SENI
1stAPYF2023 Penerusan Petaling Jaya Sebagai Kota Seni
PADA 2015, Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Petaling Jaya sebagai sebuah Kota Seni. Pengisytiharan itu merupakan usaha mempromosi bandar raya tersebut khasnya, dan negeri Selangor, serta Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang berteraskan keharmonian, dan kelestarian seni dan budaya sejagat khusus melalui penganjuran Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa sejak 2013.
Selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030, Dasar Pelancongan Negara 2020-2030, dan DAKEN (Dasar Kebudayaan Negara) 2021 dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan, maka penganjuran festival kesenian rakyat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada tahun ini lebih berprestij, dan berimpak tinggi.
Dengan kerjasama Majlis Antarabangsa Festival Kesenian Rakyat (CIOFF) Malaysia (rakan rasmi UNESCO), MBPJ telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Festival Kesenian Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama 2023 (1stAPYF2023) pada 21 hingga 26 September 2023 di pusat bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Azhan Md Amir.
Persembahan santai daripada Dato' Hattan membawakan lagu Gerhana.
***********************************************************************************Festival kesenian rakyat ini telah diklasifikasikan sebagai projek budaya kerajaan ke kerajaan. Pada 2018 ia telah diiktiraf sebagai program pertukaran budaya antarabangsa oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Dengan tema ‘Menghayati Budaya & Warisan’ (Embracing Culture & Heritage), matlamat utama penganjuran 1stAPYF2023 ialah memupuk dan menzahirkan rasa cinta, dan saling memahami bermula dari usia muda terhadap kepentingan melestarikan kepelbagaian, serta keunikan budaya, seni dan warisan dalam memupuk keharmonian, serta perpaduan masyarakat global.
MBPJ menyasarkan penyertaan 26 kumpulan kebudayaan dari negara-negara di rantau Asia Pasifik di bawah pengurusan CIOFF Malaysia.
Dalam sidang media pra pelancaran 1stAPYF2023 di Hotel Sheraton PJ pada 25 Ogos lalu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Mohamad Azhan Md Amir, memberitahu setakat ini, sebanyak 19 kumpulan kebudayaan antarabangsa dari 13 negara telah mengesahkan penyertaan mereka.
Negara itu ialah China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Iran, Filipina, Uzbekistan, Sri Lanka, Singapura, Brunei, dan Qatar.
Jelas Mohamad Azhan, terdapat lapan jenis program di sepanjang berlangsungnya 1stAPYF2023, iaitu persembahan kebudayaan antarabangsa, pocket show di sekolah-sekolah terpilih sekitar Petaling Jaya, pameran, jualan dan demonstrasi pembuatan produk seni, kraf tangan dan makanan tradisional; Persidangan Seni Antarabangsa PJ 2023, seminar kerjaya seni, Diskusi Meja Bulat: Pengurus Bandar Raya dan Datuk Bandar, pertandingan PJ Best Tari, majlis perasmian, konsert ceritera rakyat oleh artis terkemuka tanah air, dan pertunjukan bunga api.
Untuk 1stAPYF2023, kata lagi, barisan artis yang ditampilkan memang
tidak asing lagi dalam kalangan peminat industri hiburan tanah air, Dato’ Awie, Ziana Zain, Ella, dan Dato’
Hattan, yang ada nama dan profil yang sangat besar sejak dari 1990-an.
Mereka akan menjayakan konsert secara percuma pada Ahad, 24 September 2023, jam 8.30 malam
di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.
“MBPJ berharap semua peminat muzik, sama ada di
Petaling Jaya atau kawasan berdekatan tidak melepaskan peluang menyaksikan
konsert hebat ini,” kata Azhan lagi.
Ziana Zain menyampaikan ucapan mohon kemaafan menerusi hantaran rakaman video.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh kerana baru ada 13 negara, maka penyertaan masih dibuka sehingga 7
September 2023. Orang ramai amat digalakkan untuk terus berinteraksi
bersama MBPJ di media sosial rasminya, iaitu Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Instagram dan twitter; pjcitycouncil
serta laman sesawang MBPJ www.mbpj.gov.my.
Turut menghadiri
sidang media 1stAPYF2023 ialah Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya,
Tuan Aznan Hj Hassan; Timbalan Setiausaha (Pembangunan) MBPJ, Tuan Ir Ismail
Shafie; dan Hattan.
Awie, Ella dan Ziana tidak dapat hadir. Ziana yang
terkenal dengan lagu Madah Berhelah
menyampaikan ucapan mohon kemaafan menerusi hantaran rakaman video.
###################################################################################
Hadirin turut dihiburkan dengan lagu tema festival, iaitu We Are
All Petaling Jaya, dan dendangan beberapa lagu terkenal antarabangsa
oleh artis/Kombo MBPJ.
Sementara Hattan pula membuat kemunculan istimewa memenuhi
permintaan ramai menyanyikan lagu popular Kembara, Gerhana.
- oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments:
Post a Comment