HOBI
TAMAN PERMAINAN SWAFOTO KUCING
PERTAMA DI MALAYSIA
DARI pembukaannya yang pertama di
Malaysia pada 2012, lebih banyak kafe kucing dibuka dari semasa ke semasa.
Selepas
memperkenalkan Kafe Kucing Pertama di Malaysia, Dr EJ Khew membawa pula Taman
Permainan K-U-C-I-N-G Malaysia – Taman Permainan Swafoto Pertama di dunia
dengan Kucing!
Pada
26 Julai 2019 lalu, perasmian taman permainan itu disempurnakan oleh waris
diraja Selangor, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah al-Haj di premis
taman berkenaan, di tingkat 1, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
Selain
Dr Khew sebagai pengasas taman permainan tersebut, turut hadir ialah Pengurus
Besar Sunway Putra Mall, Danny Lee, dan Pengurus Pemasaran SEA Hagen, Teo Kia
Poh.
Dalam
majlis perasmian itu juga, Tengku Munazirah turut menandatangi plak perasmian
sambil disaksikan oleh Dr Khew, Danny, dan Kia Poh. Beliau juga menerima
momento penghargaan daripada Dr Khew.
Bakat
baharu pemuzik yang masih menuntut di Kolej Tun Syed Nasir, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Jason Tang pula menghiburkan para hadirin dengan tiupan
harmonikanya.
Selepas
perasmian, Tengku Munazirah bersama-sama Dr Khew, Danny, Kia Poh dan hadirin
bermesra dengan kucing-kucing yang menghuni untuk taman permainan itu, serta
melawat Pameran Taman Permainan K-UC-I-N-G di Ruang Legar Utama, tingkat bawah
Sunway Putra Mall.
Pameran
Taman Permainan K-U-C-I-N-G berlangsung dari 26 Julai sehingga 30 Julai 2019.
Acara tersebut mempamerkan lukisan-lukisan kucing yang cantik oleh artis
Malaysia. Para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menceriakan
seperti kanvas gergasi, skuter, menunggang basikal roda tiga, mewarna
terapeutik kucing, dan melukis wajah.
Pameran
tersebut turut mengadakan promosi kebenaran masuk (pas) ke Taman Permainan
K-U-C-I-N-G, yang merangkumi Pas Beli 1 Percuma 1, Pas Bulanan, dan Pas Hari
Ulang Tahun Kelahiran.
Taman
Permainan K-U-C-I-N-G tidak hanya dibentuk untuk memberi ruang kepada orang
ramai bermesra dengan kucing, tetapi juga berfungsi untuk perkembangan
kanak-kanak dalam kemahiran motor, dan penyatuan pancaindera.
Taman
tersebut juga dibentuk mengikut tema pemanis mulut rakyat Malaysia yang suka
berswafoto. Kesimpulannya, ia amat sesuai bagi mereka yang mahukan kelainan
pengalaman untuk acara, atau hari ulang tahun kelahiran masing-masing!
Pemilik
kucing boleh membawa rakan-rakan sama minat untuk bersuka ria bermain dengan
pelbagai rupa barang permainan kucing dari jenama kucing terkenal dunia, CATIT.
Sudah tentu juga melayan pelbagai jenis prop swafoto untuk kucing!
Bagi
mereka yang tiada kucing, Taman Permainan K-U-C-I-N-G memelihara 10 ekor kucing
(setakat ini) yang boleh dimesrai. Kesemuanya kucing yang diselamatkan dari
jalanan yang mesra dengan semua orang.
Bagi
mereka yang mencari produk seperti makanan dan asesori untuk kucing mereka,
Taman Permainan K-U-C-I-N-G menjual pelbagai produk import berkualiti.
Bayaran
masuk ialah RM15 seorang untuk tempoh sejam. Menurut Dr Khew, pihaknya
menyedari keperluan tempat terapi untuk kucing. Taman Permainan K-U-C-I-N-G,
katanya, boleh membantu perkembangan kanak-kanak, membawa bersama-sama keluarga
sambil bergembira, dan menjaga kucing.
Reviewed by Raja Yusoff
on
July 27, 2019
Rating: 5