MUZIK
Mainkan Album Bangun Pertama Kali dalam Showcase Bangun 2023
A.C.A.B
TAHUN hadapan, kumpulan A.C.A.B menyambut ulang tahun ke-30 penubuhannya. Sebelum tiba ke angka bermakna tersebut, perintis eastern oi! ini bekerja keras menjayakan pelbagai persembahan pentas pada 2023.
Kurang dua minggu lagi, A.C.A.B bakal menjayakan showcase khas Bangun untuk meraikan satu-satunya album penuh dalam bahasa Melayunya.
‘Bangun Showcase 2023’ anjuran A.C.A.B Productions bakal berlangsung pada 3 Disember depan di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya bermula jam 3 petang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persembahan khas dengan dua lagu oleh A.C.A.B.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menariknya, ‘Bangun Showcase 2023’ akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album Bangun. Sebahagian daripada trek album ini tidak pernah dipersembah secara langsung. Jadi ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar A.C.A.B untuk kembali bernostalgia sewaktu album groundbreaking ini dikeluarkan.
D Dato’ Sulaiman Dahlan (berdiri) turut menyampaikan ucapan ringkas.
Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah heavy metal Melayu yang digaul pekat dengan stail eastern oi!, menjadikannya sebuah gerak perubahan (gamechanging move) untuk suasana oi! dan punk tempatan ketika itu.
Bangun adalah album yang bermelodik dan agresif serentak, seterusnya membuka mata kepada lebih ramai pendengar baharu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A.C.A.B dibarisi dari kiri Zeezul Fitri, Edy J Erwan, Max Mohammad, dan Anas Md Noor.
2. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam sidang media itu, vokalis/gitaris A.C.A.B, Max Mohammad menyatakan beliau dan kumpulan tidak sabar lagi mahu memainkan Bangun secara keseluruhan buat kali pertama kepada semua peminat.
“Ketika album ini terbit pada 2004, saya ke United Kingdom menyambung pelajaran, dan Bangun tak sempat dipromosikan. Tapi, ia tetap mendapat sambutan hangat,” tambah Max.
Jadi, selain mahu meraikannya bersama-sama para peminat dengan memainkan album Bangun secara live bersempena dengan usia tiga dekad A.C.A.B pada 2024, ia juga mencatat sejarah bagi semua orang!
Turut menghadiri sidang media tersebut adalah pemain gitar, Edy J Erwan; pemain dram, Zeezul Fitri; pemain bass, Anas Md Noor, serta pengasas/pemilik Timeless Studio, Dato’ Sulaiman Dahlan.
Mengenai showcase yang akan berlangsung nanti, Dato’ Sulaiman memberitahu A.C.A.B merupakan band pertama di Malaysia yang akan menggunakan sistem bunyi terbaharu dari Jerman, Linear S MK308 LTA.
Vokalis/gitaris A.C.A.B, Max Mohammad atau nama sebenarnya, Megat Hafiz Mohammad (berdiri).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Timeless Studio juga antara syarikat pertama di Malaysia yang ada sistem bunyi terbaharu ini, yang dilancarkan di seluruh dunia bulan lalu. Ia cukup sempurna untuk persembahan secara langsung yang menjanjikan kepuasan kepada penonton kerana dapat mendengar semua bunyi dari A.C.A.B nanti,” jelas beliau.
Tambah
Sulaiman, beliau berbesar hati dan
berbangga dapat bekerjasama dengan A.C.A.B yang juga perintis muzik eastern oi!
di Malaysia.
“A.C.A.B adalah band skinhead, oi! terawal
yang ditubuhkan di Malaysia. Dalam kalangan penggemar muzik oi! di sini, mereka
adalah fenomena dengan memiliki ramai peminat, sekali gus menjadikan setiap
persembahan menarik semuanya,” ujar beliau lagi.
Setakat
ini, tiket Early Bird telah habis dijual. Tiket presale masih boleh didapati pada harga RM80, dan juga pembelian
secara walk-in pada hari pertunjukan berharga
RM99.
Tempahan/pembelian
tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/.
Sebarang
pertanyaan boleh diajukan ke 019 6955634 melalui Whatsapp.
Tentang
A.C.A.B
Sejarah unit oi!/street rock Kuala
Lumpur bertaraf legenda ini dimulakan pada 1994 oleh Max Mohammad, dan Edy J
Herwan.
A.C.A.B kemudian mengalami beberapa
pertukaran ahli di sepanjang aktif bergerak, tetapi cukup berpengaruh pada
pergerakan muzik oi! Di Malaysia, baik kepada band-band baharu mahupun para
pendengar.
Bermula dari demo ‘95 yang keluar
melalui Bovver Brigade Records pada 1995, A.C.A.B tidak menoleh ke belakang
lagi dengan keluaran-keluaran seperti eastern oi! dan skinhead 4 life yang
mengubah landskap muzik oi!/punk tempatan selain mempengaruhi ribuan anak muda
untuk mula bermain muzik.
Muzik A.C.A.B turut berevolusi pada
setiap keluaran yang menyaksikan mereka bermula dengan Oi!/Street Rock/Ska
kepada menyelitkan pengaruh Heavy Metal Melayu menjelang era Orang Timur, dan Bangun serta juga menerima pengaruh
Indie Rock pada album terakhir mereka (dikenali sebagai The A.C.A.B).
Walau bagaimanapun, perubahan ini
tidak membuatkan mereka terasing daripada pengikut-pengikut A.C.A.B yang datang
dari pelbagai khalayak muzik. A.C.A.B menjadi sebuah band yang benar-benar
menyatukan pergerakan muzik underground.
Pautan:
Instagram:
https://www.instagram.com/acabmalaysia/
Tik Tok:
https://www.tiktok.com/@acabproductions
Facebook: Megat Hafiz Mohammad (Max
Hafiz)
Email: acabmalaysia@gmail.com
- RAJA YUSOFF ARIFFIN