SOSIOEKONOMI
Dorong Pengeluar,
Pengguna Cemerlang dalam Peranan Masing-masing
ANUGERAH PILIHAN
PENGGUNA
PENGGUNA dan syarikat
atau pengeluar barangan/penyedia perkhidmatan saling memerlukan dalam kehidupan
yang kian mencabar.
Justeru, hubungan mereka perlu baik, harmoni dan waras dahulu,
kini dan selamanya. Segala usaha yang wajar perlu dilakukan untuk mencapai
matlamat murni tersebut. Ia boleh bermula dari peringkat daerah, negeri,
wilayah sehingga negara.
Dalam hubungan ini, usaha
Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Selangor menganjurkan Anugerah Pilihan
Pengguna 2022/2023 yang bertujuan mengiktiraf sumbangan syarikat pilihan pengguna
memang dialu-alukan.
Sementelah MTPN
merupakan badan aktif yang memberi tumpuan keutamaan pada isu kepenggunaan, dan
menjadi jambatan antara pihak pengguna dengan kementerian, serta agensi
kerajaan.
Pada 30 November 2022 lalu, MTPN Negeri Selangor mengadakan
majlis penyampaian Consumer Choice Award
@ Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023 di
Pusat Konvensyen Bangi Avanue (BACC), Bangi, Selangor.
Majlis tersebut bertujuan
mengiktiraf sektor kepenggunaan yang banyak menyumbang kepada masyarakat,
sekali gus memberi motivasi kepada semua syarikat yang menjadi pilihan para
pengguna di Malaysia.
Sebanyak 44 pemenang
yang mewakili pelbagai latar belakang syarikat telah dipilih oleh para juri
untuk menerima Anugerah Pilihan Pengguna ini.
Perasmian majlis disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan
Perkhidmatan Awam merangkap Penasihat MTPN, Muazam Mokhtar.
Turut hadir ialah Presiden
Kebangsaan MTPN, Dato’ Paduka Dr Kevy KV Yeo; Naib Presiden Kebangsaan MTPN,
Dato’ Dr Gavin Voon Shih Chin; Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia, merangkap
Penasihat MTPN, Tuan Abdul Razak Junaidi; dan Timbalan Pengarah, Ketua Pegawai
Penguatkuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Negeri Selangor,Mohd Khairi Jamaludin.
Selain itu, Naib Presiden Kebangsaan, Yang Dipertua Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur & Exco Anti Pemalsuan, MTPN, Dr David Ng Kung Wei;
Ketua Sektor (Pencegahan), Seksyen Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Md Zaki Abd Samad; Ahli
Penasihat Kebangsaan, MTPN, Dato’ Seri Dr Bhalraj; Setiausaha Agung MTPN,
Masrudi Abdul Rahman; dan Timbalan Yang Dipertua Negeri Selangor &
Pengerusi MTPN Hulu Langat, Gilbert Pang Jiun Tatt.
‘Orang kuat/penting’
Anugerah Pilihan Pengguna 2022, iaitu Eddy Soo sebagai Penyalaras, sudah tentu
hadir sama.
Para pemenang Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023 terdiri daripada
Agensi Pekerjaan Peakjob Sdn Bhd, Agensi Pekerjaan Super Employment Sdn Bhd,
Alfa Ideal Solution, Anc Group Sdn Bhd, Artistic Lighting Gallery Sdn Bhd,
Artronix Sdn Bhd, Beauty Pro Academy (M) Sdn Bhd, Blossom Creations Sdn Bhd,
Bunny Print (M) Sdn Bhd, Empire Home Furnishing Sdn Bhd, dan Event Plus (M) Sdn
Bhd.
Selain itu, Everest Corridor Sdn Bhd, Everfresh Premium Sdn
Bhd, Flying Colour Education Management Sdn Bhd, Gold Mountain Global Sdn Bhd,
Hairmax Plus Malaysia Sdn Bhd, Handyboy Sdn Bhd, I Studio Marketing, Ichiru My
Homstyle Sdn Bhd, Insides Coliving Sdn Bhd, Jimeido Sdn Bhd, dan Kennedy Electrical
& Electronics Sdn Bhd.
Turut terpilih termasuklah Konzept Id Sdn Bhd, La Jolie
Enterprise, Lec Home Solution Sdn Bhd, Lee Service Provider Enterprise, Max Sticker
Supply Trading Sdn Bhd, Myway Technology (M) Sdn Bhd, NP Natural Pure (M) Sdn
Bhd, Oppadak (Malaysia) Sdn Bhd, Pos2u Sdn Bhd, ProTec Wllness Sdn Bhd, dan
Rurutiki Sdn Bhd.
Juga Sensis Beauty Specialist Sdn Bhd, Skinnergy Resources,
Space Ace Elite Sdn Bhd, Specs Crafters Optics Sdn Bhd, Tidor Ori (M) Sdn Bhd,
Uncle Rogers Sdn Bhd, Vega Potential Sdn Bhd, Vibrant Interior Design Sdn Bhd,
Vivace Dance Academy Sdn Bhd, Yitcha Kawkaw Kopitiam Sdn Bhd, dan Zenon Copier
Sdn Bhd.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam merangkap Penasihat MTPN, Tuan Muazam Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada pemenang, disaksikan juga oleh Dato' Dr Gavin Voon Shih Chin (kanan sekali) dan Dato' Paduka Dr Kevy KV Teo (kiri sekali).
Tuan Muazam Mokhtar (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada pemenang, disaksikan juga oleh Dato' Dr Gavin Voon Shih Chin (kanan sekali) dan Dato' Paduka Dr Kevy KV Teo (kiri sekali).
Dato’ Dr Gavin dan Eddy pula berharap penganjuran anugerah oleh MTPN ini dapat memberikan motivasi kepada semua pihak untuk kekal cemerlang pasca COVID-19.