SOSIAL
DERMAWAN MUDA LIOW SOON HEE SUMBANG
10 JUTA PENUTUP HIDUNG DAN MULUT (MASK)
UNTUK SEMUA PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA
PADA awal wabak pandemik Covid-19 melanda
Malaysia, usahawan/dermawan muda Dato’ Sri Liow Soon Hee telah membantu petugas
barisan hadapan menerusi penajaan lebih dua juta penutup hidung dan mulut untuk
mereka. Oleh kerana banyak manfaatnya, beliau berjanji untuk meneruskan
sumbangan murni tersebut.
Selepas tujuh
bulan berlalu dan ekoran Covid-19 kembali mengancam dalam gelombang ketiga, Dato’
Sri Liow melalui Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato’ tampil memenuhi janjinya
apabila mengagihkan 10 juta penutup hidung, dan mulut kepada semua pelajar
sekolah di seluruh Malaysia.
Daya usaha
tanggungjawab sosial CSR ini, kata Liow, akan dimulakan serta-merta, ekoran beliau
merasakan ia keperluan mendadak yang wajar segera digerakkan. Ia digerakkan
bersama-sama akhbar Sin Chew Daily’s
dalam sebuah kempen kesedaran masyarakat bertemakan ‘Love Yourself by Wearing Masks’.
Pelancaran dan
sidang media sumbangan penutup hidung dan mulut itu berlangsung di DTS Sport
Group, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Oktober lalu, iaitu sehari sebelum
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah,
dan Labuan.
Turut hadir serta
memberikan ucapan ialah pembantu peribadi Liow, Excella Choong dan penggiat masyarakat, Ayahanda Onn.
Dalam ucapan
mereka, Liow, Excella dan Onn senada mengatakan kita tidak boleh berkompromi dalam
soal keselamatan anak-anak demi masa hadapan mereka. Sehubungan itu, Liow komited
membantu kerajaan, khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pengedaran
penutup hidung, dan mulut kepada pelajar pelbagai kaum di sekolah-sekolah.
Liow bersama-sama
Excella dan Onn turut menyeru rakan-rakan korporat untuk bersama-sama membantu
kerajaan meringankan beban rayat dalam menyediakan keperluan harian sewaktu
menghadapi Covid-19.
Dalam masa
yang sama, Liow juga menyeru semua rakyat pelbagai kaum dan agama agar mematuhi
arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, demi menjaga keselamatan bersama-sama.
Berdasarkan rekod,
Malaysia mempunyai lebih tujuh juta pelajar sekolah rendah dan menengah (hampir
sejuta kakitangan pengurusan, dan guru). Justeru, sumbangan 10 juta penutup
hidung dan mulut itu (diharapkan) lebih daripada mencukupi.