SELERA
Dua Ratus Juadah Buka Puasa 2019/1440 Aroma D’AnCasa
RAMADAN bulan suci yang mulia bagi umat Islam di
seluruh dunia. Untuk tahun ini, umat Islam di negara kita dijangka mula berpuasa
pada 6 Mei 2019. Selain larangan dan suruhan demi meraih ganjaran pahala
berpuasa, waktu berbuka puasa merupakan saat yang berbahagia bagi umat Islam.
Ada yang suka berbuka puasa di rumah, di masjid
atau surau, dan dalam majlis jemputan. Ramai juga yang gemar beriftar di hotel,
terutama yang mampu. Bukan perkara asing lagi pihak hotel turut menyediakan
atau menawarkan pakej menu berbuka puasa untuk para pelanggannya.
Antara hotel yang tidak ketinggalan dalam hal ini
ialah AnCasa Hotel & Resorts. Untuk Ramadan tahun ini, ia menyediakan
pelbagai juadah menarik dan lazat yang tidak akan menghampakan, dan dilupakan oleh
para pelanggannya. Briged dapurnya, Saffron Brasserie diberi tanggungjawab
besar memenuhi selera para pengunjung dengan menu dari setiap negeri di
Malaysia.
Hidangan ala kampung yang beraneka jenis disediakan
untuk berbuka puasa dan makan malam. Bagi mereka yang ingin berbuka puasa di
ibu kota, jangan teragak-agak lagi untuk menikmati promosi ‘Aroma D’Ancasa’ di
Saffron Brassie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.
Para tukang masak berpengalaman luas dalam
masak-memasak makanan tradisional Melayu bergabung idea menghasilkan resipi
tradisional yang berbeza, dan unik mengikut cara mereka. Para pelanggan akan
menikmati lebih 200 masakan kampung di sepanjang Ramadan tahun ini.
Warong-warong akan ditempatkan di restoran dengan pelbagai nama yang inovatif
seperti Warong Kak Ana, Warong Pak Helmi, Warong Mamu Shah, Warong Juan Nour, Warong
Kak Ayu, dan Warong Uncle Lim.
Untuk membuka selera, boleh dapatkan salad yang
banyak disediakan di Warong Kak Ana seperti ‘Ulam-ulaman Kampung Kerabu Taugeh’
dan ‘Jelatah Timun’. Pelbagai kegemaran seperti ‘Begedil Ayam’, ‘Sambal Hijau’,
‘Sambal Hitam’, dan ‘Sambal Tempoyak’ jangan dilepaskan.
Juadah yang lebih berat termasuklah ‘Ayam Golek
Berempah’, ‘Gulai Kawah Kambing’, ‘Sotong Sumbat Tiga Rasa’, dan ‘Sambal Goreng
Jawa’. Terdapat juga ‘Roasted Lamb’ yang dihasilkan daripada ramuan
rahsia rempah-ratus dan panggangan yang sempurna, ‘Pais Ikan Pekan’ dari
Pahang, dan ‘Makanan Laut Masak Lemak Cili Api’ Negeri Sembilan istimewa
disediakan oleh para tukang masak dari AnCasa Hotel & Resorts.
Juadah harian juga istimewa disediakan di pelbagai
warong dengan menu seperti ‘Mi Kari Gear Box’, ‘Rendang Itik Minang’,
‘Sup Ayam Kampung’, bersama-sama ‘Roti Benggali’, ‘Ayam Panggang PD’, dan ‘Opor
Daging Pahang’.
Pencuci mulut tradisional menarik juga tidak
dilupakan seperti ‘Serawa Durian’. ‘Kuih Ketayap’, ‘Lempeng Kelapa’, dan ‘Kale
Kacang’. Begitu juga dengan pencuci mulut Barat, tamar, buah-buahan segar, ‘Teh
Tarik’, dan banyak lagi.
Satu lagi menu yang perlu dicuba oleh pelanggan ialah
‘Tandoori Chai’. Ia merupakan teh istimewa hasil adunan rempah aroma rahsia.
Rasanya yang seperti teh halia, tetapi lebih keras sedikit sukar dilupakan.
Sambil beberapa juadah istimewa disediakan,
sebahagian daripadanya digilirkan untuk manfaat para pelanggan hotel juga. Kesimpulannya,
juadah berbuka puasa Ramadan kali ini ialah Timur bertemu Barat.
Untuk lebih menyempurnakan ibadat puasa, pihak
hotel turut menyediakan surau di Tingkat Mezzanine, AnCasa Hotels & Spa,
Kuala Lumpur.
Juadah secara ‘walk-in’ berharga RM70 setiap
seorang untuk dewasa, dan RM40 setiap seorang untuk kanak-kanak. Baucar sebelum
makan juga disediakan, iaitu RM60 setiap seorang untuk dewasa, sah sehingga 30
April 2019. Untuk tempahan, sila hubungi 03 20266060 sambungan 7703.
Berikut ialah harga bagi setiap juadah:
AnCasa Royale, Pekan, Pahang
RM70.00 untuk dewasa RM40.00
kanak-kanak (5-12 tahun)
Baucar Datang Awal RM58.00 setiap seorang
AnCasa Residences, Port Dickson, Negeri Sembilan
RM55.00 untuk dewasa RM30.00
kanak-kanak (5-12 tahun)
Baucar Datang Awal RM45.00 setiap seorang
Bagi para pelanggan yang mahukan berbuka puasa
sendirian bersama-sama kawan atau keluarga, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
menawarkan menu pilihan dengan harga bermula dari RM90.00 setiap seorang bagi
minimum 80 orang.
Untuk tempahan, sila hubungi Sarimah menerusi
talian 03 20066060 sambungan 7700.
Mazlin Abdul
Malik
Group Public
Relations Manager
03 20266060 sambungan
7900
Nur Aliah
Najla Abdullah
Public
Relations Assistant
03 20266060
sambungan 7901
Reviewed by Raja Yusoff
on
April 14, 2019
Rating: 5