SASTERA BUDAYA
FILEM KESEDARAN ALAM SEKITAR
FESTIVAL Filem Eko Kuala Lumpur (KLEFF) peringkat
Antarabangsa merupakan platform penyediaan Malaysia yang panjang dan utama
dalam membina kehidupan yang mantap/stabil menerusi tayangan filem bertemakan
alam sekitar, bengkel, wacana, pameran, Pasaran Hijau, persembahan rakyat tempatan,
dan pelbagai aktiviti berkaitan.
KLEFF menampilkan filem-filem mengenai alam sekitar
dengan dialog-dialog penting, menyelusuri perhubungan antara manusia dengan
persekitaran mereka, mencabar cara manusia berfikir mengenai dunia semula jadi,
serta mendorong mereka berbincang, dan bertindak dalam isu-isu penting alam
sekitar.
Pada tahun ini masuk kali yang ke-12 EcoKnights menganjurkan
KLEFF. Penaja utama KLEFF 2019 ialah Kiehl’s. Dilancarkan pada 13 September
lalu di Taman Tugu Nursery, Kuala Lumpur, KLEFF 2019 membawa tema ‘Tindakan
Iklim… Sekarang’.
Majlis pelancaran KLEFF 2019 disempurnakan oleh
Stephanie Bacon (Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau MNS) yang
mewakili Presidennya, Prof Dr Ahmad Ismail.
Turut hadir ialah Dr Yasmin Rasyid (Pengasas dan
Penasihat Kehormat KLEFF), Fadly Bakhtiar (Pengarah KLEFF), Elina Jani ((Pengarah,
Pegawai Komunikasi Strategi Malaysian Green Technology Corporation), Aina Ahmad
(Pengurus Komunikasi Jenama Kiehl’s Malaysia), Nurul Nabila Shohimi (Ketua
Penyelaras Jadual Tayangan dan Pembikin Filem), Mok Yi Ying (Ketua Penyelaras
Pasaran Hijau), Johanan Kong (Ketua Penyelaras Sukarelawan), Emirul Redzuan
(Ketua Penyelaras Tayangan & Audio Visual), dan Luqman Avicenna (Penyelaras
Pembangunan Kandungan dan Kreatif).
Selain Kiehl’s dan MSN yang juga rakan penyokong,
KLEFF 2019 turut mendapat kerjasama Publika (rakan gelanggang), IGEM (rakan
tuan rumah), MY Forest (rakan anugerah khas), DHL (rakan logistik), Tanamera
(rakan pusat), serta The Social, Birdlife, dan European Union atau EU (rakan
penyokong).
Tema KLEFF 2019 menjelajah kisah manusia dan
pertubuhan yang komited dengan tindakan iklim untuk menghasilkan kesan maksimum
terhadap usaha mempertahankannya. Penganjur KLEFF 2019 menerima 233 filem dari
48 negara, dan akhirnya memilih 86 yang merangkumi pelbagai genre, dan berbeza
durasi untuk ditayangkan di sepanjang festival. KLEFF 2019 akan berlangsung
dari 9 sehingga 13 Oktober. Penganjur menjangkakan kehadiran lebih 5,000
audiens.
Ini merupakan tahun kedua MNS menyokong KLEFF dan
EcoKnights, yang merupakan tonggak dalam projek MY Forest MNS tajaan EU.
Menerusi KLEFF, MY Forest akan memenuhi prinsipnya dalam pembinaan kapasiti
pemain bukan tonggak dalam sokongan perhutanan.
Selepas pelancaran KLEFF 2019, turut diadakan
sidang media yang menampilkan Stephanie Bacon, Dr Yasmin Rasyid, Fadly
Bakhtiar, Aina Ahmad, dan Elina Jani.
Menurut Fadly, pihaknya komited dalam membawakan
suasana festival filem yang lebih alamiah kepada masyarakat, menerusi
perbualan, dan pergerakan persekitaran tindakan iklim. Katanya, kesinambungan
tersebut mendapat bantuan rakan-rakan kongsi, rakan-rakan kerjasama, media, dan
orang awam yang penting.
Justeru, tambah Fadly, pihaknya berharap dapat
meneruskan kejayaan, dan perjuangan memberikan dunia yang lebih baik kepada
semua orang.
Sementara itu, Dr Yasmin bersyukur kerana KLEFF
dapat terus dianjurkan sehingga kini. Beliau dengan rendah hati mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih, dan penghargaan kepada semua yang terlibat
menjayakan KLEFF. Tambah Dr Yasmin, bukan mudah menganjurkan acara seperti
KLEFF yang bermula dari kecil sehingga kini mula mendapat perhatian, dan
sanjungan.
Elina pula menyatakan kegembiraan dan kebanggaan
dapat bersama-sama menjadi sebahagian daripada KLEFF sejak 2017. Walaupun
mengakui cabaran besar menonton filem-filem yang menyertai festival yang kian
bertambah tahun demi tahun, tetapi itu merupakan pengalaman yang menyeronokkan.
Dalam meneruskan legasinya yang panjang, KLEFF 2019
dijalankan dalam dua bahagian dengan lebih sorotan seperti berikut:
KLEFF @ IGEM (9-11 Oktober)
·
Majlis Anugerah KLEFF 2019 untuk menghargai
para peserta tempatan dan antarabangsa yang berusaha gigih menghasilkan
filem-filem alam sekitar.
·
Reruai Maklumat yang menampilkan usaha berterusan
pertubuhan bukan kerajaan, EcoKnights, dan rakan-rakan kongsi.
·
Pengalaman realiti maya (VR) menampilkan salah
sebuah filem yang memenangi anugerah KLEFF 2019.
·
Lima belas filem KLEFF 2019 ditayangkan dalam
Tayangan Filem yang menumpukan kepada perubahan iklim, sains dan teknologi,
seni bina hijau, dan pengurusan sisa.
KLEFF @ Publika Solaris Dutamas (7-13 Oktober)
·
Tayangan Filem di sepanjang KLEFF 2019
menampilkan 73 filem bertemakan alam sekitar.
·
Tiga kesan hasil usaha berterusan di bawah
Akta 4SDG menampilkan ‘Earthworm Foundation’ (sesi ahli panel dan tayangan
video), Persatuan Biologi Pemuliharaan (sesi ahli panel dan pameran fotografi),
dan Me.Reka Makerspace (siri bengkel) yang menyorot Matlamat Pembangunan Mantap.
·
Pengalaman realiti maya (VR) menampilkan salah
sebuah filem yang memenangi anugerah KLEFF 2019.
·
Tujuh belas Bicara dan Bengkel bertemakan alam
sekitar.
·
Pesta Derma yang diisi degan pelbagai jenis
permainan interaktif keluarga.
·
Dua puluh tiga juara vendor Pasaran Hijau
produk dan perkhidmatan mesra eko yang selaras dengan 12 Matlamat, serta Penggunaan
Tanggungjawab, dan Produksi SDG.
Marilah mengambil tindakan iklim… sekarang!
Maklumat lanjut boleh didapati dalam kleff.my.
Reviewed by Raja Yusoff
on
September 16, 2019
Rating: 5