EKONOMI
Harga Berpatutan dengan Menu/Pakej RAHMAH untuk Rakyat Malaysia
KINI foodpanda secara rasmi menjadi satu-satunya platform penghantaran makanan yang menawarkan Menu RAHMAH dan Pakej RAHMAH, serta membantu usaha Kerajaan meringankan beban kos sara hidup.
Dalam hal ini, foodpanda berganding bahu dengan rakan kongsi restoran menawarkan item Menu RAHMAH mereka untuk dihantar kepada pelanggan. Usaha ini menjadikan ia sebagai satu-satunya platform penghantaran makanan yang menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia.
Demi menyokong inisiatif Kerajaan meringankan beban ekonomi, dan kos sara hidup rakyat Malaysia, foodpanda memainkan peranannya bagi memastikan pelanggan boleh memesan set hidangan makan tengah hari, atau makan malam Menu RAHMAH daripada aplikasi dan laman sesawangnya pada harga mampu milik, iaitu RM5, atau kurang.
Semasa pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH bersama-sama foodpanda di ibu pejabat korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memuji komitmen foodpanda meluaskan capaian Menu Rahmah kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
“Usaha kami menjadikan Menu RAHMAH lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan, dan peringkat pendapatan tidak akan berjaya tanpa penyertaan sukarela pengendali restoran dalam sektor swasta,” ujar Datuk Seri Salahuddin.
Tambah beliau, amat menggembirakan apabila melihat platform penghantaran makanan seperti foodpanda turut memainkan peranan mereka memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada makanan pada harga berpatutan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Salahuddin lagi, akan terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi, dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar, dan tidak menentu hari ini.
“Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberikan ganjaran tambahan, atau nilai tambah kepada pengguna,” tegas beliau.
Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das yang turut hadir pula menyatakan sebagai salah satu platform penghantaran makanan terkemuka dengan jutaan pelanggan, pihaknya komited untuk memastikan pelanggan boleh memesan pelbagai penawaran Menu RAHMAH tanpa mengira di mana mereka berada dengan hanya beberapa klik menerusi aplikasi foodpanda.
“Kami berbesar hati kerana mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada beberapa vendor kami untuk meluaskan lagi capaian item Menu RAHMAH mereka, dan pada masa sama, memainkan peranan kami dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia setiap hari,” tambah beliau.
Ikut menjayakan inisiatif ini bersama-sama
foodpanda ialah 238 cawangan restoran seperti OldTown White Coffee, Texas
Chicken, Lim Fried Chicken dan Daporlah, serta 16 jenama restoran yang lain.
Selain menghantar item Menu
RAHMAH, pandamart - kedai runcit foodpanda yang menawarkan pengguna kemudahan
penghantaran barangan runcit terus ke pintu rumah - akan menyertai inisiatif
Pakej RAHMAH dengan menawarkan barangan runcit pakej barangan runcit pada harga
mampu milik dengan penjimatan ekstra untuk masa terhad.
Pakej RAHMAH pandamart menawarkan
dua pakej barangan runcit pada harga RM50 dan RM30, dengan penjimatan sehingga
25% untuk para pembeli yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa
membeli-belah untuk barangan keperluan harian mereka.
Selaras dengan majlis pelancaran
Inisiatif Payung RAHMAH ini juga, foodpanda melaksanakan empat inisiatif, iaitu
Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, dan Pakej RAHMAH.
Foodpanda Malaysia turut komited
menyumbangkan sebanyak 300 bakul RAHMAH bernilai RM15,000 yang akan
diagih-agihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik, dan kurang kemampuan
menerusi Yayasan RAHMAH Malaysia.
Sebenarnya, tambah Sayantan, foodpanda
telah melancarkan Pakej RAHMAH ini sebelum tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri
dalam membantu rakyat Malaysia membuat persiapan bagi sambutan itu.
“Kami juga percaya bahawa inisiatif ini akan turut memberi manfaat kepada rangkaian rakan penghantaran kami yang meluas kerana kami menjangkakan bahawa jumlah pesanan akan terus meningkat, sekali gus meningkatkan lagi pendapatan mereka,” katanya.
Menurut Sayantan lagi, foodpanda
ingin meyakinkan penunggangnya bahawa struktur pembayaran akan tetap sama,
tidak kira sama ada mereka menghantar item Menu RAHMAH atau sebaliknya, dan
pendapatan mereka bagi setiap perjalanan tidak akan dikurangkan untuk inisiatif
ini, sebagai tanda komitmen kepada mereka.
Turut menghadiri majlis
pelancaran tersebut ialah Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, dan
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), KPDN, Datuk
Roziah Abudin.
Pakej RAHMAH - RM50
Labour Dishwashing Liquid
Lemon 900ml
Mamee Instant Noodle
Curry | 5 x 80 g
Kimball Spaghetti 400g
Kimball Mushroom
Spaghetti Sauce 350g
Ayam Brand Mackerel in
Tomato Sauce
155g
Julie's Biscuit
Assorties 289g
F&N Sweetened
Creamer with Vitamins
500g
Protex Fresh
Antibacterial Bar Soap
Valuepack 75g x 4
Kimball Tomato Puree
430g
Nestum Original All
Family Cereal 250g
Milo Malt Drink Powder
200g
Pakej RAHMAH - RM30
Labour Dishwashing
Liquid Lime 900ml
Ayam Brand Sardines
Jitney 155g
Dutch Lady Full Cream
Milk 1L
Dairy Champ Evaporated
Creamer 390g
Kimball Macaroni 400g
Milo Activ-Go 400g
Jualan RAHMAH - RM5*
TRIPLET XL - 3pcs
Curry Puffy Potato
Chicken with EGG
*terdapat di Pandamart
terpilih
Mengenai
foodpanda:
foodpanda adalah
peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untukmembawa
pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna
dengan pantas, dan mudah.
Dengan kecanggihan
teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh
rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuklah pandamart – perkhidmatan pembelian
barangan runcit atas talian yang akan memberikan lebih banyak pilihan di sebalik
jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain.
foodpanda beroperasi di
lebih daripada 300 bandar di seluruh 11 pasaran di Asia Pasifik - Singapura,
Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos,
Kambodia dan Myanmar.
foodpanda dimiliki Delivery
Hero, peneraju industri penghantaran makanan di dunia.
Untuk maklumat lanjut,
sila layari www.foodpanda.com
Mengenai
Delivery Hero
Delivery Hero adalah
platform penghantaran tempatan terkemuka di dunia yang mengendalikan
perkhidmatannya di lebih daripada 70 negara di seluruh Asia, Eropah, Amerika Latin,
Timur Tengah dan Afrika Utara. Syarikat ini yang bermula sebagai perkhidmatan penghantaran
makanan pada 2011 kini menjalankan platform penghantarannya sendiri di empat
benua.
Selain itu, Delivery
Hero merupakan syarikat yang merintis perdagangan pantas (generasi e-dagang
pada masa depan), yang bertujuan untuk membawa barangan runcit, dan barangan
isi rumah kepada pelanggan dalam masa kurang dari satu jam, dan selalunya dalam
masa 20 hingga 30 minit. Syarikat ini yang beribu pejabat di Berlin, Jerman, mempunyai
lebih daripada 53,000 pekerja di seluruh dunia.
Delivery Hero
disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt sejak 2017, dan kini menjadi sebahagian
daripada indeks pasaran saham MDAX.
Untuk maklumat lanjut,
sila layari www.deliveryhero.com
Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi::
Regina Lee Cheng
Ketua Bahagian
Perhubungan Awam, foodpanda Malaysia
E:
regina.lee@foodpanda.my
M: +60 16-617 0479
Lisa Santa Maria
Pengurus Perhubungan
Awam, foodpanda Malaysia
E:
l.santamaria@foodpanda.my
M: +60 17-675 4692
SENARAI
RESTORAN YANG MENYERTAI MENU RAHMAH DI FOODPANDA
Nombor Restoran Bilangan Cawangan
1 Bestmas Dim Sum & Pau
Station 1
2 Bubur Ayam KonGee 1
3 Ciksu Asam Pedas Johor 1
4 Coolblog (Star Avenue Mall
Subang) 1
5 Daporlah 6
6 Dapur Meks Viral Setapak 1
7 Ikat Tepi Kopi @ MYTOWN 1
8 Lim Fried Chicken 13
9 Masala Wheels 1
10 Nasi Daging Pongsu Seribu
Seremban 1
11 Nasi Kukus D'Garden (Royal
Plaza Putatan) 1
12 NasiiKarii 1
13 OldTown White Coffee 120
14 Reef Cafe 1
15 Restoran Anjung Mak Uda 1
16 Restoran Sri De Orkid 1
17 Rueys Bukit Jalil 1
18 Texas Chicken 83
19 The Mchiko Oden 1
20 Villa Tomyam (Setapak) 1
TOTAL
238