Pages

Wednesday, 17 May 2023


EKONOMI

 

Harga Berpatutan dengan Menu/Pakej RAHMAH untuk Rakyat Malaysia

 

KINI foodpanda secara rasmi menjadi satu-satunya platform penghantaran makanan yang menawarkan Menu RAHMAH dan Pakej RAHMAH, serta membantu usaha Kerajaan meringankan beban kos sara hidup.

 

Dalam hal ini, foodpanda berganding bahu dengan rakan kongsi restoran menawarkan item Menu RAHMAH mereka untuk dihantar kepada pelanggan. Usaha ini menjadikan ia sebagai satu-satunya platform penghantaran makanan yang menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia.

 

Demi menyokong inisiatif Kerajaan meringankan beban ekonomi, dan kos sara hidup rakyat Malaysia, foodpanda memainkan peranannya bagi memastikan pelanggan boleh memesan set hidangan makan tengah hari, atau makan malam Menu RAHMAH daripada aplikasi dan laman sesawangnya pada harga mampu milik, iaitu RM5, atau kurang.








            
            Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.



Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penunggang foodpanda sambil diperhatikan oleh Sayantan Das (kiri) dan Datuk Roziah Abudin (kanan).



                                   Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das.
 


Semasa pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama-sama foodpanda di ibu pejabat korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memuji komitmen foodpanda meluaskan capaian Menu Rahmah kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

 

“Usaha kami menjadikan Menu RAHMAH lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan, dan peringkat pendapatan tidak akan berjaya tanpa penyertaan sukarela pengendali restoran dalam sektor swasta,” ujar Datuk Seri Salahuddin.

 

Tambah beliau, amat menggembirakan apabila melihat platform penghantaran makanan seperti foodpanda turut memainkan peranan mereka memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada makanan pada harga berpatutan.




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Salahuddin lagi, akan terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi, dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar, dan tidak menentu hari ini.

 

“Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberikan ganjaran tambahan, atau nilai tambah kepada pengguna,” tegas beliau.

 

Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das yang turut hadir pula menyatakan sebagai salah satu platform penghantaran makanan terkemuka dengan jutaan pelanggan, pihaknya komited untuk memastikan pelanggan boleh memesan pelbagai penawaran Menu RAHMAH tanpa mengira di mana mereka berada dengan hanya beberapa klik menerusi aplikasi foodpanda.



 

“Kami berbesar hati kerana mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada beberapa vendor kami untuk meluaskan lagi capaian item Menu RAHMAH mereka, dan pada masa sama, memainkan peranan kami dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia setiap hari,” tambah beliau.

 

Ikut menjayakan inisiatif ini bersama-sama foodpanda ialah 238 cawangan restoran seperti OldTown White Coffee, Texas Chicken, Lim Fried Chicken dan Daporlah, serta 16 jenama restoran yang lain.

 

Selain menghantar item Menu RAHMAH, pandamart - kedai runcit foodpanda yang menawarkan pengguna kemudahan penghantaran barangan runcit terus ke pintu rumah - akan menyertai inisiatif Pakej RAHMAH dengan menawarkan barangan runcit pakej barangan runcit pada harga mampu milik dengan penjimatan ekstra untuk masa terhad.

 

Pakej RAHMAH pandamart menawarkan dua pakej barangan runcit pada harga RM50 dan RM30, dengan penjimatan sehingga 25% untuk para pembeli yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa membeli-belah untuk barangan keperluan harian mereka.

 

Selaras dengan majlis pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH ini juga, foodpanda melaksanakan empat inisiatif, iaitu Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, dan Pakej RAHMAH.

 

Foodpanda Malaysia turut komited menyumbangkan sebanyak 300 bakul RAHMAH bernilai RM15,000 yang akan diagih-agihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik, dan kurang kemampuan menerusi Yayasan RAHMAH Malaysia.

 

Sebenarnya, tambah Sayantan, foodpanda telah melancarkan Pakej RAHMAH ini sebelum tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam membantu rakyat Malaysia membuat persiapan bagi sambutan itu.

 

“Kami juga percaya bahawa inisiatif ini akan turut memberi manfaat kepada rangkaian rakan penghantaran kami yang meluas kerana kami menjangkakan bahawa jumlah pesanan akan terus meningkat, sekali gus meningkatkan lagi pendapatan mereka,” katanya.

 

Menurut Sayantan lagi, foodpanda ingin meyakinkan penunggangnya bahawa struktur pembayaran akan tetap sama, tidak kira sama ada mereka menghantar item Menu RAHMAH atau sebaliknya, dan pendapatan mereka bagi setiap perjalanan tidak akan dikurangkan untuk inisiatif ini, sebagai tanda komitmen kepada mereka.

 

Turut menghadiri majlis pelancaran tersebut ialah Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), KPDN, Datuk Roziah Abudin.  

 

Pakej RAHMAH - RM50

Labour Dishwashing Liquid Lemon 900ml

Mamee Instant Noodle Curry | 5 x 80 g

Kimball Spaghetti 400g

Kimball Mushroom Spaghetti Sauce 350g

Ayam Brand Mackerel in Tomato Sauce

155g

Julie's Biscuit Assorties 289g

F&N Sweetened Creamer with Vitamins

500g

Protex Fresh Antibacterial Bar Soap

Valuepack 75g x 4

Kimball Tomato Puree 430g

Nestum Original All Family Cereal 250g

Milo Malt Drink Powder 200g

Pakej RAHMAH - RM30

Labour Dishwashing Liquid Lime 900ml

Ayam Brand Sardines Jitney 155g

Dutch Lady Full Cream Milk 1L

Dairy Champ Evaporated Creamer 390g

Kimball Macaroni 400g

Milo Activ-Go 400g

Jualan RAHMAH - RM5*

TRIPLET XL - 3pcs Curry Puffy Potato

Chicken with EGG

*terdapat di Pandamart terpilih

 

Mengenai foodpanda:

 

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untukmembawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas, dan mudah.

 

Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuklah pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit atas talian yang akan memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain.

 

foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar di seluruh 11 pasaran di Asia Pasifik - Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kambodia dan Myanmar.

 

foodpanda dimiliki Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan di dunia.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com

 

 

Mengenai Delivery Hero

 

Delivery Hero adalah platform penghantaran tempatan terkemuka di dunia yang mengendalikan perkhidmatannya di lebih daripada 70 negara di seluruh Asia, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika Utara. Syarikat ini yang bermula sebagai perkhidmatan penghantaran makanan pada 2011 kini menjalankan platform penghantarannya sendiri di empat benua.

 

Selain itu, Delivery Hero merupakan syarikat yang merintis perdagangan pantas (generasi e-dagang pada masa depan), yang bertujuan untuk membawa barangan runcit, dan barangan isi rumah kepada pelanggan dalam masa kurang dari satu jam, dan selalunya dalam masa 20 hingga 30 minit. Syarikat ini yang beribu pejabat di Berlin, Jerman, mempunyai lebih daripada 53,000 pekerja di seluruh dunia.

 

Delivery Hero disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt sejak 2017, dan kini menjadi sebahagian daripada indeks pasaran saham MDAX.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi::

Regina Lee Cheng

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, foodpanda Malaysia

E: regina.lee@foodpanda.my

M: +60 16-617 0479

Lisa Santa Maria

Pengurus Perhubungan Awam, foodpanda Malaysia

E: l.santamaria@foodpanda.my

M: +60 17-675 4692

 

SENARAI RESTORAN YANG MENYERTAI MENU RAHMAH DI FOODPANDA

 

Nombor Restoran Bilangan Cawangan

1 Bestmas Dim Sum & Pau Station 1

2 Bubur Ayam KonGee 1

3 Ciksu Asam Pedas Johor 1

4 Coolblog (Star Avenue Mall Subang) 1

5 Daporlah 6

6 Dapur Meks Viral Setapak 1

7 Ikat Tepi Kopi @ MYTOWN 1

8 Lim Fried Chicken 13

9 Masala Wheels 1

10 Nasi Daging Pongsu Seribu Seremban 1

11 Nasi Kukus D'Garden (Royal Plaza Putatan) 1

12 NasiiKarii 1

13 OldTown White Coffee 120

14 Reef Cafe 1

15 Restoran Anjung Mak Uda 1

16 Restoran Sri De Orkid 1

17 Rueys Bukit Jalil 1

18 Texas Chicken 83

19 The Mchiko Oden 1

20 Villa Tomyam (Setapak) 1

TOTAL 238

Thursday, 11 May 2023

PPIM TETAP MEMBELA PENGGUNA WALAUPUN SEMASA BERAYA

 
DALAM kemeriahan menyambut Syawal 1444 yang masih dirasai walaupun kian berhujung, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak ketinggalan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidifitri untuk sahabat, kenalan, pelanggan dan masyarakat setempat.
 
Pada 11 Mei lalu (bersamaan 20 Syawal), PPIM mengadakan majlis ‘rumah terbuka’nya, ‘Majlis Silaturahim Aidilfitri PPIM’ di Kompleks Sukan Datuk Keramat Kuala Lumpur.

Ketua Akrivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi (kiri), dan Timbalan Pengerusi PPIM, Dato’ Jawahar Ali.


                                       Demontrasi silat oleh kumpulan undangan.



Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi.




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berlangsung selama kira-kira empat jam, majlis tersebut turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi, serta Timbalan Pengerusi PPIM, Dato’ Jawahar Ali,  dan Setiausaha Agung PPIM, Dato’ Dr Ma’mor Osman.
 
Selain menikmati juadah yang disediakan, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nasyid dan demontrasi silat oleh kumpulan undangan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam majlis yang meriah itu, PPIM tidak lupa menyantuni anak-anak yatim yang dijemput khas untuk menerima sumbangan Raya.
 
Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan untuk menyantuni wakil media, Dato’ Nadzim meminta kerjasama para wartawan untuk mewar-warkan isu terkini yang sedang meresahkan rakyat.
 

“Saya tidak faham undang-undang apakah yang sedang digunakan dalam soal pembelian kereta di negara kita sekarang. Saya nampak ia zalim, dan tentu sahaja tidak wajar diamalkan,” tegas Toqqi yang berharap wakil dapat membantu rakyat dengan cara mereka.




PPIM tidak lupa menyantuni anak-anak yatim yang dijemput khas untuk menerima sumbangan Raya.

Beliau yang memang terkenal tegas dan tidak gentar pada sesiapa dalam soal membela pengguna di negara kita selama ini, merujuk krisis pembeli yang menghadapi tindakan keretanya dilelong jika gagal menjelaskan hutang bulanan.

 

Bagi Toqqi, keadaan yang sukar dihadapi rakyat sekarang menjadi kian payah dengan peraturan yang boleh dianggap sebagai ‘paksaan’ itu.

 

“Sebelum ini, semua pembeli kereta secara ansuran tahu mereka diberikan tempoh dua bulan 21 hari untuk menjelaskan tunggakan bayaran bulanan. Tetapi, kini mereka kehilangan kereta terus!” tambah Toqqi.

 

Dalam soal ini, pihak media tidak diminta mencabar atau menghasut, serta menyokong usaha menumbangkan kerajaan hari ini. Tegas Toqqi, PPIM juga tidak berhasrat sedemikian.

 

“Apa yang sewajarnya ialah menyedarkan pihak kerajaan agar melihat perkara ini dengan serius, dan mengambil langkah wajar sesegera mungkin untuk mengatasinya,” ujar beliau.

Tuesday, 9 May 2023

FILEM


ANWAR IKRAR TERUS PERANGI RASUAH TANPA TANGGUH!


Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan dan dibawa ke lokap, yang kemudiannya dibelasah tanpa belas kasihan oleh yang dipercayai sebagai Ketua Polis Negara ketika itu.

 


PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menahan sebak selepas menonton filem biografi Anwar: The Untold Story (ATUS) semasa acara tayangan perdana, dan VIP di Dadi Cinema, sebuah pusat beli-belah di KL pada 8 Mei lalu.

 

Datuk Seri Anwar mengimbau kembali kenangan perjuangannya memerangi ketidakadilan dan rasuah menerusi filem berdurasi sejam setengah, arahan Viva Westi dari Indonesia yang turut menghadiri acara berkenaan.

 

Menurut Anwar yang turut mengadakan sidang akhbar dengan media tempatan dan antarabangsa selepas menonton filem itu, beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod penting dalam hidupnya, serta memuji kebolehan pelakon dan pengarah kerana berjaya menterjemahkan wataknya.

 

“Ini cerita yang mesti diceritakan. Perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan. Sekarang saya Perdana Menteri. Saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dengan bersungguh-sungguh,” katanya disambut tepukan gemuruh.

 

Filem tersebut, berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998, mendedahkan kisah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, sambil menonjolkan perjuangannya yang secara konsisten menentang amalan rasuah, tetapi berakhir di penjara.

 

Pelakon tempatan terkenal Malaysia, Farid Kamil Zahari memegang watak Anwar, sementara pelakon/penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa memainkan watak sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Selain Hasnul Rahmat sebagai Dr Mahathir Mohamad, turut menjayakan ATUS ialah Acha Septriasa (Wan Azizah), Saskia Chadwick (Nurul Izzah), Dewi Irawan (ibu Anwar) dan Piet Pagau (bapa Anwar).

 

Tayangan Perdana itu dianjurkan oleh DMY Creation, syarikat yang juga merupakan pengedar rasmi untuk ATUS.

 

DMY Creation adalah sebuah syarikat yang mengedar filem antarabangsa, dan tempatan serta penganjur rancangan hiburan langsung utama.

 

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi DMY Creation, Dato’ Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai menonton ATUS bagi merasai perjuangan yang dilalui Perdana Menteri, dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden.

 

“Kami berharap semua pihak, terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar Perdana Menteri kita. Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini,” tegasnya.

 

Anwar menonton filem berkenaan, bersama-sama beberapa ahli keluarga terdekat, termasuk mereka dari industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.

 

Seramai 1,870 tetamu, termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa menonton filem tersebut di 13 dewan khusus.

 

Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Halim; penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza; seniman Dato’ M Nasir; pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud; penulis lirik dan penulis skrip prolifik, Datuk Habsah Hassan; penerbit filem tempatan, Datuk Yusof Haslam, dan pembuat filem popular, Mejar (K) David Teo.

 

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Puan Sri Cindy Lim; dan Pengarah Urusan Yusrych Global Sdn Bhd, iaitu penerbit filem ini, Yusry Makmor.

 

ATUS akan ditayangkan di semua pawagam utama di seluruh negara bermula pada 18 Mei 2023. Tempahan awal untuk filem ini akan dibuka tidak lama lagi.

 

Seperkara menarik, Farid yang juga pelakon filem ‘pecah panggung’ pada 2017, Tombiruo: Penunggu Rimba, dan yang terbaharu (tidak mendapat sambutan), Sumpahan Syaitan menegaskan sesiapa yang mahu memegang watak Anwar dalam filem atau karya lain mestilah membenci, dan memerangi rasuah!

 

Farid memberikan contoh dirinya sendiri yang menolak rasuah sebanyak RM5 juta daripada seorang oleh ahli politik tidak lama dahulu.

 

Pastilah sikap/pendirian sedemikian amat sesuai dan melayakkan Farid memegang watak Anwar untuk ATUS, tetapi beliau bukanlah satu-satunya pelakon yang dipilih. Sebelum beliau, beberapa orang pelakon dari Malaysia dan luar negara telah menolak tawaran berlakon kerana bimbangkan risiko terpaksa dihadapi.

 

ATUS yang menelan kos pembiayaan RM10 juta ini bakal memberikan anjakan paradigma, serta menjadi satu penanda aras baharu untuk industri perfileman tanah air.

 

Menjalani penggambaran di Indonesia dan Malaysia dengan gabungan dua negara serumpun, termasuk kehadiran gabungan pelakon terkenal, serta pasukan penerbitan membuktkan filem ini mampu menarik semua lapisan masyarakat menontonnya di pawagam.

 

Oleh kerana ada yang menganggap ATUS dihasilkan setelah penubuhan Kerajaan Perpaduan, dan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PMX), Penerbit Eksekutif ATUS, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Haq, tampil memberikan penjelasan.

 

“Sebenarnya, filem ini dihasilkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, dan tidak mengambil kira kerajaan mana yang memerintah. Begitu pun, pelbagai kesukaran dihadapi, termasuk kebimbangan mengenai soal tayangan kalau bukan Pakatan Harapan yang memerintah, dan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri,” jelasnya, yang juga kartunis tersohor sejak 1990-an.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang media khas selepas Tayangan Perdana filem Anwar: The Untold Story.

 

  
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika sampai untuk menghadiri Tayangan Perdana dan sidang media khas filem Anwar, The Untold Story di Dadi Cinema, 8 Mei lalu.

 

  Acara Tayangan Perdana filem Anwar:The Untold Story di Dadi Cinema pada 8 Mei lalu.

 

Dato’ Mohamed Yusoff menggalakkan orang ramai menonton ATUS bagi merasai perjuangan yang dilalui Perdana Menteri, dan menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden. Di sebelahnya ialah pengarah ATUS, Viva Westi.

 

Dari kiri, Mejar (K) David Teo, Zunar, Dato’ Mohamed Yusoff, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Farid Kamil Zahari semasa sidang media Tayangan Perdana filem Anwar: The Untold Story.

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan simbolik ‘lawan tetap lawan’ beliau semasa sidang media Tayangan Perdana filem Anwar, The Untold Story’ di Dadi Cinema pada 8 Mei lalu.


ATUS membawa kisah jatuh bangun perjuangan Anwar dalam politik Malaysia, terutama melawan rasuah. Filem yang diusahakan (penulisan skrip) sejak Ogos 2011 ini telah bersedia untuk ditayangkan.

 

Latar waktu cerita ialah kira-kira lima tahun - 1993 hingga 1998, iaitu ketika Anwar mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehingga dipecat pada 2 September (1998).

 

Diadaptasi dan diolah daripada kisah benar, jalur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas, dan konsisten menolak pelbagai jenis imbuhan, dan wang tunai daripada pihak tertentu.

 

ATUS turut memaparkan bagaimana Anwar enggan menggunakan wang rakyat untuk ‘menyelamatkan’ syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion RM. Justeru, beliau difitnah dengan satu konspirasi besar, dipecat, dipukul dengan ganas di lokap, dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan selama beberapa hari.

 

Dari seorang menteri kewangan terbaik Asia yang berjaya membebaskan Malaysia daripada belenggu hutang, Anwar akhirnya merengkok di penjara.

 

Dengan penjelasan Zunar dan sinopsis cerita, pastilah filem ini tidak menampilkan Anwar sebagai PMX.

 

Sementara itu, pengarah ATUS, Viva Westi menyatakan rasa terharunya dengan penerbitan filem ini. Katanya, doa dan air mata telah mengiringi kerja-kerja pembikinan AtUS.

 

“Saya masih mengingati pesanan Zunar yang keras-lucu, iaitu saya boleh sakit, tetapi jangan mati selagi filem ini belum disiapkan. Saya dan suami juga kerap berbalah kerana kedegilan saya untuk menyiapkan filem ini,” cerita Viva.












Acha pula teruja dapat membintangi ATUS, serta terharu dengan layanan dan sifat keibuan Wan Azizah terhadapnya ketika bertemu buat pertama kali. Dia yang juga penyanyi lagu terkenal Berdua Lebih Baik, turut gembira dapat belajar bertutur dalam bahasa Melayu.