BERITA
Lancar, Serahan Bakul Makanan Kesihatan
Produk Artis Nasyid
MAIWP, NAURAH CARE MALAYSIA
DALAM beberapa perkara yang berkaitan, artis
nasyid atau penasyid dan institusi agama memang sesuai digandingkan atau
bekerjasama.
Demikian juga
halnya dalam penganjuran program Bakul Makanan Kesihatan Produk Nasyid anjuran
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan Naurah Care Malaysia.
Namun begitu,
artis bukan penasyid yang lagu-lagu mereka berunsur positif/Islamik turut
dialu-alukan bekerjasama dalam misi penyerahan bakul makanan kesihatan produk
artis sebegini.
Pengerusi MAIWP,
Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menjelaskan perkara tersebut semasa menjawab soalan
wartawan dalam sidang media selepas melancarkan program berkenaan di Dewan
Apartmen Abdullah Hukum Kuala Lumpur, 28 November 2021 lalu.
Majlis
tersebut juga dianjurkan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk
Apartmen Abdullah Hukum.
Walau bagaimanapun,
sudah tentulah artis berkenaan perlu memiliki atau mengeluarkan produk mereka
sendiri. Maknanya, mereka bukan sekadar duta produk usahawan lain.
Majlis pelancaran
itu turut dihadiri Pengerusi Naurah Care Malaysia, Sheikh Ahmad Fakharuddin,
serta artis nasyid yang terlibat seperti Azadan dan Asri dari kumpulan Rabbani,
Isman dan Faizal Hijjaz, serta Hazamin dan Rahim Inteam.
Azadan
mengeluarkan minuman kesihatan iKoko, Asri dengan Bubur Lambuk, Isman menampilkan
Gosambal, Faizal dengan Brownies Cookies, serta Hazamin dan Rahim pula
mengeluarkan iCafe.
Untuk makluman,
Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia telah menggerakkan 1 misi,
iaitu ‘Misi Bakul Makanan Barangan Asas’ sejak 2020 lagi apabila COVID-19 mula
melanda negara.
Di
sepanjang wabak pandemik yang lalu, Naurah Care Malaysia telah menyalurkan
hampir 1,000 bakul makanan ke sasaran tertentu di kawasan Lembah Kelang, Pulau
Pinang, Langkawi dan Pahang.
Menurut
Sheikh Ahmad, bermula dari fasa pemulihan Program Pemulihan Negara pada Oktober
2021 lalu, Naurah Care Malaysia telah menggerakkan 1 misi, iaitu ‘Misi Bakul
Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid’.
Pergerakan
misi ini adalah kesinambungan misi bakul makanan barangan asas. Secara
langsung, usaha sebegini telah menggembirakan hati golongan asnaf yang amat terjejas
gara-gara COVID-19.
Misi berkenaan
turut membantu artis-artis nasyid yang terjejas teruk kerana tidak dapat melakukan
sebarang aktiviti persembahan dan rakaman, serta lain-lain yang berkaitan.
Kolaborasi
Naurah Care Malaysia dengan artis-artis nasyid yang ada produk, telah mencetuskan
idea Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid ini.
Orang
ramai, para peminat artis nasyid, syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi
kerajaan berpeluang berkongsi rezeki dengan cara menyumbang ke Tabung Misi
Baksh Matanars Kesihatan Produk Artis Nasyid sebanyak RM70 sebakul untuk merealisasikan
hasrat menyerahkan 3,000 unit bakul makanan produk artis nasyid kepada golongan
asnaf di seluruh negara.
Dalam
ucapannya melancarkan program tersebut, Daud mengucapkan tahniah kepada semua
yang terlibat, dan menghargai usaha artis nasyid yang terbabit.
Artis
nasyid, kata Daud, telah menghiburkan para pendengar sambil memberi nasihat,
dan bimbingan berguna. Namun demikian, mereka patut dipuji kerana melakukan
sesuatu untuk menghasilkan produk bermutu tinggi, dan halalan toyyiban – suci
lagi mensucikan.
Daud turut
menyempurnakan gimik pelancaran dan penyerahan tiga penerima bakul makanan
produk artis nasyid, dan sesi penyerahan kepada semua asnaf menerusi Team NC
Sahaja.
Sebelum itu,
dalam ucapannya, Sheikh Ahmad turut memberi penghargaan kepada artis nasyid terbabit.
Beliau juga mengharapkan usaha sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
Sebagai
penyeri, penasyid-penasyid terbabit turut menghiburkan hadirin dengan nyanyian
lagu masing-masing, iaitu Hazamin dan Rahim Inteam - ‘Kehidupan’, Isman Hijjaz -
‘Keroncong Rasulullah’, serta Azadan dan Asri Rabbani bersama-sama Hijjaz, dan
Inteam - ‘Selawat’.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk
keterangan lanjut, sila hubungi Naurah Care Malaysia di talian:
PERTUBUHAN MISI KEMANUSIAN NAURAH CARE
MALAYSIA
LOT 85874-4, LORONG MELATI, KUANG
48050 KUANG SUNGAI BULOH
Tel: 016-567 5350
Emel: naurahcare@qmail.com
No. Akaun: BSN: 1410041100045851 CIMB:
8604394886
Laman sesawang:
www.naurahcaremalaysia.com
Facebook: Naurah Care
Instagram: naurahcaremataysia