Pages

Monday, 31 January 2022




                 Bersama-sama salah seorang 'orang kuat' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (kiri).


                         Kini menjadi orang penting salah sebuah syarikat pelancongan dan umrah di Malaysia.



Telah menampilkan The Park Band pada 14 Januari lalu.


                                                    Turut bekerjasama dengan tokoh agama yang bukan calang-calang.


                                                                                     Saudara seagama di Syria tidak dilupakan.


                                                Sedang berlangsung sehingga 6 Februari 2022.











EKONOMI SELEBRITI


Azadan Rabbani Tawarkan Pebagai Pakej Menarik

AZAM BAHARU 2022

 

SELAMA dua tahun tempoh landaan COVID-19 menjadikan diri kita lebih agresif mencari peluang pendapatan dengan norma baharu.

 

Dalam hal ini, kehilangan ‘kerja’ di sepanjang waktu wabak pandemik maut tersebut tidak menghalang anggota kumpulan Rabbani meneruskan kerja-kerja kebajikan, dan juga mencari rezeki untuk menampung sara hidup keluarga masing masing.

 

Dari awal perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi, Rabbani telah aktif bersama-sama dengan Sahabat Quran Malaysia, dan Pusat Latihan Dakwah ADNIN yang beroperasi di Klang, Selangor menyantuni anggota barisan hadapan.

 

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz, selain dengan Rabbani, beliau juga banyak bersama-sama Syria Care, dan Naurah Care. Di sepanjang PKP, beliau beroleh rezeki dalam sektor makanan.

 

Antara ‘kerja’ yang telah dilakukan setakat ini ialah mendapat tempahan makanan Nasi Arab dan Azadan's Kitchen, bertugas di pasar raya Ganda Sungai Buloh, menjadi hos program masakan atas talian ‘Dapur Panglima’ bersama-sama Chef Yang Jamil, serta bekerjasama dengan produk Garam Sasa, dan Tea Dawud.

 

Selain itu, Azadan turut menjadi ikon MATHAF Malaysia Thailand Halal Festival, dan perunding kepada Kompleks Anjung Husnul Khatimah kepunyaan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali.

 

“Insya-Allah, Kompleks Anjung Husnul Khatimah akan bersama-sama dengan Naurah Care, menganjurkan WORKSHOP HUSNUL KHATIMAH ONLINE, yang turut kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,” tambah Azadan.

 

Jika sebelum PKP Azadan sempat bekerjasama dengan syarikat Amazing Umrah dalam sektor umrah ziarah, tetapi disebabkan oleh PKP dalam tempoh yang lama, semuanya berubah. Beliau terpaksa meninggalkan semua aktiviti pelancongan dan umrah.

 

“Kegiatan persembahan juga sangat terhejas pada awal PKP. Namun begitu, sempat membuat beberapa persembahan secara maya dalam dan luar nagara. Rabbani juga sempat merakamkan lima klip video untuk peminat menerusi lagu Rindu Baitullah bersama-sama Sahabat Quran Malaysia, Ittihad, Marhaban Ya Rasulullah, Santun dan Mencintaimu berkerjasama dengan Pondok Pengajian Al-Bari, Hulu Langat,” cerita Azadan lagi.

 

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Rabbani sedang merakamkan single ciptaan Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya, yang merupakan gabungan pertama kali dua rakan selebriti tersebut. Azadan yakin dan berharap lagu terbaharu itu akan menjadi halwa telinga yang enak, dan sangat menyentuh hati. Single tersebut akan berada di pasaran pada Mac nanti, bersempena dengan ulang tahun Rabbani yang ke-25.

 

Membuka tirai tahun 2022 baru-baru ini. Azadan yang aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan dan keusahawanan, telah dilamar oleh AET Travel & Tour Malaysia Sdn Bhd (AET Travel Malaysia), yang beroperasi di Bangi Avenue.

 

”Syarikat pelancongan ini telah lama menjalin hubungan diplomatik dengan Indonesia atas nama AET Travel Indonesia, yang juga dalam perhidmatan pakej percutian, dan pelancongan, termasuk umrah dan ziarah,” jelas Azadan.

 

Melalui AET Travel Malaysia, tambah Azadan, beliau mensasarkan aktiviti dalam dan luar negara seperti menganjurkan Pakej Pelayaran Mahabbah, Pakej Percutian Royal Belum Perak, Pakej Melancong ke Turki, dan pakej umrah ziarah.

 

Orang ramai dan peminat, tambah Azadan, boleh melayari Facebook dan IG AET Travel Malaysia. Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi terus WhatsApp di talian 01132621042 dan 0192700411.

 

“Insya-Allah dengan pengalaman bersama-sama pelbagai sektor dan kenalan ramai, saya harap dapat membawa lebih ramai peminat, dan orang ramai mengikuti pakej AET Travel Malaysia,” kata Azadan.

 

Akhirnya, dalam suasana norma baharu ini, Azadan beliau berharap kita semua dapat sama-sama terus maju dengan berfikiran positif, bersyukur dengan yang dimiliki, mengambil ruang/peluang untuk diri/ummah terus ke hadapan, dan menjadikan COVID-19 sebagai salah satu cara, serta peluang untuk mendekatkan hubungan sesama kita, dan dengan Allah SWT.

 


1 comment: