Pages

Friday, 29 April 2022

 SOSIAL

 

MENTERI DAN MAIWP RAIKAN 150 ASNAF DALAM MAJLIS IFTAR

 

MAJLIS ‘Iftar Bersama Asnaf’ telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dewan Merak Kayangan, Felda D’Saji, Kuala Lumpur pada 28 April 2022 lalu.

 

Majlis tersebut merupakan usaha untuk mengenengah kepada orang ramai dan masyarakat di luar sana betapa Kerajaan melalui agensi-agensi bertanggungjawab, khususnya MAIWP, begitu prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik, dan memerlukan.

 

Perasmian ‘Iftar Bersama Asnaf’ telah disempurnakan oleh Senator Datuk Haji ldris Ahamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut menyampaikan mock cek Bantuan Aidilfitri kepada wakil asnaf dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM24.4 juta.

 

Dalam program tersebut turut disampaikan wang tunai RM200 kepada 150 asnaf yang disumbangkan oleh pemegang wakalah individu, dan syarikat Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin.

 

Selain bantuan tunai, MAIWP turut menyampaikan sumbangan berbentuk biskut Raya, dan makanan sunnah, dengan Yayasan EZY Prihatin sebagai rakan strategik dalam program ini.

 

Pada tahun ini jumlah agihan MAIWP sepanjang bulan Ramadan berjumlah

RM35.7 juta yang disalurkan kepada:

 

i) Bantuan Ihya Ramadan RM9.46 juta.

i) Bantuan Awal Ramadan RM9.09 juta.

ii) Sumbangan Tabung Kebajikan Perubatan Hospital RM1.03 juta; dan

iv) Bantuan Aidilfitri RM15.3 juta.

v) Ramadan MAIWP bersama Komuniti Siri 1 sehingga Siri 8 RM82,800.

vi) Program Agihan Ayam Segar dari MAIWP kepada Asnaf RM758,000.

 

PPZ-MAIWP dan pemegang wakalah syarikat dan individu turut menyumbangkan dana tambahan sebanyak RM177,070 bagi program Ramadan MAIWP bersama-sama Komuniti Siri 1 sehingga Siri 8.

 

Dalam majlis tersebut juga turut diadakan penyerahan simbolik sumbangan wakalah

dan sijil penghargaan kepada pemegang wakalah dari Malakof Corporation Berhad, dan Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, dan Yayasan EZY Prihatin yang memberi sumbangan wang tunai serta makanan sepanjang pelaksanaan Program Ramadan MAIWP Bersama Komuniti.

 

Sementara itu juga, penyerahan zakat perniagaan syarikat tahun 2022 kepada PPZ-MAIWP dengan jumlah keseluruhan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM18.7 juta dari:

i) Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM5,963,000.00.

i) Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd sebanyak RM740,000.00.

ii) Kumpulan Sapura Secured Technologies sebanyak RM821,770.40.

iv) Lembaga Tabung Haji sebanyak RM9,092,024.36.

V) Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebanyak RM2,072,679.91.

 

Syarikat-syarikat ini turut menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat bagi kategori Platinum dan Emas sebagai tanda penghargaan dan akuan menunaikan zakat perniagaan di Wilayah Persekutuan.

 

Turut hadir ialah Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pemangku Ketua Pegawai Esekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya; Ketua Pegawai Esekutif PPZ-MAIWP, Haji Abdul Hakim Amir Osman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, dan rakan-rakan strategik MAIWP.




Datuk Haji Idris Ahmad (tiga dari kiri) semasa sidang media ringkas selepas majlis berlangsung.











                         Datuk Haji Idris Ahmad menyantuni salah seorang asnaf yang hadir.











 Wakil-wakil syarikat perniagaan bergambar bersama-sama Datuk Haji Idris Ahmad dan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. 


NAMA PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAN SYARIKAT BAGI TAHUN 2022

 

1. Lembaga Tabung Haji

Dato’ Sri Amrin Awaluddin

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

 

2. Kumpulan Sapura Secured Technologies

Md Yusoff Mohamad Noor

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sapura Secured Technologies

 

3. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylP0)

Abdul Haris Haji Lakar

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO)

 

4. Bank Islam Malaysia Berhad

Haji Mohd Muazzam Mohamed

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

 

5. Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Berhad

Norfazilah Dahari

Pengurus Besar

 

PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN YANG MENYUMBANG SEPANJANG PROGRAM RAMADAN MAIWP BERSAMA KOMUNITI

 

1. Zakaria Ismail

Advisor Naza Group of Companies

2. Mohd Nazersham Mansor

Ketua Pegawai Kewangan, Malakoff Corporation Berhad

3. Muhammad Syariffuddin Supeni

Pengerusi Yayasan EZ Prihatin

 

Dalam ucapannya, Senator Datuk Haji Idris Ahmad mengatakan program yang diadakan ini menjadi bukti keprihatinan MAIWP dalam membantu segenap lapisan komuniti, khususnya di Wilayah Persekutuan.

 

“Ia sebagai penyambung dan pelengkap kepada ikatan silaturahim dalam kalangan agensi kerajaan, khususnya MAIWP bersama-sama asnaf penerima bantuan zakat MAIWP yang  turut dihadiri ‘Hero Asnaf’, iaitu pembayar zakat wilayah Persekutuan,” kata Datuk Idris.

 

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang menunaikan zakat kepada MAIWP, dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

 

“Dari Januari sehingga Mac 2022, jumlah kutipan zakat sebanyak RM162 juta berbanding RM145 juta dalam tempoh yang sama pada 2021, iaitu kenaikan 12 peratus. Tanpa komitmen para pembayar zakat, pastilah program bantuan kepada masyarakat tidak dapat dibuat secara optimum, maksimum, dan menyeluruh,” tambah Idris.

 

Seterusnya beliau mengucapkan syabas kepada MAIWP, dan meneruskan ‘Memacu Kegemilangan Ummah’. Kesungguhan dan ketekunan mengurus amanah zakat kepada golongan asnaf, katanya lagi, harus diteladani.

Thursday, 28 April 2022

 SOSIAL

 

PRIHATIN-MAIWP Raikan Warga Emas

SEMARAK RAMADAN 1443 HIJRAH

 

EMPAT kategori warga asnaf diraikan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama lslam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’ pada 28 April 2022 lalu.

 

Warga asnaf tersebut ialah penunggang e-hailing, iaitu penghantar makanan grab food, dan pemandu teksi, serta Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GerakWanis), Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA), dan penerima dari Rumah Titian Kasih.

 

Dalam acara yang berlangsung di Masjid Azzubair lbnul Awwam, Cheras, Kuala Lumpur ini, penyerahan sumbangan baju Melayu dan baju kurung Raya Prihatin, serta sumbangan tunai prihatin kepada para asnaf telah disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

 

‘Kembara Ramadan Prihatin’ merupakan antara program anjuran PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti di sekitar bulan Ramadan dengan menyantuni golongan B40, dan asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik.

 

Antara golongan yang terlibat ialah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajan tinggi, dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti berbuka puasa (iftar), solat tarawih, qiamulail, dan sahur, pengagihan bubur lambuk, sumbangan baju Raya prihatin (baju Melayu dan baju kurung), dan penyerahan sumbangan zakat prihatin.

 

Dalam ucapan beliau, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, bulan Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan, dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan bersama-sama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu, dan menyantuni semua golongan yang kurang bemasib baik.

 

“Selain itu, warga asnaf seperti pemandu dan penunggang e-hailing, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga perlu diberi perhatian, dan disantuni kerana mereka turut terjejas, dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” tambah Dato’ Mohd Aizuddin.

 

Jelas beliau, ‘Kembara Ramadan’ yang dilaksanakan bersama-sama MAIWP hasil kolaborasi strategik ini dapat menzahirkan keprihatinan, dan menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) kepada masyarakat setempat, sekali gus mengurangkan beban, serta berbakti kepada warga asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan.

 

Sementara itu, Tan Sri Dr Mohd Daud yang turut berucap mengatakan pemberian sumbangan tersebut ialah petanda keprihatinan, amanah dan tanggungjawab MAIWP telah dilaksanakan melalui PRIHATIN dengan pengurusan dan penganjuran program ‘Kembara Ramadan Prihatin’.

 

“Ia memperlihat banyak golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dibantu dan disantuni apabila mereka menerima sumbangan baju Raya, ayam segar, dan wang tunai yang boleh meringankan beban mereka, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti,” tambah Dr Mohd Daud.

 

PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasakan melalui program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama-sama agensi kerajaan, mahupun NGO. Dengan kolaborasi strategik bersama-sama MAIWP ini, PRIHATIN mensasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengannya, sambil membantu meringankan beban wargaasnaf di Wilayah Persekutuan.

 

Turut menghadiri ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’ termasuklah Pengarah Jabatan Agama lslam Wilayah Persekutuan), Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Hj Yahya; Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya.




                            Sebahagian daripada golongan asnaf dan jemputan yang hadir.






            Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.








PePenunggang e-hailing, iaitu penghantar makanan grab food, dan pemandu teksi antara asnaf yang menerima sumbangan ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’.





Turut hadir termasuklah Pengarah Jabatan Agama lslam Wilayah Persekutuan), Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Hj Yahya; Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya.





                        Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali.




                                    

                                    Golongan asnaf turut menerima sumbangan ayam segar.






                               
                            Sebahagian daripada golongan asnaf dan jemputan yang hadir.



Wakil golongan sindrom
down yang gembira turut menerima sumbangan baju Melayu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.






Tuesday, 26 April 2022

SOSIAL/BISNES

 

PRASARANA-BLINK MUDAHKAN PENGGUNA GUNA TRANSAKSI TANPA TUNAI

 

PADA 25 April 2022 lalu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah memeterai satu usaha sama dengan BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink) yang membolehkan para pengguna membeli pas perjalanan tanpa had My50 secara atas talian, dan membuat transaksi tanpa tunai menerusi aplikasi BonusLink yang dikenali sebagai BLINK.

 

Pelancaran kolaborasi ini telah disempurnakan oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Melvin Ooi, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

Kerjasama ini merupakan antara inisiatif terbaharu Prasarana bagi meningkatkan kemudahan kepada para pengguna dengan menyediakan alternatif bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My50 yang sebelum ini hanya boleh dibeli secara tunai di stesen LRT, MRT, BRT atau hab-hab bas terpilih.

 

Dalam ucapannya, Azharuddin menyatakan kolaborasi bersama-sama BonusLink merupakan titik permulaan bagi Prasarana bergerak segara agresif untuk meningkatkan kemudahan, dan pengalaman pengguna, sejajar dengan hasratnya menarik semula minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

 

Setakat ini, Rapid KL mencatatkan jumlah penumpang harian (hari bekerja) seramai 500,000 orang. 

 

“Aplikasi BLINK yang boleh dimuat turun dari Apple App store dan Google Playstore ini boleh dimanfaatkan oleh para pengguna untuk membeli terus pas perjalanan My50 melalui transaksi atas talian dan tanpa tunai. Jika sebelumnya pengguna perlu membuat pembelian secara tunai di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan #RapidKL, sekarang hanya di hujung jari menerusi aplikasi BLINK,” ujar Azharuddin.

 

Kolaborasi ini akan bermula pada 15 Mei 2022 secara rintis dan Bukti Konsep selama tiga (3) bulan. BLINK akan digunakan sebagai landasan utama bagi pembelian dan penebusan mata (loyalty points) sebagai ahli BonusLink.

 

Dimiliki bersama oleh syarikat-syarikat gergasi Shell, AmBank dan Parkson, BonusLink mempunyai 14 juta jumlah keahlian dan lebih 750,000 pengguna berdaftar di bawah aplikasi BLINK. Dengan pas perjalanan My50, para pengguna boleh menaiki semua aset-aset Rapid KL seperti seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT di Lembah Klang selama 30 hari tanpa had.

 

Di majlis yang sama, Ooi turut berkongsi setiap pembelian pas perjalanan My50 oleh ahli BonusLink di dalam tempoh promosi akan menikmati pulangan Mata Ganjaran (BonusLink Points Rebate) sehingga 40% sekiranya pembayaran dibuat menggunakan Kad AmBank BonusLink Visa atau mana-mana Kad Visa. 

 

“Jika anda belum lagi menjadi pengguna aplikasi #BLINK, sekarang adalah masa terbaik untuk memuat turun aplikasi ini di peranti anda. Ini juga peluang bagi kami di #BonusLink untuk memberi sedikit kemeriahan atau ganjaran kepada rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam setiap hari,” kata Oii. 

 

“Kami telah menempuhi cabaran yang begitu sukar kebelakangan ini kerana wabak pandemik COVID-19. Namun begitu, ia telah memberi peluang untuk kemajuan sektor utama ekonomi negara, dan kami di BonusLink percaya kerjasama dengan Prasarana ini ialah permulaan yang baik untuk ahli-ahli BonusLink, dan pengguna rangkaian pengangkutan awam Prasarana dalam menyediakan kemudahan tambahan untuk perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia,” tambahnya.

 

“Dengan kerjasama dan promosi akan datang, kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19,” kata Ooi lagi. 

 

Melalui video pengenalan Prasarana X BLINK, pengguna yang telah membeli atau menebus pas perjalanan My50 melalui BLINK dan berjaya menghantar butiran lengkap akan menerima Surat Baucar Elektronik atau E-Voucher yang mengandungi butiran kod baucar alphanumerik.

 

Pengguna seterusnya boleh membuat penebusan dengan mengemukakan baucar yang dicetak (dengan kod baucar alphanumerik), dan MyKad ke sepuluh (10) stesen terpilih bagi penebusan pas perjalanan #My50.

 

Berikut senarai stesen terpilih:

 

Laluan Ampang

1. Masjid Jamek

2. Plaza Rakyat

 

Laluan Kelana Jaya

3. KLCC

4. Pasar Seni

5. KL Sentral

 

Laluan Monorel

6. Imbi

7. Hang Tuah

 

Laluan MRT Kajang

8. Bukit Bintang

9. Maluri

 

Hab Bas

10. Pasar Seni

 

Sementara itu, Azharuddin menjelaskan jika mendapat sambutan yang menggalakkan, fasa kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen Rel dan Bas kendalian Rapid KL. Ia juga akan dipertingkat dengan mengembangkan saluran jualan atas talian dan tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana. 

 

Untuk keterangan lanjut mengenai kolaborasi ini, para pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my dan website rasmi BonusLink di www.bonuslink.com.my.

 

Official website for Rapid KL, Rapid Penang and Rapid Kuantan by Prasarana Malaysia Berhad.

 

Pada majlis pelancaran BLINK tersebut turut ditayangkan Video Raya Prasarana berjudul Jalinan yang dibintangi pelakon terkenal, Que Haidar.

 
                                            Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Melvin Ooi.



Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Melvin Ooi  melancarkan transaksi tanpa tunai menerusi aplikasi BonusLink yang dikenali sebagai BLINK.
.






            Que Haidar (empat dari kiri) turut membintangi Video Raya Prasarana berjudul Jalinan.




Berikut senarai stesen terpilih:

 

Laluan Ampang

1. Masjid Jamek

2. Plaza Rakyat

 

Laluan Kelana Jaya

3. KLCC

4. Pasar Seni

5. KL Sentral

 

Laluan Monorel

6. Imbi

7. Hang Tuah

 

Laluan MRT Kajang

8. Bukit Bintang

9. Maluri

 

Hab Bas

10. Pasar Seni

 

Sementara itu, Azharuddin menjelaskan jika mendapat sambutan yang menggalakkan, fasa kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen Rel dan Bas kendalian Rapid KL. Ia juga akan dipertingkat dengan mengembangkan saluran jualan atas talian dan tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana. 

Turut hadir dan menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Prasarana, Rafizah Amran.  

Untuk keterangan lanjut mengenai kolaborasi ini, para pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my dan website rasmi BonusLink di www.bonuslink.com.my.

 

Official website for Rapid KL, Rapid Penang and Rapid Kuantan by Prasarana Malaysia Berhad.

 

Pada majlis pelancaran BLINK tersebut turut ditayangkan Video Raya Prasarana berjudul Jalinan yang dibintangi pelakon terkenal, Que Haidar.






            Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah.






                               Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Prasarana, Rafizah Amran.