KESIHATAN


 Perasmian Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM oleh Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim (kanan).

 Datuk Nadzim Johan (dua dari kiri) diapit oleh Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim (kiri sekali), Zaharah Sulaiman, dan Dr Sani Ashari (kanan sekali) semasa sidang media penjadualan semula Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2022 lalu.

            Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM kini dibuka, dan beroperasi secara rasminya.

Datuk Nadzim Johan (duduk) bersama-sama seorang lagi ahli Panel Penasihat PPIM, Zaki Omar.

                                                Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim.

        Pusat Aduan Terkesan Vaksin PPIM di tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur.

                                                 Ahli Panel Penasihat PPIM, Dr Sani Ashari.


Bantu Mereka yang Terima Kesan Buruk Vaksinasi
PUSAT ADUAN TERKESAN VAKSIN PPIM
 

PROGRAM Imuniasasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia telah dijalankan sejak 24 Februari 2021, dan kini ia telah memasuki fasa pemberian dos ketiga, atau penggalak.

 

Baik atau tidak, sangat berkesan atau sebaliknya PICK dalam menangani wabak pandemik maut COVID-19 masih menjadi perdebatan hangat.

 

Tidak dinafikan, ada yang menerima kesan baik, dan terus sihat. Walau bagaimanapun, ramai juga yang sebaliknya seperti cedera dan lumpuh.

 

Ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa suntikan vaksin COVID-19 tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka terbiar tanpa mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk pulih, atau sekurang-kurangnya mendapatkan sebarang bantuan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung.

 

Terlonta-lonta dan terkapar-kapar ‘meneka dalam kesamaran’ itu berlaku kerana kerajaan tidak menyediakan pusat aduan setempat di setiap negeri, dan bandar yang boleh membantu dengan sewajarnya.

 

Dalam hal ini, usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyediakan pusat aduan bagi yang menanggung kesan buruk vaksin wajar disambut tanpa sebarang prasangka. Usaha badan bukan kerajaan tersebut kerana perasaan belas ihsan, perikemanusiaan, kewajipan dan tanggungjawab terhadap sesama manusia, terutamanya saudara Islam. PPIM bukan antivaksin, tetapi membantu ‘mangsa’ PICK.

 

Pada 24 Januari 2022 lalu, PPIM mengadakan sidang media penjadualan semula pusat aduan tersebut yang diberi nama Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur.

 

Selepas sidang media yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; serta ahli Panel Penasihat PPIM, iaitu Zaharah Sulaiman, Dr Sani Ashari dan Zaki Omar, pihak media dibawa mengunjungi PATV.

 

Meskipun Nadzim atau lebih mesra dengan panggilan To’ki mengatakan pusat tersebut tidak sebesar mana, tetapi saya berpendapat memadai kerana ia bukan ruang untuk menempatkan pesakit, dan perawat. Tempat mengadu, lebih-lebih lagi kini lebih mudah menerusi talian telefon, atau secara maya tidak perlu terlalu besar.

  

Menjawab soalan pihak media mengenai kepakaran yang perlu ada pada PATV, Nadzim menjelaskan perkara tersebut memang dalam perhatian PPIM.

 

“Telah ada pakar yang menyatakan kesediaan membantu. Walau bagaimanapun, jika kita mahu menarik perhatian untuk memohon bantuan, perlulah ada sesuatu untuk tujuan itu. Jadi, buat permulaan, PPIM mewujudkan terlebih dahulu pusat aduan ini untuk dilihat, dan dinilai,” kata Nadzim.

Sekali lagi ditegaskan kewujudan PATV bukan gambaran bahawa PPIM antivaksin. Ada beza antara membantu ‘mangsa’ vaksin dengan menghasut rakyat daripada mengambilnya.

 

Justeru, semasa menjawab soalan media mengenai nasihat kepada mereka yang belum mengambil dos penggalak (ketiga), Nadzim mengatakan individu berkenaan boleh menemui PATV secara bersemuka atau secara maya/panggilan telefon.

 

Perasmian PATV disempurnakan oleh Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Dato’ Haji Mohd Rakrunizam Haji Ibrahim.

 

Dalam sidang media itu, Dato’ Haji Mohd Rakrunizam, Zaharah dan Sani senada dengan To’ki bahawa PATV mengalu-alukan kerjasama sesiapa sahaja yang berminat membantu. Mereka juga menegaskan penubuhan PATV bukan bererti PPIM anti vaksin.

 

PATV boleh dihubungi menerusi talian Hotline Pusat Aduan Terkesan Vaksin – 60 011 2200 0111. Sementara itu, laman sesawang PATV akan siap tidak lama lagi. 

 


 

1.     

3.      

4.      

5.      

6.      

7.     

 

No comments:

Powered by Blogger.