SASTERA BUDAYA
LAGU SERU LAWAN COVID-19
KARYAWAN seni tanpa mengira genre apa pun wajar juga peka dengan keadaan semasa,
baik dalam negara mahupun di seluruh dunia, apatah lagi jika sesuatu perkara
itu serius, dan membabitkan nyawa manusia sejagat. Jadi, tidaklah hanya sekadar
mengambil tahu, dan terbabit dengan dunia sendiri sahaja.
Dengan kreativiti
masing-masing, mereka tentu berasa gembira dan patut disokong jika dapat
memberikan sumbangan tersendiri. Meskipun gagal membantu mengatasi masalah
secara total, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan jiwa.
Karyawan
muzik tidak terkecuali. Isu besar yang sedang melanda negara kita dan dunia
sekarang ialah wabak pandemik Covid-19. Atas tujuan membendung penularan wabak
maut tersebut, kerajaan Malaysia telah mengarahkan rakyat agar menjalani
perintah kawalan pergerakan (PKP). Perintah itu melibatkan tiga prosedur
operasi standard (SOP), iaitu duduk di rumah, kerap membasuh tangan dengan air
dan sabun/hand sanitizer, dan
mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
Sebuah
lagu baharu telah dihasilkan bersempena dengan Covid-19 dan PKP itu yang kini sudah
memasuki fasa PKPD dan PKPB (D = diperketat dan B = bersyarat dengan tambahan
enam SOP lagi), menampilkan paduan suara dua penyanyi bersuara nada tinggi, Mus
(May) dan Obey Lipan Bara.
Lagu tersebut
yang berjudul ‘We Fight’ dihasilkan
untuk menjentik semangat rakyat Malaysia agar sama-sama berjuang menentang
Covid-19.
Antara pemuzik
yang terlibat dalam lagu ‘We Fight’ ini termasuklah Firdaus Mahmud (keyboard dan synth), Fly Halizor (bass), Ritz Metalasia (gitar), dan Pae Naspa (dram).
Menariknya, mereka merakamkan bahagian masing-masing, berserta rakaman video di
rumah mereka sebelum digabung, dan disunting oleh Oney sendiri. Sesi rakaman
tersebut dilakukan secara normal baharu.
Menurut Firdaus,
proses rakaman muzik dan vokal bermula dari 21 hingga 23 April 2020. Selepas itu,
tambahnya, proses rakaman video mengambil masa empat hari untuk dilakukan di
rumah, dan studio rumah masing-masing.
“Oney
mengumpulkan semua video dan audio daripada semua pihak, dan menyunting di
rumahnya. Hasilnya, pada 2 Mei 2020, video ‘We
Fight’ berjaya dimuat naik di laman YouTube
untuk tontonan ramai,” jelas Firdaus.
Sudah tentu
Firdaus dan yang lain berharap agar rakyat Malaysia sentiasa mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Maklumat
‘We Fight’
Melodi,
lirik, idea – Oney Lipan Bara
Vokal –
Mus (May) dan Oney Lipan Bara
Gitar –
Ritz Metalasia
Bass –
Fly Halizor
Keyboard dan synth – Firdaus Mahmud
Dram –
Pae Naspa
No comments:
Post a Comment