SOSIAL/BISNES
PRASARANA-BLINK
MUDAHKAN PENGGUNA GUNA TRANSAKSI TANPA TUNAI
PADA 25
April 2022 lalu, Prasarana Malaysia
Berhad (Prasarana) telah memeterai satu usaha sama dengan BonusKad Loyalty Sdn
Bhd (BonusLink) yang membolehkan para pengguna membeli pas perjalanan tanpa had
My50 secara atas talian, dan membuat transaksi tanpa tunai menerusi aplikasi
BonusLink yang dikenali sebagai BLINK.
Pelancaran kolaborasi ini telah disempurnakan
oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin
Mat Sah bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif BonusLink, Melvin Ooi, di sebuah
hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Kerjasama
ini merupakan antara inisiatif terbaharu Prasarana bagi meningkatkan kemudahan
kepada para pengguna dengan menyediakan alternatif bagi pembelian pas
perjalanan tanpa had My50 yang sebelum ini hanya boleh dibeli secara tunai di
stesen LRT, MRT, BRT atau hab-hab bas terpilih.
Dalam ucapannya, Azharuddin menyatakan kolaborasi bersama-sama BonusLink merupakan
titik permulaan bagi Prasarana bergerak segara agresif untuk meningkatkan
kemudahan, dan pengalaman pengguna, sejajar dengan hasratnya menarik semula
minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Setakat ini, Rapid KL mencatatkan jumlah
penumpang harian (hari bekerja) seramai 500,000 orang.
“Aplikasi BLINK yang boleh dimuat turun dari
Apple App store dan Google Playstore ini boleh dimanfaatkan oleh para pengguna
untuk membeli terus pas perjalanan My50 melalui transaksi atas talian dan tanpa
tunai. Jika sebelumnya pengguna perlu membuat pembelian secara tunai di Kaunter
Perkhidmatan Pelanggan #RapidKL, sekarang hanya di hujung jari menerusi
aplikasi BLINK,” ujar Azharuddin.
Kolaborasi
ini akan bermula pada 15 Mei 2022 secara rintis dan Bukti Konsep selama tiga
(3) bulan. BLINK akan digunakan sebagai landasan utama bagi pembelian dan penebusan
mata (loyalty points) sebagai ahli
BonusLink.
Dimiliki bersama oleh syarikat-syarikat
gergasi Shell, AmBank dan Parkson, BonusLink mempunyai 14 juta jumlah keahlian
dan lebih 750,000 pengguna berdaftar di bawah aplikasi BLINK. Dengan pas
perjalanan My50, para pengguna boleh menaiki semua aset-aset Rapid KL seperti
seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT
di Lembah Klang selama 30 hari tanpa had.
Di majlis yang sama, Ooi turut berkongsi setiap pembelian pas perjalanan My50 oleh
ahli BonusLink di dalam tempoh promosi akan menikmati pulangan Mata Ganjaran (BonusLink Points Rebate) sehingga 40%
sekiranya pembayaran dibuat menggunakan Kad AmBank BonusLink Visa atau
mana-mana Kad Visa.
“Jika anda belum lagi menjadi pengguna
aplikasi #BLINK, sekarang adalah masa terbaik untuk memuat turun aplikasi ini
di peranti anda. Ini juga peluang bagi kami di #BonusLink untuk memberi sedikit
kemeriahan atau ganjaran kepada rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan
awam setiap hari,” kata Oii.
“Kami
telah menempuhi cabaran yang begitu sukar kebelakangan ini kerana wabak pandemik
COVID-19. Namun begitu, ia telah memberi peluang untuk kemajuan sektor utama
ekonomi negara, dan kami di BonusLink percaya kerjasama dengan Prasarana ini ialah
permulaan yang baik untuk ahli-ahli BonusLink, dan pengguna rangkaian
pengangkutan awam Prasarana dalam menyediakan kemudahan tambahan untuk
perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia,”
tambahnya.
“Dengan kerjasama dan promosi akan datang,
kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang terkesan
akibat COVID-19,” kata Ooi lagi.
Melalui
video pengenalan Prasarana X BLINK, pengguna yang telah membeli atau menebus
pas perjalanan My50 melalui BLINK dan berjaya menghantar butiran lengkap akan
menerima Surat Baucar Elektronik atau E-Voucher yang mengandungi butiran kod
baucar alphanumerik.
Pengguna seterusnya boleh membuat penebusan
dengan mengemukakan baucar yang dicetak (dengan kod baucar alphanumerik), dan
MyKad ke sepuluh (10) stesen terpilih bagi penebusan pas perjalanan #My50.
Berikut senarai stesen terpilih:
Laluan
Ampang
1. Masjid Jamek
2. Plaza Rakyat
Laluan
Kelana Jaya
3. KLCC
4. Pasar Seni
5. KL Sentral
Laluan
Monorel
6. Imbi
7. Hang Tuah
Laluan
MRT Kajang
8. Bukit Bintang
9. Maluri
Hab
Bas
10. Pasar Seni
Sementara itu, Azharuddin menjelaskan jika mendapat sambutan yang menggalakkan, fasa
kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen Rel dan Bas kendalian Rapid KL.
Ia juga akan dipertingkat dengan mengembangkan saluran jualan atas talian dan
tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana.
Untuk keterangan lanjut mengenai kolaborasi
ini, para pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi Rapid KL di
www.myrapid.com.my dan website rasmi BonusLink di www.bonuslink.com.my.
Official website for Rapid KL, Rapid Penang
and Rapid Kuantan by Prasarana Malaysia Berhad.
Pada majlis pelancaran BLINK tersebut turut ditayangkan Video Raya Prasarana berjudul Jalinan yang dibintangi pelakon terkenal, Que Haidar.
Berikut senarai stesen terpilih:
Laluan Ampang
1. Masjid Jamek
2. Plaza Rakyat
Laluan Kelana Jaya
3. KLCC
4. Pasar Seni
5. KL Sentral
Laluan Monorel
6. Imbi
7. Hang Tuah
Laluan MRT Kajang
8. Bukit Bintang
9. Maluri
Hab Bas
10. Pasar Seni
Sementara itu, Azharuddin menjelaskan jika mendapat sambutan yang menggalakkan, fasa kedua akan terus dilaksanakan di kesemua stesen Rel dan Bas kendalian Rapid KL. Ia juga akan dipertingkat dengan mengembangkan saluran jualan atas talian dan tanpa tunai melalui aplikasi PULSE oleh Prasarana.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Prasarana, Rafizah Amran.
Untuk keterangan lanjut mengenai kolaborasi ini, para pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my dan website rasmi BonusLink di www.bonuslink.com.my.
Official website for Rapid KL, Rapid Penang and Rapid Kuantan by Prasarana Malaysia Berhad.
Pada majlis pelancaran BLINK tersebut turut ditayangkan Video Raya Prasarana berjudul Jalinan yang dibintangi pelakon terkenal, Que Haidar.
No comments:
Post a Comment