Bersama-sama salah seorang 'orang kuat' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (kiri).
Kini menjadi orang penting salah sebuah syarikat pelancongan dan umrah di Malaysia.
Turut bekerjasama dengan tokoh agama yang bukan calang-calang.
Sedang berlangsung sehingga 6 Februari 2022.
EKONOMI SELEBRITI
Azadan Rabbani Tawarkan
Pebagai Pakej Menarik
AZAM BAHARU 2022
SELAMA dua
tahun tempoh landaan COVID-19 menjadikan diri kita lebih agresif mencari peluang
pendapatan dengan norma baharu.
Dalam hal ini, kehilangan ‘kerja’ di sepanjang waktu wabak
pandemik maut tersebut tidak menghalang anggota kumpulan Rabbani meneruskan
kerja-kerja kebajikan, dan juga mencari rezeki untuk menampung sara hidup
keluarga masing masing.
Dari awal perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi, Rabbani
telah aktif bersama-sama dengan Sahabat Quran Malaysia, dan Pusat Latihan
Dakwah ADNIN yang beroperasi di Klang, Selangor menyantuni anggota barisan
hadapan.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz,
selain dengan Rabbani, beliau juga banyak bersama-sama Syria Care, dan Naurah
Care. Di sepanjang PKP, beliau beroleh rezeki dalam sektor makanan.
Antara ‘kerja’ yang telah dilakukan setakat ini ialah
mendapat tempahan makanan Nasi Arab dan Azadan's Kitchen, bertugas di pasar
raya Ganda Sungai Buloh, menjadi hos program masakan atas talian ‘Dapur
Panglima’ bersama-sama Chef Yang Jamil, serta bekerjasama dengan produk Garam Sasa,
dan Tea Dawud.
Selain itu, Azadan turut menjadi ikon MATHAF Malaysia
Thailand Halal Festival, dan perunding kepada Kompleks Anjung Husnul Khatimah
kepunyaan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali.
“Insya-Allah, Kompleks Anjung Husnul Khatimah akan
bersama-sama dengan Naurah Care, menganjurkan WORKSHOP HUSNUL KHATIMAH ONLINE, yang
turut kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,” tambah Azadan.
Jika sebelum PKP Azadan sempat bekerjasama dengan syarikat
Amazing Umrah dalam sektor umrah ziarah, tetapi disebabkan oleh PKP dalam
tempoh yang lama, semuanya berubah. Beliau terpaksa meninggalkan semua aktiviti
pelancongan dan umrah.
“Kegiatan persembahan juga sangat terhejas pada awal PKP.
Namun begitu, sempat membuat beberapa persembahan secara maya dalam dan luar
nagara. Rabbani juga sempat merakamkan lima klip video untuk peminat menerusi
lagu Rindu Baitullah bersama-sama
Sahabat Quran Malaysia, Ittihad, Marhaban Ya Rasulullah, Santun dan Mencintaimu berkerjasama dengan Pondok Pengajian Al-Bari, Hulu Langat,”
cerita Azadan lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Rabbani
sedang merakamkan single ciptaan
Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya, yang merupakan gabungan pertama kali dua rakan
selebriti tersebut. Azadan yakin dan berharap lagu terbaharu itu akan menjadi
halwa telinga yang enak, dan sangat menyentuh hati. Single tersebut akan berada di pasaran pada Mac nanti, bersempena dengan
ulang tahun Rabbani yang ke-25.
Membuka tirai tahun 2022 baru-baru ini. Azadan yang aktif
dengan kerja-kerja kemanusiaan dan keusahawanan, telah dilamar oleh AET Travel &
Tour Malaysia Sdn Bhd (AET Travel Malaysia), yang beroperasi di Bangi Avenue.
”Syarikat pelancongan ini telah lama menjalin hubungan
diplomatik dengan Indonesia atas nama AET Travel Indonesia, yang juga dalam
perhidmatan pakej percutian, dan pelancongan, termasuk umrah dan ziarah,” jelas
Azadan.
Melalui AET Travel Malaysia, tambah Azadan, beliau mensasarkan
aktiviti dalam dan luar negara seperti menganjurkan Pakej Pelayaran Mahabbah, Pakej
Percutian Royal Belum Perak, Pakej Melancong ke Turki, dan pakej umrah ziarah.
Orang ramai dan peminat, tambah Azadan, boleh melayari Facebook dan IG AET Travel Malaysia.
Maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi terus WhatsApp di talian
01132621042 dan 0192700411.
“Insya-Allah dengan pengalaman bersama-sama pelbagai
sektor dan kenalan ramai, saya harap dapat membawa lebih ramai peminat, dan orang
ramai mengikuti pakej AET Travel Malaysia,” kata Azadan.
Akhirnya, dalam suasana norma baharu ini, Azadan beliau
berharap kita semua dapat sama-sama terus maju dengan berfikiran positif,
bersyukur dengan yang dimiliki, mengambil ruang/peluang untuk diri/ummah terus ke
hadapan, dan menjadikan COVID-19 sebagai salah satu cara, serta peluang untuk
mendekatkan hubungan sesama kita, dan dengan Allah SWT.