SUMBANGAN KURANGKAN PENDERITAAN RAKYAT SYRIA
KRISIS di Syria berterusan dan seperti tidak akan berhujung. Pihak yang bertelagah dan mencetuskan pebalahan masih enggan mengalah. Mereka tidak mahu berbaik-baik demi kemanusiaan, jika pun bukan kerana Islam. Memang sedih dan ngeri menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.
Pun begitu, sebagai manusia Islam, kita tetap cuba melakukan apa sahaja yang terdaya untuk membantu. Jika gagal menolong menyelesaikan pertikaian, memang sangat baik walaupun hanya dapat membantu mengurangkan penderitaan mangsa.
Antaranya seperti usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak Syria Care. Itu semua untuk memastikan kelangsungan usaha-usaha kemanusiaan tidak terjejas.
Terbaharu, Syria Care akan mengadakan projek ‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan 3.0’ pada 5 hingga 11 April 2020 ke Turki, dan Syria. Program ini telah dilaksanakan pada 2017 dan 2018 dengan menyantuni pelarian Syria, serta kanak-kanak di Istanbul, Turki.
Menurut Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care, ‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan 3.0’ bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta program mengenai gerak kerja, serta aktviti kemanusiaan yang dijalankan oleh Syria Care selama ini.
Bezanya, tambah Ustazah Siti Sakinah, penganjuran ‘Kembara Jiwa dan Kemanusiaan 3.0’ lebih eksklusif kerana Syria Care membawa bersama-sama para ikon yang sentiasa berada di belakangnya dalam pelbagai usaha untuk membantu pelarian Syria yang berdepan dengan malapetaka kemanusiaan terburuk abad ke-21. Ikon-ikon tersebut ialah Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor; penyanyi popular Khai Bahar dan Wany Hasrita, selebriti agama Dr Taha Omar @ PU Taha, dan Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.
Siti Sakinah memberitahu sedemikian dalam ucapannya semasa majlis pelancaran ‘Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care 3.0’ di Mutiara Damansara pada 29 Februari 2020 lalu. Siti turut menjelaskan beliau akan mengetuai program tersebut bersama-sama Nurdieana Mohd Mardzi sebagai Pengarah Projek.
Tambah Siti, pelbagai aktiviti kemanusiaan telah diatur sama ada di Turki mahupun di Syria, bersama-sama pelarian di kem, anak-anak yatim dan juga ibu tunggal. Kemuncak program ialah melihat sendiri sekolah yang menjadi fokus pengumpulan dana oleh para ikon yang terlbat, iaitu bagi Sekolah Ulfah (perempuan) di Atma, Syria.
Jelas Siti, sebanyak RM231,840 diperlukan untuk pengurusan sekolah tersebut. Mereka, kata beliau, telah memulakan projek pengumpulan dana ini sejak Oktober 2019, dan akan berterusan hingga ke penghujung 2020.
Pelancaran ‘Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care 3.0’ disempurnakan oleh Datuk Freddie Fernandez, Presiden Karyawan Malaysia.
Selain Siti dan Freddie, turut hadir temasuklah Nurdieana, Datin Seri Masdiana, PU Taha, Khai, dan Ustaz Rizal Ali, Timbalan Pengerusi Syria Care. Wany dan Dr Mojd Azrul tidak dapat hadir kerana ada tanggungjawab lain.
Komitmen dan penglibatan ikon-ikon terpilih, tegas Siti, sangat penting sebagai perantara kepada rakyat Malaysia, terutamanya terhadap ketelusan kerja-kerja kemanusiaan Syria Care.
Sementara itu, dalam ucapannya pelancarannya, Freddie menegaskan Karyawan Malaysia menyokong usaha Syria Care sebagai tanda solidariti golongan seni tanah air terhadap penderitaan rakyat Syria akibat krisis yang telah berlarutan sembilan tahun.
Justeru, tambah Freddie, Karyawan Malaysia terus bersetuju apabila dipelawa menyertai usaha Syria Care. Beliau sendiri tidak berfikir panjang apabila diundang untuk melancarkan ‘Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care 3.0’.
Tiada lain tentulah Karyawan Malaysia mengharapkan kejayaan misi kali ini, malah lebih baik. Rombongan misi didoakan agar selamat pergi dan pulang. Tegas Freddie, usaha Syria Care boleh menjadi contoh yang baik kepada masyarakat Malaysia.
Selain berharap krisis selesai, Freddie juga mengharapkan Syria Care dapat terus berbakti, tanpa sebarang masalah besar.
Sementara itu, dalam sidang media selepas pelancaran, Masdiana turut menceritakan pengalaman beliau menyertai misi sebelum ini. Tanpa berbangga diri, beliau bersyukur dapat memberikan sumbangan setakat yang termampu.
Kata Masdiana, biarpun menganggapnya kecil, yang penting dapat menyumbang sebagaimana burung yang turut berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as.
Khai pula menjelaskan dia memang mahu berbakti dan memberi teladan kepada para peminatnya yang ramai. Tahun ini, kata Khai, lebih bererti kerana akan terus ke Syria, tidak sebagaimana dua tahun sebelumnya hanya di luar/berhampiran negara krisis tersebut.
Taha menegaskan kita tidak berkira-kira dalam memberikan sumbangan. Mempertikai mengapa perlu membantu yang jauh/di luar negara, sedangkan dalam negara masih ramai, tidak wajar diamalkan. Membuat jasa dan kebaikan, tambah Taha, sepatutnya tidak mengira siapa, apatah lagi rakyat Syria ialah saudara seagama.
Menjawab soalan siapa pendana yang membiayai program selama ini, Siti menjelaskan orang ramai sendiri. Rakyat Malaysia banyak menyumbang, selain rakyat negara luar seperti Indonesia, dan Singapura.
Lebih membangga dan mengharukan, tambah Siti, sumbangan tidak hanya diterima daripada orang ramai yang beragama Islam. Mereka yang bukan Islam turut menyampaikan sumbangan yang bukan sedikit. Untuk itu, pihak Syria Care amat berterima kasih.
Di samping memberi penghargaan kepada pihak media yang membuat liputan dan penguar-uaran, Syria Care terus mengalu-alukan sumbangan daripada siapa sahaja yang ikhlas.
Sehubungan itu juga, sumbangan untuk projek Sekolah Ulfah boleh dimasukkan terus ke akaun Bank Islam Syria Care, 1203 8010 1377 55.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun berikut:
Maybank Islamic: 562106653575
CIMB Islamic: 8601894560
Bank Islam: 12038010137755
RHB Islamic: 26225000021775
Affin Islamic: 105990040004
Bank Mualamat: 12020003634715
Sumbangan atas talian:
http://www.syriacare.org.my/donate/
Bagi tujuan rekod, hantarkan salinan transaksi kepada Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820.
#syriacareforhumanity #syriacareprojects #inibukankerjamainmain #upliftingsoulandhumanity

Reviewed by Raja Yusoff
on
March 03, 2020
Rating: 5