SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2019 SUNWAY CITY KUALA LUMPUR
Kumpulan Sunway meneruskan
agenda tahunannya setiap kali menjelang tahun baharu pada 31 Disember 2018
lalu. Ia terus berusaha mencipta suasana yang indah dan meriah untuk dinikmati
para pengunjung di kompleksnya, Sunway City Kuala Lumpur, yang berkeluasan 800
ekar.
Menurut Pengurus Besar
Kanan Komunikasi dan Pemasaran Jenama, Kumpulan Sunway, Jane Poh, pihaknya amat
teruja menerima kedatangan ramai pengunjung untuk meraikan kedatangan tahun
2019 bersama-sama. Kata Jane, Kumpulan Sunway menyediakan sesuatu yang istimewa
untuk setiap pengunjungnya.
“Seisi keluarga boleh
bergembira dalam sesi bersama-sama di beberapa tempat dan aktiviti di Sunway
Pyramid. Golongan muda dan peminat parti pula boleh bergembira di Sunway
Lagoon,” kata Jane.
Tambah Jane, para
pengunjung juga boleh menikmati pelbagai juadah yang lazat di Hotel & Spa
Sunway Resort. Konsert mengira detik 2019 turut diadakan di tengah-tengah
Sunway City. Katanya, Kumpulan Sunway sentiasa berusaha mengadakan acara
sambutan tahun baharu secara besar-besaran untuk para pengunjung.
Acara sambutan tahun baharu
2019 Sunway City Kuala Lumpur pada 31 Disember 2018 lalu dimulakan dengan
jamuan Makan Malam Ambang Tahun Baharu, diikuti ucapan pengenalan oleh Jane Poh
di Resort Café, Hotel & Spa Sunway Resort.
Terdapat empat hentian untuk
acara sambutan Ambang Tahun Baharu 2019, bermula dari jam 8.45 malam sehingga
detik 12 tengah malam, iaitu:
-
Gedung Ria Krismas Pelangi Gembira (Jolly Rainbow Christmas Fun Factory) @
Sunway Pyramid, mulai 8.45 malam.
-
Festival Glowtopia @ Sunway Lagoon, mulai 9
malam.
-
Konsert Tahun Baharu Mega Sunway City @
Sunway City, mulai 9 malam.
-
menyaksikan Pertunjukan Eksklusif Cahaya
Laser & Bunga Api Tahun Baharu dari Tingkat 7, Menara C, Pusat Perubatan
Sunway, mulai jam 12 tengah malam.
Gedung Ria Krismas Pelangi
Gembira merupakan tarikan utama Dataran Biru, di mana terdapat banyak unikon
dan pelangi. Kanak-kanak riang mengerumuni gedung tersebut untuk bergembira
melihat unikon luar biasa pada pelangi gergasi, serta memenangi hadiah dengan
mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, dan permainan.
Kanak-kanak boleh mewarnakan
lukisan masing-masing sambil duduk-duduk. Kubah Unikon Hidup yang diwarnakan
bertukar menjadi watak animasi penuh.
Hotel Spa & Resort
Sunway Resort, hotel utama Sunway City, turut menyediakan juadah luar negara,
selain tempatan yang disediakan oleh tukang masak handalan Kafe Resort.
Festival Glowtopia hanya sesuai
diadakan pada waktu malam untuk mereka yang memang suka berparti.
Konsert Tahun Baharu Mega
Sunway City dijayakan antaranya oleh kumpulan muzik terkenal tanah air, Hujan
serta Shalma Eliana, Thomas Jack, Wen Suen, Froya, dan Fazz.
Di sepanjang hampir lima
jam acara berlangsung, kira-kira 30 wakil media tempatan dan luar negara telah
diberi layanan baik/mesra oleh pegawai Komunikasi Vantage, Susan Tan; dan
pegawai Komunikasi Korporat, Kumpulan Sunway, May Lim.
No comments:
Post a Comment