ARTIFAK KEAGUNGAN ISLAM BERI KEINSAFAN
KEHEBATAN dan kecemerlangan tamadun Islam tidak boleh disangkal kerana
sejarah telah membuktikan ia memiliki kegemilangan yang panjang, bukan sahaja
menyinari dunia Islam, tetapi menyumbang kepada kebangkitan peradaban, dan
kemajuan di Barat sehingga ke saat ini.
Memang banyak artifak dan peninggalan berkaitandengan
sumbangan Islam terhadap dunia masih boleh dilihat sehingga sekarang. Tidak
lain dan tidak asing lagi ia bertitik tolak dari peranan, dan amanah besar yang
dimainkan oleh Rasulullah SAW.
Sehubungan itu, penganjuran Pameran Artifak Rasulullah SAW
dan Para Sahabat RA pada 22 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019 yang lalu di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) amat tepat/wajar dalam mengenang jasa, dan pengorbanan
besar Nabi Muhammad SAW.
Lebih 40 buah artifak Rasulullah SAW, sahabat Baginda, dan
Kerajaan Uthmaniah dipamerkan dalam pameran anjuran Manhajj Brothers Sdn. Bhd.
ini. Berlangsung selama dua minggu, ia memberi peluang kepada masyarakat
melihat sendiri artifak yang menjadi rakaman sejarah kehidupan, dan perjuangan
Rasulullah SAW, di samping kegemilangan tamadun Islam.
Antara artifak yang dipamerkan termasuklah rambut, janggut,
darah bekam, serban, tongkat, bekas air zamzam, serta pasir makam Rasulullah SAW,
dan kunci makam tersebut.
Para pengunjung pameran tersebut juga berpeluang melihat
sendiri pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan al-Fatih, kiswah Kaabah merah,
kiswah Kaabah hijau, dan kunci Makam Saidatina Fatimah.
Selain itu, senjata dan kelengkapan perang peninggalan
Kerajaan Uthmaniah seperti kunci, baju perang, tandu, serta al-Quran emas
kiswah Kaabah, dan kiswah pintu taubat, yang kesemuanya merupakan koleksi dari
tanah Arab seperti Mekah dan Madinah, serta Yemen dan Turki turut dipamerkan.
Dalam pameran berkenaan, pengunjung turut berpeluang
mendapatkan maklumat-maklumat menarik berkaitan semua artifak yang dipamerkan
seperti sirah Rasulullah, peristiwa peperangan dalam sejarah islam, gerakan
penyebaran Islam, serta maklumat mengenai para sahabat.
Menurut pengarah projek Pameran Artifak Rasulullah SAW dan
Para Sahabat RA, Razali Bachik, pihaknya mensasarkan 150,000 pengunjung yang
mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan Mutfti
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Datuk Seri Dr. Zulkifli sendiri telah menyempurnakan majlis
perasmian pameran berkenaan pada 26 Julai 2019 yang lalu di PWTC. Dalam
ucapannya, Dr. Zulkifli memuji penganjuran pameran berkenaan. Justeru, kata Dr.
Zulkifli, beliau memberi sokongan seratus peratus.
Tegas Dr. Zulkifli, pameran ini tidak wajar dilepaskan oleh
masyarakat Islam. Pameran yang diadakan ini, tegas Dr. Zulkifli, hanya secebis
daripada keseluruhan perjuangan, dan pengorbanan besar Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, tambah Razali, Kuala Lumpur menjadi lokasi
pertama pameran tersebut pada tahun 2019, sebelum menjelajah di seluruh negara.
Selain Razali, turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah
Pengarah Adi Putra Production, Dato’ Adi Putra (pelakon filem dan drama televisyen
terkenal).
Menurut Dato’ Adi Putra, penganjuran Pameran Artifak
Rasulullah SAW dan Para Sahabat merupakan satu langkah positif dalam memberi
pendedahan, serta menambah pengetahuan pengunjung tentang Islam bagi golongan
muda, terutamanya para pelajar sekolah.
Tambah beliau, ia memang satu usaha yang baik dalam menarik
minat pengunjung untuk lebih mengenali sejarah Rasulullah, serta Islam menerusi
pameran artifak yang sarat dengan maklumat-maklumat berkaitan.
Pihaknya yang bekerjasama dengan Manhaj Brothers Sdn. Bhd.,
menurut Adi Putra, merancang agar pameran berkenaan menjadi sebuah acara
tahunan, dan membawanya ke negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura,
Brunei, Thailand, Filipina, dan banyak lagi.
Adi Putra berharap peluang mengunjungi pameran tersebut
boleh mendekatkan diri dengan Nabi Muhammad, serta meningkatkan rasa cinta
kepada Baginda. Pengisian pameran, tambah beliau, sedikit sebanyak menerbitkan
rasa rendah diri, dan keinsafan untuk lebih mengenali Islam dengan lebih
mendalam.
Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di PWTC
itu merupakan penganjuran kali ke-10 di sepanjang tahun 2019. Sebelum ini,
pameran tersebut telah menjelajah ke luar negara seperti Brunei Darussalam,
Singapura, selain Padang dan Medan di Indonesia.
Pameran yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10
malam itu mengenakan bayaran masuk RM20 untuk dewasa, RM10 untuk mahasiswa,
sementara RM5 untuk kanak-kanak. Lebih 40 buah artifak Rasulullah SAW, sahabat
Baginda, dan Kerajaan Uthmaniah dipamerkan dalam Pameran Artifak Rasulullah SAW
dan Para Sahabat RA pada 22 Julai 2019 sehingga 4 Ogos 2019 yang lalu di Pusat
Dagangan Dunia Putra.
Pameran selama dua minggu itu anjuran Manhajj Brothers Sdn.
Bhd. itu memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri artifak yang menjadi
rakaman sejarah kehidupan, dan perjuangan Rasulullah SAW, selan kegemilangan
tamadun Islam.
Antara artifak yang dipamerkan termasuklah rambut, janggut,
darah, bekam, serban, tongkat, bekas air zamzam, pasir makam Rasulullah SAW, dan
kunci makam tersebut.
Para pengunjung pameran tersebut juga berpeuang melihat
sendiri pedang Muaz bin Jabal, pedang Sultan al-Fatih, kiswah Kaabah merah,
kiswah Kaabah hijau, dankunci Makam Saidatina Fatimah.
Selain itu, artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti
kunci, baju perang, tandu, al-Quran emas kiswah Kaabah, dan kiswah pintu
taubat, yang kesemuanya merupakan koleksi dari tanah Arab seperti Mekah dan
Madinah, serta Yemen dan Turki.
Menurut pengarah projek Pameran Artifak Rasulullah SAW dan
Para Sahabat RA, Razali Bachik, pihaknya mensasarkan 150,000 pengunjung yang
mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan Mutfti
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Tambah Razali, Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama pameran
tersebut pada tahun 2019, sebelum menjelajah di seluruh negara.
Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA di PWTC
itu merupakan penganjuran kali ke-10 di sepanjang tahun 2019. Sebelum ini,
pameran tersebut telah menjelajah ke luar negara seperti Brunei Darussalam,
Singapura, selain Padang dan Medan di Indonesia.
Pameran yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10
malam itu mengenakan bayaran masuk RM20 untuk dewasa, RM10 untuk mahasiswa,
sementara RM5 untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment