengerusi Penganjuran IOBPC2025; YBrs Prof Dr Abdul Kabur Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Eksport Malaysia; YBrs Tuan Noel F Leana, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Papua New Guinea; para tetamu kehormat, para pemimpin industri, dan wakil media.

 

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh Dato’ Chan, Dato’ Seri Johari menekankan bahawa biomass minyak kelapa sawit berpotensi besar untuk faedah ekonomi, dan alam sekitar.

 

                                                                      

Penyampaian sijil penghargaan kepada wakil-wakil penaja oleh  YB Datuk Chan Foong Hin.

                                                                  ===============


Penyampaian cenderamata kepada YBhg Prof Dato’ Dr Ahmad Ibrahim (tengah) oleh YB Datuk Chan Foong Hin.     

                                                                =============== 

IOPBC2025 mengetengahkan laluan inovatif bagi membuka kunci nilainya, menggalakkan kemampanan sambil mencipta aliran pendapatan baharu untuk industri.

 

“Kita semua sedar industri minyak kelapa sawit telah lama menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara. Hasil usaha berterusan, minyak kelapa sawit Malaysia kini menjadi minyak yang paling banyak didagangkan di pasaran global,” ujar beliau.

 

Dengan industri sawit yang kukuh dan penumpuan yang semakin meningkat kepada biomass berasakan kayu, Malaysia kini berada pada kedudukan utama sebagai pembekal bahan tenaga boleh diperbaharui peringkat global.

 

“Pada 2024, Malaysia mengeksport 1.27 juta tan tempurung kelapa sawit, membekalkan pasaran utama seperti Jepun dan Thailand untuk penjanaan kuasa. Eksport pelet kayu juga meningkat 31 peratus, mencecah 1.13 juta tan, didorong oleh permintaan meningkat dari Jepun, Korea Selatan, dan Belanda,” jelas Johari.

 

Industri biomass, tambah beliau, tidak hanya mengenai eksport dan manfaat ekonomi, tetapi juga mengetuai transisi ke dunia yang lebih bersih, dan lebih hijau.

 

“Sebagai pemain industri, pembuat dasar, dan pihak berkepentingan, kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk menegakkan kelestarian, memacu inovasi dan memastikan biomass kekal sebagai tunjang tenaga boleh diperbaharui untuk generasi akan datang,” tegas Johari.

 

Pada peringkat serantau, peranan Asia dalam pasaran biomass turut berkembang pesat. Kini, Jepun dan Korea menyumbang 32 peratus kepada import global pelet  biomass - peningkatan dari hanya 18 peratus lima tahun lalu.

 

“Pelet biomass merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui yang cekap, rendah karbon, dan menguntungkan. Dalam peralihan ke arah tenaga bersih, pelet kelapa sawit memainkan peranan penting dalam mencapai kelestarian,” tambah beliau.

 

Dalam perjalanan global ke arah tenaga mampan, kata Johari lagi, sektor biomass muncul sebagai simbol inovasi, dan pengurusan alam sekitar.


YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, menyampaikan ucapan perasmian, mewakili YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menteri kementerian berkenaan. 
                                                                         =========
 

YBhg Prof Dato’ Dr Ahmad Ibrahim menyampaikan ucapan alu-aluan  beliau.

===============

Sementara itu, dalam sidang media, Chan dan Prof Dato’ Dr Ahmad menekankan bahawa negara sedang memantapkan manfaat biojisim ini, sebagai sumber baharu yang menguntungkan untuk negara, dan pemain industri kelapa sawit.

 

Mengenai persoalan kempen memburuk-burukkan minyak kelapa sawit oleh beberapa negara Eropah tidak lama dahulu, Chan memberitahu ia tidak lagi membimbangkan kerana dapat ditangani dengan baik.

 

Penangguhan tarif yang dikenakan oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat selama tiga bulan turut dibincangkan semasa sidang media tersebut.

 


YB Datuk Chan Foong Hin (dua dari kiri) semasa sidang media selepas menyempurnakan perasmian Persidangan Antarabangsa ke-5 Mengenai Biojisim Kelapa Sawit di Berjaya Hotel Resort Kuala Lumpur pada 14 April lalu.

-        - disunting untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN   

Wednesday, 9 April 2025

KESIHATAN

 

‘Bekas Anda’, Kaedah Agak Lucu Atasi Masalah Jerawat

 

DODODOTS, jenama penjagaan kulit Malaysia yang terkenal dengan tampalan kecantikannya yang menggembirakan dan kreatif, sekali lagi menjadi tajuk utama kerana mengumumkan pelancaran produk terbaharu pada 1 April lalu, menggabungkan dua perkara yang kita tidak suka dengari dalam kehidupan seharian, iaitu lipas dan kesan hubungan masa lalu.

 

Nama yang menjadi persoalan bagi produk tampalan jerawat terbaharu ini adalah Bekas Anda. Dengan reka bentuk seperti lipas, Dododots (disebut doh-doh-dots) mengeluarkan tompok kecantikan dalam bentuk serangga tersebut.

 

Bekas Anda sengaja diumumkan pada 1 April yang juga sering disebut sebagai April Fool untuk mengelirukan 350,000 pengikutnya. Projek ini, yang diketuai Magdalene Lim, Pengurus Dododots Singapura dan Australia menyatakan pihaknya mahu menambah sentuhan jenaka pada hari istimewa ini.

 

Setiap produk yang dilancarkan oleh Dododots, kata Magdalene, sentiasa menekankan tindakan, kebaikan dan kasih sayang terhadap diri sendiri.

 


Dengan reka bentuk menyerupai lipas, Dododots (disebut doh-doh-dots) mengeluarkan tompok kecantikan dalam bentuk serangga tersebut.

                                                           +++++++++++++++++

“Ini agak berbeza kerana semuanya dalam semangat gurauan yang tidak bersalah, jenaka dan sentiasa berkongsi ketawa dengan orang yang kita hargai, dan fikirkan setiap hari,” katanya.

 

Produk yang dimaksudkan, Your Ex menampilkan 10 orang bayi dan dua ekor lipas raksasa. Ia direka bentuk untuk kelihatan seperti lipas yang merayap pantas keluar dari pek, dan ke tangan sesiapa sahaja yang memegang pek tersebut.

 

“Jika ada masa dan tempat untuk bergurau, ini adalah produk dan peluang yang sempurna untuk menyampaikan pakej penjagaan kepada sekumpulan rakan yang selalu bergurau, dan tidak begitu serius dalam kehidupan,” tambah Magdelene yang mengatakan meskipun belum pasti orang akan memakai tampalan ini, tetapi jika memakainya, ia tetap berfungsi dengan sempurna untuk menutup, dan melindungi jerawat mereka.

 

Antara kelebihan lain, katanya lagi, ialah anda boleh mengeluarkan tampalan, dan melihat makhluk perosak kecil itu hilang pada keesokan harinya.

 

Sama ada anda sedang menghadapi perpisahan atau mencari hadiah lelucon yang sempurna, tambah Magdalene, Dododots adalah ciptaan Malaysia serta cetusan idea Esther Wong dan Ethan Wong, iaitu rakan-rakan yang membesar dengan berjuang melawan masalah jerawat, dan mahu orang lain yang bermasalah serupa, berasa gembira dan selesa dalam kulit mereka sendiri.

 

“Kedua-dua graduan sains tersebut menyatukan pengetahuan bioteknologi perubatan, biologi alam sekitar dan mikrobiologi mereka untuk mencipta tompok jerawat yang inovatif ini pada tahun 2021,” jelasnya lagi.

 

Hasilnya ialah tampalan kecantikan Dododots yang inovatif yang diperbuat daripada seratus peratus bahan hidrokoloid, tetapi berwarna sepenuhnya dengan pelbagai bentuk dan reka bentuk pertama di dunia sebagai alternatif yang menyegarkan kepada tampalan lutsinar tradisional.

 


Magdelina Lim, Pengurus Dododots Singapura/Australia.

###################

Tompok jerawat menggunakan bahan pembalut luka gred klinikal yang sama yang digunakan oleh doktor pada pesakit selepas pembedahan menjadikannya bukan sahaja menyeronokkan, tetapi berfungsi. Tampalan Dododots diluluskan oleh FDA, serta diperakui ISO dan CE dan sesuai untuk semua jenis kulit dan umur.

 

Meskipun produk inovatif boleh didapati melalui kedai dalam talian jenama itu, tetapi permintaan untuk produk hampir serta-merta mendorong Dododots memperkenalkan mesin layan diri sendiri untuk menawarkan kemudahan di lapangan kepada pelanggannya.

 

Mesin layan diri ini muncul kali pertama pada 2023, dan boleh didapati di Asian Avenue di Sunway Pyramid, Pusat Beli-belah MyTOWN, serta Paradigm Mall JB di Malaysia, dan Plaza Singapura di Singapura.

 

Perkongsian Dododots dengan rangkaian kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkemuka Guardian juga meluaskan kehadiran jenama itu ke lebih 600 buah kedai di jalan-jalan raya, pusat beli-belah popular di Malaysia dan Singapura, serta dalam ruang e-dagang.  

 

-       disunting untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


Wednesday, 2 April 2025

MENARA KUALA LUMPUR

 

HYDROSHOPPE Sdn Bhd sebagai pemegang saham tunggal Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) menegaskan bahawa sebelum ini pihaknya telah mengemukakan permintaan kepada Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital), jika mereka serius, dan mampu mengambil alih operasi Menara Kuala Lumpur (MKL), mereka perlu menyerap kesemua 205 kakitangan MKLSB berdasarkan prinsip ‘no less favorable dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Langkah ini bertujuan mengelakkan pencetusan pembayaran Termination & Layoff Benefits (TLOB) yang berjumlah RM2.69 juta. Walau bagaimanapun, LSH Capital telah melengahkan proses serta menawarkan syarat pekerjaan yang kurang menguntungkan (‘less favorable’), dan memberi kesan negatif kepada kebanyakan pekerja Bumiputera di MKL.

 

Kelewatan membuat tawaran ini telah menyebabkan MKLSB terpaksa menanggung pembayaran TLOB, yang sekali gus merupakan satu penganiayaan.

 

Maklumat yang diterima daripada bekas kakitangan MKLSB turut menunjukkan bahawa tawaran pekerjaan diberikan secara selektif, dan terdapat individu yang menerima manfaat lebih rendah ketimbang apa yang telah MKLSB tawarkan. Ia tidak sebagaimana yang digambarkan melalui kenyataan media mereka.

 

Justeru, semua ini menunjukkan LSH Capital sedang bermain helah untuk memburuk-burukkan MKLSB. Atas sebab kemungkiran berterusan LSH Capital dan Kementerian Komunikasi, MKLSB berhak untuk meneruskan operasi selepas 1 April 2025, dan telah membawa pertikaian ini untuk diputuskan di mahkamah terlebih dahulu.

 

Walau bagaimanapun, terdapat usaha daripada LSH Capital untuk menawarkan pekerjaan kepada kakitangan sementara, yang dilihat sebagai cubaan mengganggu kelangsungan operasi Business As Usual (BAU) di MKL.

 

MKLSB juga ingin menegaskan bahawa tindakan LSH Capital ini boleh dikategorikan sebagai ‘employee raiding’, iaitu tindakan pengambilan pekerja secara agresif daripada MKLSB secara tidak sah dengan tujuan mengganggu operasi MKL.

 

Sementara itu, bagi makluman, semua akaun bil utiliti yang berkaitan dengan operasi MKL masih berdaftar atas nama MKLSB. Sehingga kini, tiada sebarang permohonan daripada LCH Capital yang menunjukkan dakwaan mereka mampu mengambil alih pada 1 April 2025 adalah sekadar sandiwara.

 

MKLSB sekali lagi menekankan bahawa kes ini telah dibawa ke mahkamah, dan LSH Capital dan Kementerian Komunikasi hendaklah berhenti membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas, serta menghormati prinsip undang-undang yang sedang berjalan.


- disunting untuk siaran oleh RAYUSA