Umat
Islam pengotor walaupun kebersihan separuh daripada iman
Kita jarang mendengar
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman” disebut. Tidak
seperti
sabar, sedangkan sepatutnya kebersihan juga perlu diberi keutamaan kerana ia
turut
melangsungkan kehidupan dengan sejahtera. Kebersihan punca kesihatan dan
mampu
mencegah segala penyakit. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?
Sewaktu
dilanda malapetaka atau musibah, umat Islam diminta bersabar oleh rakan atau
saudaranya
yang juga beragama Islam (cuma belum pasti yang memberi nasihat itu boleh
berbuat
yang sama jika menghadapi keadaan serupa).
Kebersihan
memang diajar oleh agama Islam kepada umatnya. Bukan setakat diajar,
malah
dikehendaki diamalkan. Perkara ini penting kerana ada yang bergelar ustaz pun
memandang
remeh soal kebersihan diri.
Bukan
sedikit yang tidak menjaga kekemasan penampilan diri. Ada yang membiarkan
kumis,
janggut atau jambang tumbuh meliar. Pakaian yang dipakai juga nampak lusuh
dan
menjolok hidung aromanya.
Mengutamakan
kebersihan atau tidak seseorang itu turut diukur dari keadaan dapur dan
tandas
rumahnya. Jika dapur dan tandas rumahnya bersih, maka tuan rumah berkenaan
mengutamakan
kebersihan.
Islam
juga mengajar umatnya agar menjaga kebersihan persekitaran di luar rumah
seperti
di
masjid dan surau. Cuba
perhatikan, adakah semua masjid dan surau di negara kita
bersih?
Tidak! Banyak masjid dan surau yang kotor!
Perhatikan
tandas. Berbanding tandas awam di negara bukan umat Islam seperti Jepun,
tandas
kebanyakan masjid dan surau di negara kita tidak memuaskan. Keadaan tandas
Masjid
Negara juga kotor!
Tidakkah
kita umat Islam berasa malu kerana tandas awam di negara bukan Islam begitu
bersih
sehingga kita boleh solat di dalamnya? Tandas kebanyakan masjid dan surau
negara
kita boleh membunuh ‘selera’ untuk membuang air!
Kenapa
ada umat Islam pengotor? Soalan ini sukar dijawab. Mereka yang berkenaan
memberi
pelbagai alasan. Antara jawapan popular ialah tiada masa dan gangguan jumlah
anak
yang ramai.
Benarkah
sibuk menjadi alasan kukuh? Bagi penulis, jawapan yang boleh dianggap tepat
ialah
malas! Tiada apa boleh dilakukan lagi kalau malas. Mengapa pula malas,
sedangkan
sepatutnya
umat Islam rajin? Bukanlah rajin itu juga sebahagian daripada iman? Islam
tidak
pernah atau akan mengajar umatnya menjadi pengotor, pemalas, pendengki dan
beraneka
sikap negatif lain!
Tidakkah
umat Islam berasa malu? Diajar oleh agama Islam agar sentiasa menjaga
kebersihan,
tetapi menjadi pengotor. Pelik dan ironisnya, bukan Islam pula yang prihatin
dan
gembira mengamalkannya.
Ingatlah.
Umat Islam tidak wajar bersedih dan merungut apabila dilanda musibah pelbagai
wabak penyakit akibat mengabaikan kebersihan. Salah mereka sendiri, sedangkan
selalu dan tahu menyebut “Segala yang buruk datang daripada saya/kita dan
segala
yang baik datang daripada Allah.”
Pasal apa tulis tajuk ''separuh' dan isi pula ''sebahagian' ..?
ReplyDelete