PPIM TETAP MEMBELA PENGGUNA WALAUPUN SEMASA BERAYA

 
DALAM kemeriahan menyambut Syawal 1444 yang masih dirasai walaupun kian berhujung, pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak ketinggalan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidifitri untuk sahabat, kenalan, pelanggan dan masyarakat setempat.
 
Pada 11 Mei lalu (bersamaan 20 Syawal), PPIM mengadakan majlis ‘rumah terbuka’nya, ‘Majlis Silaturahim Aidilfitri PPIM’ di Kompleks Sukan Datuk Keramat Kuala Lumpur.

Ketua Akrivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi (kiri), dan Timbalan Pengerusi PPIM, Dato’ Jawahar Ali.


                                       Demontrasi silat oleh kumpulan undangan.



Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi.




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berlangsung selama kira-kira empat jam, majlis tersebut turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi, serta Timbalan Pengerusi PPIM, Dato’ Jawahar Ali,  dan Setiausaha Agung PPIM, Dato’ Dr Ma’mor Osman.
 
Selain menikmati juadah yang disediakan, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nasyid dan demontrasi silat oleh kumpulan undangan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam majlis yang meriah itu, PPIM tidak lupa menyantuni anak-anak yatim yang dijemput khas untuk menerima sumbangan Raya.
 
Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan untuk menyantuni wakil media, Dato’ Nadzim meminta kerjasama para wartawan untuk mewar-warkan isu terkini yang sedang meresahkan rakyat.
 

“Saya tidak faham undang-undang apakah yang sedang digunakan dalam soal pembelian kereta di negara kita sekarang. Saya nampak ia zalim, dan tentu sahaja tidak wajar diamalkan,” tegas Toqqi yang berharap wakil dapat membantu rakyat dengan cara mereka.




PPIM tidak lupa menyantuni anak-anak yatim yang dijemput khas untuk menerima sumbangan Raya.

Beliau yang memang terkenal tegas dan tidak gentar pada sesiapa dalam soal membela pengguna di negara kita selama ini, merujuk krisis pembeli yang menghadapi tindakan keretanya dilelong jika gagal menjelaskan hutang bulanan.

 

Bagi Toqqi, keadaan yang sukar dihadapi rakyat sekarang menjadi kian payah dengan peraturan yang boleh dianggap sebagai ‘paksaan’ itu.

 

“Sebelum ini, semua pembeli kereta secara ansuran tahu mereka diberikan tempoh dua bulan 21 hari untuk menjelaskan tunggakan bayaran bulanan. Tetapi, kini mereka kehilangan kereta terus!” tambah Toqqi.

 

Dalam soal ini, pihak media tidak diminta mencabar atau menghasut, serta menyokong usaha menumbangkan kerajaan hari ini. Tegas Toqqi, PPIM juga tidak berhasrat sedemikian.

 

“Apa yang sewajarnya ialah menyedarkan pihak kerajaan agar melihat perkara ini dengan serius, dan mengambil langkah wajar sesegera mungkin untuk mengatasinya,” ujar beliau.

No comments:

Powered by Blogger.