SOSIAL
MENTERI DAN MAIWP RAIKAN
150 ASNAF DALAM MAJLIS IFTAR
MAJLIS ‘Iftar
Bersama Asnaf’ telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) di Dewan Merak Kayangan, Felda D’Saji, Kuala Lumpur pada 28 April 2022
lalu.
Majlis tersebut merupakan usaha untuk mengenengah kepada orang ramai dan masyarakat di luar sana
betapa Kerajaan melalui agensi-agensi bertanggungjawab, khususnya MAIWP, begitu
prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik, dan memerlukan.
Perasmian ‘Iftar Bersama Asnaf’ telah disempurnakan oleh Senator Datuk Haji ldris
Ahamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut menyampaikan
mock cek Bantuan Aidilfitri kepada
wakil asnaf dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM24.4 juta.
Dalam program tersebut turut disampaikan wang tunai RM200
kepada 150 asnaf yang disumbangkan oleh pemegang wakalah individu, dan syarikat
Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin.
Selain bantuan
tunai, MAIWP turut menyampaikan sumbangan berbentuk biskut Raya, dan makanan
sunnah, dengan Yayasan EZY Prihatin sebagai rakan strategik dalam program ini.
Pada tahun ini jumlah agihan MAIWP sepanjang bulan Ramadan berjumlah
RM35.7 juta
yang disalurkan kepada:
i) Bantuan Ihya Ramadan RM9.46 juta.
i) Bantuan Awal Ramadan RM9.09 juta.
ii) Sumbangan Tabung Kebajikan Perubatan Hospital RM1.03
juta; dan
iv) Bantuan Aidilfitri RM15.3 juta.
v) Ramadan MAIWP bersama Komuniti Siri 1 sehingga Siri 8
RM82,800.
vi) Program Agihan Ayam Segar dari MAIWP kepada Asnaf
RM758,000.
PPZ-MAIWP dan
pemegang wakalah syarikat dan individu turut menyumbangkan dana tambahan
sebanyak RM177,070 bagi program Ramadan MAIWP bersama-sama Komuniti Siri 1
sehingga Siri 8.
Dalam majlis tersebut juga turut diadakan penyerahan
simbolik sumbangan wakalah
dan sijil penghargaan kepada pemegang wakalah dari
Malakof Corporation Berhad, dan Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri
SM Nasimuddin, dan Yayasan EZY Prihatin yang memberi sumbangan wang tunai serta
makanan sepanjang pelaksanaan Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti.
Sementara itu juga, penyerahan zakat perniagaan syarikat tahun 2022 kepada PPZ-MAIWP dengan jumlah keseluruhan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM18.7 juta dari:
i) Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM5,963,000.00.
i) Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd sebanyak
RM740,000.00.
ii) Kumpulan Sapura Secured Technologies sebanyak
RM821,770.40.
iv) Lembaga Tabung Haji sebanyak RM9,092,024.36.
V) Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebanyak
RM2,072,679.91.
Syarikat-syarikat ini turut menerima Sijil Pengiktirafan
Pembayar Zakat bagi kategori Platinum dan Emas sebagai tanda penghargaan dan
akuan menunaikan zakat perniagaan di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir ialah Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pemangku Ketua Pegawai Esekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya; Ketua Pegawai Esekutif PPZ-MAIWP, Haji Abdul Hakim Amir Osman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, dan rakan-rakan strategik MAIWP.
Datuk Haji Idris Ahmad (tiga dari kiri) semasa sidang media ringkas selepas majlis berlangsung.
Wakil-wakil syarikat perniagaan bergambar bersama-sama Datuk Haji Idris Ahmad dan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
NAMA
PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAN SYARIKAT BAGI TAHUN 2022
1. Lembaga Tabung Haji
Dato’ Sri Amrin Awaluddin
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH
2. Kumpulan Sapura Secured Technologies
Md Yusoff Mohamad Noor
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sapura Secured
Technologies
3. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylP0)
Abdul Haris Haji Lakar
Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO)
4. Bank Islam Malaysia Berhad
Haji Mohd Muazzam Mohamed
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
5. Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Berhad
Norfazilah Dahari
Pengurus Besar
PENERIMA SIJIL
PENGHARGAAN YANG MENYUMBANG SEPANJANG PROGRAM RAMADAN MAIWP BERSAMA KOMUNITI
1. Zakaria Ismail
Advisor Naza Group of Companies
2. Mohd Nazersham Mansor
Ketua Pegawai Kewangan, Malakoff Corporation Berhad
3. Muhammad Syariffuddin Supeni
Pengerusi Yayasan EZ Prihatin
Dalam ucapannya, Senator
Datuk Haji Idris Ahmad mengatakan program yang diadakan ini menjadi bukti
keprihatinan MAIWP dalam membantu segenap lapisan komuniti, khususnya di
Wilayah Persekutuan.
“Ia sebagai
penyambung dan pelengkap kepada ikatan silaturahim dalam kalangan agensi
kerajaan, khususnya MAIWP bersama-sama asnaf penerima bantuan zakat MAIWP
yang turut dihadiri ‘Hero Asnaf’, iaitu
pembayar zakat wilayah Persekutuan,” kata Datuk Idris.
Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang menunaikan zakat kepada
MAIWP, dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.
“Dari Januari sehingga
Mac 2022, jumlah kutipan zakat sebanyak RM162 juta berbanding RM145 juta dalam
tempoh yang sama pada 2021, iaitu kenaikan 12 peratus. Tanpa komitmen para pembayar
zakat, pastilah program bantuan kepada masyarakat tidak dapat dibuat secara
optimum, maksimum, dan menyeluruh,” tambah Idris.