SOSIAL
PRIHATIN-MAIWP
Raikan Warga Emas
SEMARAK
RAMADAN 1443 HIJRAH
EMPAT
kategori warga asnaf diraikan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan
kerjasama Majlis Agama lslam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam ‘Program Kembara
Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’ pada 28 April 2022 lalu.
Warga asnaf tersebut ialah penunggang e-hailing, iaitu penghantar makanan grab food, dan pemandu teksi, serta Persatuan
Gerak Wanita Islam Malaysia (GerakWanis), Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf
Malaysia (BAWA), dan penerima dari Rumah Titian Kasih.
Dalam acara yang berlangsung di Masjid Azzubair
lbnul Awwam, Cheras, Kuala Lumpur ini, penyerahan sumbangan baju Melayu dan baju
kurung Raya Prihatin, serta sumbangan tunai prihatin kepada para asnaf telah
disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
‘Kembara Ramadan Prihatin’ merupakan antara
program anjuran PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti di sekitar bulan Ramadan
dengan menyantuni golongan B40, dan asnaf serta golongan yang kurang bernasib
baik.
Antara golongan yang terlibat ialah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajan tinggi, dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti berbuka puasa (iftar), solat tarawih, qiamulail, dan sahur, pengagihan bubur lambuk, sumbangan baju Raya prihatin (baju Melayu dan baju kurung), dan penyerahan sumbangan zakat prihatin.
Dalam ucapan beliau, Ketua Pegawai Eksekutif
PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, bulan Ramadan sewajarnya menjadi
pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan
bukan kerajaan, dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan bersama-sama
sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu, dan menyantuni semua golongan yang
kurang bemasib baik.
“Selain itu, warga asnaf seperti pemandu dan penunggang
e-hailing, anak-anak yatim, ibu-ibu
tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) juga perlu diberi perhatian,
dan disantuni kerana mereka turut terjejas, dan perlu meraikan Aidilfitri yang
bakal tiba,” tambah Dato’ Mohd Aizuddin.
Jelas beliau, ‘Kembara Ramadan’ yang dilaksanakan
bersama-sama MAIWP hasil kolaborasi strategik ini dapat menzahirkan keprihatinan,
dan menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) kepada masyarakat setempat, sekali gus
mengurangkan beban, serta berbakti kepada warga asnaf di sekitar Wilayah
Persekutuan.
Sementara itu, Tan Sri Dr Mohd Daud yang
turut berucap mengatakan pemberian sumbangan tersebut ialah petanda keprihatinan,
amanah dan tanggungjawab MAIWP telah dilaksanakan melalui PRIHATIN dengan pengurusan
dan penganjuran program ‘Kembara Ramadan Prihatin’.
“Ia memperlihat banyak golongan asnaf di
Wilayah Persekutuan dibantu dan disantuni apabila mereka menerima sumbangan baju
Raya, ayam segar, dan wang tunai yang boleh meringankan beban mereka, terutama
menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti,” tambah Dr Mohd Daud.
PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasakan melalui program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama-sama agensi kerajaan, mahupun NGO. Dengan kolaborasi strategik bersama-sama MAIWP ini, PRIHATIN mensasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengannya, sambil membantu meringankan beban wargaasnaf di Wilayah Persekutuan.
Turut menghadiri ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’ termasuklah Pengarah Jabatan Agama lslam Wilayah Persekutuan), Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Hj Yahya; Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya.
PePenunggang e-hailing, iaitu penghantar makanan grab food, dan pemandu teksi antara asnaf yang menerima sumbangan ‘Program Kembara Ramadan Prihatin Bersama MAIWP’.
Turut hadir termasuklah Pengarah Jabatan Agama lslam Wilayah Persekutuan), Datuk Mohd Ajib Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Hj Yahya; Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, dan Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIWP, Ahmad Talmizi Yahaya.
Golongan asnaf turut menerima sumbangan ayam segar.
No comments: