SOSIAL
SUMBANGAN KHIDMAT
PENGHANTARAN DIHARGAI
SEBAGAI antara
mercu tanda Malaysia, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar amat mengagumi
kesungguhan dan semangat para petugas perkhidmatan penghantaran, atau lebih
dikenali sebagai ‘Delivery Man/Rider’.
Memang diakui mereka telah banyak membantu dan menjadi
HERO untuk rakyat Malaysia di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dengan perkhidmatan penghantaran kurier, serta keperluan harian seperti
makanan, dan barangan runcit tanpa mengira waktu, dan cuaca dalam usaha
membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Delivery Man dan Rider ini, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar amat berbesar
hati menawarkan promosi ‘Untukmu,
Delivery Heroes’.
Promosi ini yang membolehkan para petugas perkhidmatan
penghantaran melawat Sky Deck di
Menara Kuala Lumpur atau Star View di
Menara Alor Setar dengan harga amat istimewa mulai 1 hingga 31 Oktober 2020. Ia
juga diadakan bersempena dengan Ulang Tahun Menara Kuala Lumpur yang ke-24 pada
tahun ini.
Promosi ‘Untukmu, Delivery
Heroes’ terbahagi kepada dua. Pertama ialah Pakej A – ‘Kru Delivery Heroes’ di mana para pelawat
terdiri daripada kategori ‘Delivery
Man/Rider’ sahaja. Harga promosi ialah BELI 2 PERCUMA 1 pada harga RM10.00
seorang.
Pakej kedua pula, Pakej B – ‘Delivery Heroes’ & Keluarga/Rakan’ di mana para pelawat terdiri
daripada sekurang-kurangnya seorang ‘Delivery
Man/Rider’ datang bersama-sama ahli keluarga, atau rakan. Harga promosi
ialah BELI 3 PERCUMA 1 pada harga RM10.00 seorang, yang amat istimewa kerana
harga tiket biasa ialah RM71.00 seorang bagi Menara Kuala Lumpur, dan RM48.00
seorang bagi Menara Alor Setar.
Pelancaran promosi ‘Untukmu,
Delivery Heroes’ telah diadakan pada 8 Oktober lalu di Menara Kuala Lumpur,
yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd,
Ainol Shaharina Sahar.
Dalam ucapan pelancarannya, Ainol merakamkan penghargaan
pihaknya terhadap jasa bakti petugas perkhidmatan penghantaran di sepanjang
pelaksanaan PKP.
Ainol menjemput semua mereka yang berada di sekitar Kuala
Lumpur dan Alor Setar, atau di mana sahaja mengunjungi Menara Kuala Lumpur dan
Menara Alor Setar di sepanjang 1 hingga 31 Oktober 2020.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur
menerusi talian 03 2020 5499/layari www.menarakl.com.my/ facebook
@officialmenarakl/Instagram @menarakl atau Menara Alor Setar menerusi talian 04
720 2901/layari www.menaraalorsetar.com.my/ facebook
@menaraalorsetarofficial/ Instragram @menaraalorsetarofficial.
No comments:
Post a Comment