SASTERA BUDAYA
KMY KMO, LUCA
SICKTA SEMAKIN DITERIMA
SETELAH lebih lima tahun
tidak muncul dengan single terbaharu,
kumpulan Hijjaz akhirnya mengubati kerinduan peminat dengan lagu ciptaan dan
dendangan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’
yang diberikan nafas baharu menjadi ‘Tiada Kata Secantik Bahasa (TKSB) 2020’.
Walau
bagaimanapun, yang menariknya, tidak hanya Hijjaz yang dianggotai Munif Ahmad, Isman
Nadim Isam, Mohd Faizal Osman, dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim mendendangkan
lagu berkonsepkan selawat itu.
TKSB
2020 menyaksikan kolaborasi julung kalinya kumpulan nasyid yang ditubuhkan
sejak 1997 itu bersama-sama tiga bakat muda, iaitu duo rap terkenal tanah air,
Kmy Kmo dan Lucka Sickta, serta bekas peserta program realiti televisyen Mentor musim ketujuh, Pasya.
Bagi
menampilkan kelainan selepas sekian lama tiada ‘buah tangan’, Hijjaz
menyuntikkan elemen segar ke dalam single
terbaharu itu apabila memasukkan rock
nasyid rap (RNR).
Salah
seorang ahli Hijjaz, lsman Nadim Isam yang juga pencetus idea kepada TKSB 2020 bahkan
turut bertindak menulis lagu, lirik serta penerbit lagu itu berkata, dia
mendapat iiham hampir tiga tahun lalu ketika berada di Madinah.
Jelas
Isman, ramai orang meminati P Ramlee, malah lagu-lagunya malar segar, serta
masih melekat di jiwa kebanyakan daripada kita.
‘Tiada
Kata Secantik Bahasa’ adalah antara lagu P Ramlee yang amat digemari Isman, dan
menganggapnya baik.
Sewaktu
berada di Madinah pada sekitar 2018, Isman memberitahu dia terfikir mengapa
lagu itu tidak digubah menjadi lagu selawat. Beliau mahu menukar liriknya yang
memuji wanita kepada memanjatkan selawat ke atas Rasullullah SAW.
Isman
berdoa semoga karya itu dapat menjadi ‘ladang pahala’ bukan sahaja kepada
mereka yang turut berselawat apabila mendengarnya, malah ia turut mengalir
kepada P Ramlee.
Itulah
objektif utamanya, jelas Isman. Di sepanjang berada di Masjid Nabawi, beliau menggunakan
kesempatan ‘berbual-bual’ dengan Rasullullah, sambil meminta Baginda
mengaminkan doanya.
Setelah
hampir tiga tahun, hasrat Isman itu akhimya termakbul. Tambahnya, kekangan bajet menjadi faktor hasrat
menghasilkan single terbaharu itu
tertangguh agak lama. Selain itu kata Isman, urusan mendapatkan kelulusan hak
penciptaan lagu yang pastinya menyukarkan menjadi antara sebab kenapa mereka
melupakan hasrat itu.
Namun
demikian, penantian itu nyata tidak sia-sia, dan doa mereka seolah-olah
dimakbulkan apabila Universal Music Malaysia yang juga pemegang hak cipta lagu P
Ramlee menawarkan projek single
kepada mereka. Enggan menunggu lama, Hijjaz ‘menyambar’ tawaran yang dihulurkan
oleh syarikat rakaman terkemuka itu.
Ketiadaan
bajet membuatkan Hijjaz terpaksa memendamkan hasrat untuk menerbitkan lagu itu
pada mulanya. Lagipun ia melibatkan syarikat yang besar, jadi dibiarkan sahaja
hasrat itu terpendam.
Walau
bagaimanapun, Isman menganggapnya sebagai rezeki apabila menerima panggilan
telefon daripada Penasihat A&R Domestik Universal Music Malaysia, Hermond Cheng
sebelum sambutan Maulidur Rasul 1441/2020.
Hermond
bertanya adakah Isman mempunyai lagu baharu. Bagaikan ‘pucuk dicita ulam
mendatang’, Isman menceritakan kepada Hermond mengenai rancangan Hijjaz, dan
secara kebetulan pula Universal Music adalah pemegang hak cipta lagu-lagu P
Ramlee. Jadi proses yang dilalui tidak menghadapi kesukaran.
Menurut
Isman semasa sidang media memperkenal lagu ini di Auditorium Symphony, Petaling
Jaya pada 17 Mac lalu, beliau turut memberitahu Hermond mengenai pencarian
penyanyi rap untuk berkolaborasi dalam lagu TKSB 2020. Hermond mengesyorkan
Hijjaz bekerjasama dengan Kmy dan Luca.
Secara
kebetulan, Isman memang mengagumi duo berkenaan. Kmy dan Luca, katanya, bukan sahaja berbakat menyanyi rap dengan
baik, malah lirik yang mereka hasilkan juga bagus. Lagu ‘7 Nasihat’ menambahkan
lagi keterujaan Hijjaz.
Justeru,
Hijjaz terus bersetuju dan meminta Kmy dan Luca menghasilkan lirik untuk
bahagian rap TKSB 2020.
Bagi
mencipta variasi kepada lagu berkenaan juga, kata Isman, mereka mengundang
bekas peserta Mentor, Pasya kerana
kehebatannya mendendangkan lagu rock.
Selain
menarik peminat nasyid, Hijjaz juga mahu melihat gabungan bersama-sama penyanyi
rap dan rock mampu menarik lebih
ramai peminat dari genre muzik lain.
Walaupun
kali pertama bergabung, Isman menjelaskan mereka tidak menghadapi sebarang
masalah untuk mencipta keserasian. Katanya, proses rakaman dan juga penggambaran
video muzik berjaya disiapkan dalam ternpoh tidak sampai lima jam.
Mereka
masuk ke studio pada kira-kira jam 2 petang, dan selesai sebelum maghrib, malah
sempat berhenti untuk solat asar berjemaah.
Selain
Isman dan Hermond, sidang media tersebut turut dihadiri Munif, Faizal, dan Ariffin,
serta Kmy, Luca, dan Pasya.
Menurut
Isman, Hijjaz ceria bekerja dengan Kmy dan Luca kerana mereka sangat baik, dan mampu
memberikan apa yang Hijjaz mahu. Pada sesi rakaman juga, Hijjaz sempat mengajar
Pasya berqasidah kerana dia dan Munif tampil sebagai penyanyi solo untuk TKSB
2020 yang memerlukan mereka berqasidah.
Sebenarnya
Hijjaz mahu mengundang Azlan dari kumpulan Azlan & The Typewriter, tetapi tidak
kesampaian kerana penyanyi itu sibuk, dan kebetulan pula ketika Pasya menyertai
Mentor, Isman ada mengikuti
persembahannya, dan tertarik. Jadi, Pasya dianggap paling tepat untuk
menggantikan Azlan.
Hijjaz
yang pernah popular dengan lagu ‘Sumayyah’ tidak kisah jika ada yang
mempertikai tindakan mereka mengambil jalan mudah dengan mengambil lagu Seniman
Agung itu yang diberikan nafas baharu.
Isman
mengakui oleh kerana sekian lama tidak tampil dengan produk terbaharu, tentu
mereka mahukan sebuah fagu yang mudah diterima, dan mesra telinga pendengar.
Lagipun tambahnya, bukan satu kesalahan, apatah lagi lagu itu juga bermanfaat
kepada P Ramlee.
Jelas
Isman, setelah difikir-fikirkan semula, lagu baharu mungkin mengambil masa
sedikit untuk diterima. Dalam keadaan sekarang, ramai penyanyi tidak
menghasilkan album, sebaliknya memilih tampil dengan single.
Apabila
muncul dengan single, lagu itu
perlulah ada faktor ‘wow’. Jadi, Hijjaz memang tidak menafikan, antara sebab memilih
lagu P Ramlee ini adalah kerana telah melekat di hati masyarakat.
Ketika
Hijjaz memperdengar lagu itu kepada golongan yang lebih berusia, ramai yang
menyukainya, malah ada yang sehingga mengalirkan air mata.
Hijjaz
tidak peduli jika ada yang mempertikai tindakan mereka ini, kerana bukan satu
kesalahan pun.
Tambah
Isman, Hijjaz hanya mahu mengajak peminat bersama-sama berselawat, selain sebenarnya
turut cuba membawa kelainan kerana tidak mahu nasyid berada pada takuk sama.
Inilah
faktor yang mendorong Hijjaz berkolaborasi dengan penyanyi rock dan rap. Untuk seterusnya, tambah Isman, mereka merancang
untuk menjalin kolaborasi (mungkin) dengan Joe Flizzow dan SonaOne pula supaya
muzik nasyid akan lebih bersifat sejagat, dan diterima oleh semua lapisan
masyarakat.
TKSB
2020 telah dilancarkan pada Disember 2020. Namun demikian, disebabkan oleh PKP,
promosi lagu berkenaan tidak dapat dilakukan.
Justeru,
Hijjaz kini giat mempromosikannya supaya dapat dinikmati oleh lebih ramai
pendengar.
Mengakhiri
sidang media itu, Hijjaz berzama-sama Kmy, Luca dan Pasya mendendangkan TKSB
2020 secara langsung.
Kmy
dan Luca semakin menanjak mewarnai industri hiburan Malaysia, terutamanya dalam
kalangan peminat muzik hip hop. Karya bermutu tinggi yang ditonjolkan menguatkan
lagi kedudukan mereka di persada seni tanah air.
Justeru,
tidak aneh kalau ramai penyanyi berlumba-lumba dan mulai mengintai untuk
mendapatkan khidmat mereka sebagai komposer, atau rakan menyanyi berkolaborasi.
Kejayaan
lagu ‘7 Nasihat’ nyanyian Kmy dan Luca bersama-sama Dato’ Sri Siti Nurhaliza
membuktikan mereka tidak lagi boleh dipandang sebelah mata.
Lagu
sebelumnya, ‘Zuhud’ yang dikolaborasi bersama-sama Datuk M Nasir juga telah
mewujudkan magis tersendiri.
Seperti
yang diketahui umum, ‘7 Nasihat’ membawa Kmy dan Luca ke peringkat akhir Anugerah
Juara Lagu 35 yang berlangsung pada 14 Mac lalu. Mereka bergandingan dengan
Shiha Zikir yang menggantikan Siti Nurhaliza.
Sentuhan
mereka seterusnya, ‘Neraca’, telah mencetuskan fenomena terbaharu dalam
industri muzik tempatan.
Dalam
lagu yang dilancarkan pada 19 Februari lalu itu. Kmy dan Luca berkolaborasi pula
dengan seorang lagi penyanyi ‘legenda hidup’, iaitu Dato’ Jamal Abdillah.
Menurut
Luca atau nama sebenamya, Shameer Ashraf Shahruddin, dari awal lagi mereka telah
membayangkan Jamal sebagai rakan bersama-sama menyanyikan lagu itu.
Mengenai
pemilihan penyanyi bertaraf legenda dan Datuk/Dato’ bekerjasama dengan jenama ‘Kmy
Kmo’ dan ‘Luca Sickta’, Luca menjelaskan itu adalah ‘wish list’ dan cita-cita mereka sejak awal pembabitan dalam bidang
penulisan, dan penciptaan lagu.
Mereka
telah menunggu sekian lama peluang sebegini. Sebenarnya, dari zaman sekolah
lagi mereka telah menghasilkan muzik.
Sejak
itu lagi Kmy dan Luca bercita-cita bekerjasama dengan penyanyi legenda. Mereka,
kata Luca, memang telah ada senarai nama penyanyi tersebut.
Masih
mengekalkan genre hip hop dengan gabungan muzik ghazal dan reggae, ‘Neraca’
telah dihasilkan pada 2018.
Kmy
atau nama sebenarnya, Lukmanul Hakim, menjelaskan ‘Neraca’ diperam selama dua tahun,
dan menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan.
‘Neraca’
boleh dianggap sebagai kesinambungan ‘Zuhud’ yang dilancarkan pada Disember
2019.
Kmy
dan Luca mengakuinya dalam sidang media memperkenal ‘Neraca’ di Auditorium
Symphony, Petaling Jaya, 17 Mac lalu.
Menurut
mereka, lagu tersebut adalah kesinambungan mesej ‘Zuhud’ di mana ia merangkumi
keseluruhan, dan seimbangkan mengenai kehidupan yang dilalui kini, apatah lagi
dalam zaman media sosial dan gejala sosial yang semakin parah.
Muzik
‘Neraca’ boleh dikatakan lebih berat daripada ‘Zuhud’. Pun begitu, tambah Kmy,
ia mengikut selera pendengar juga. Mungkin, katanya, ada yang suka dan ada yang
tidak.
Jamal
yang turut menghadiri sidang media tersebut, turut menyifatkan kerjasama dengan
Kmy dan Luca dalam ‘Neraca’ sebagai satu pengalaman baharu.
Raja
Pop Malaysia itu turut menyifatkan Kmy dan Luca sangat berbakat. Proses rakaman,
katanya, sangat santai, mudah dan tidak terlalu sukar.
Tambah
Jamal. bekerja dengan anak muda seperti Kmy dan Luca memang menyeronokkan.
Demikian
juga ketika proses penggambaran video muzik yang menurut Jamal sebagai penuh
erti tersirat yang perlu dihayati.
Jelas
Jamal, mesej yang ingin disampaikan oleh ‘Neraca’ agak kuat, iaitu berkisar mengenai
perjalanan manusia dalam menempuh peredaran masa sebagai manusia biasa. Katanya,
banyak mesej baik dan ditampilkan dengan keunikan.
Justeru,
Jamal mengakui harapannya untuk ‘Neraca’ sangat tinggi, dan semoga dapat
diterima oleh pendengar muzik terkini, terdahulu, dan ketika zaman saya, kerana
ia menggabungkan dua generasi.
Melodi
dan muzik ‘Neraca’ juga, tambah Jamal, agak unik termasuklah rap yang
disampaikan sangat bermakna dan perlu dihayati.
Ternyata
penantian lama Kmy dan Luca, serta persetujuan Jamal untuk berkolaborasi tidak
sia-sia.
Sidang
media ‘Neraca’ diakhiri nyanyian lagu tersebut oleh Kmy, Luca dan Jamal. Dalam
majlis tersebut, Hermond turut menyampaikan anugerah kepada Kmy dan Luca atas
kejayaan ‘Zuhud’, ‘7 Nasihat’, dan juga lagu ‘Gong Nekara’.
Video
muzik ‘Neraca’ berjaya meraih 100 ribu tontonan di YouTube dalam masa 24 jam, dan terus mencatat rekod baharu selama
tiga hari berturut-turut.
TKSB
dan ‘Neraca’ telah tersedia di semua platform penstriman muzik seperti Spotify,
Apple Music, Joox, Deezer, KKBOX dan YouTube Music sejak 19 Februari lalu.
video muzik rasminya juga boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music
Malaysia.