AGAMA
Misi Kasih Sayang, Perjuangkan Sunnah Rasulullah SAW
MAULIDUR RASUL 1445 HIJRAH BERSAMA ALTIMET
UMAT Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul 1445 Hijrah pada 28 September lalu. Pelbagai acara diadakan untuk mengisinya dengan harapan memperoleh manfaat, dan berkat daripada Allah SWT.
Di Malaysia, selain peringkat pusat atau kebangsaan, ada acara bertaraf negeri, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, pusat pengajian, pusat kebajikan, dan sebagainya.
___________________________________________________________________________________
Antara yang turut menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul tahun ini ialah Galeri Raudhah yang terletak di Ampang, Selangor.
Majlis yang dinamakan sebagai Majlis Grand Maulidur Rasul tersebut dapat memberi peluang orang ramai mengenali lebih dalam susuk manusia teragung, Nabi Muhammad SAW.
Antara program menarik termasuklah konvoi motosikal berkuasa tinggi, kereta antik dan juga helikopter, yang diberi nama Perarakan Konvoi Kembara Kasih.
Majlis Grand Maulidur Rasul 1445 Hijrah dimulakan pada jam 9 pagi dengan perlumbaan qasidah kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa, dan kategori warga emas, diikuti pertandingan melukis kubah hijau.
Pengasas Galeri Raudhah, Ustaz Md Zawawi Ramli.
Acara kemuncak pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang dengan perarakan lebih 100 kereta antik, dan motosikal berkuasa tinggi dari lokasi yang telah ditetapkan.
Konvoi tersebut
berlepas ke Putrajaya,
dan lokasi utamanya adalah Masjid Putra, dan sekitar kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Seusai
konvoi, ahli rombongan kembali ke Galeri
Raudhah pada kira-kira jam 5.30 petang, untuk minum petang.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Ustaz Md Zawawi Ramli menyampaikan cenderamata kepada Habib Bagir (kanan).
Menjelang acara bacaan maulid, qasidah dan tausiah, serta
solat isya berjemaah, solat maghrib berjemaah diadakan.
Majlis
Grand Maulidur Rasul 1445 Hijrah diakhiri
jamuan maulid pada kira-kira jam 11 malam.
###################################################################################
Sementara
itu, pengasas Galeri Raudhah, Ustaz Md
Zawawi Ramli, memberitahu program ini bertujuan mengajak semua masyarakat
bersatu padu, hidup bahagia, harmoni, berkasih sayang, dan saling membantu.
“Kita mahu hidupkan amalan sunnah berkasih
sayang seperti yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Kita mahu
orang ramai tahu betapa indahnya hidup berkasih sayang cara nabi, seorang
pencinta agung,” jelas Ustaz Zawawi.
“Kita mahu masyarakat hidup dengan mengikuti
semua sunnah Baginda dalam semua aspek kehidupan termasuk dalam pergaulan,
bersahabat, makan minum, dalam berkeluarga, dan sebagainya,” tambah beliau.
“Marilah
sama-sama kita perbanyakkan membaca
sirah Nabi, ikuti dan hayatilah ia. Paling mudah, banyakkan berselawat semoga
kita mendapat syafaat Baginda, dan rahmat Allah SWT. Keampunan Allah adalah
kemuncaknya keredaan-Nya,” kata Ustaz Zawawi lagi.
Beliau
berharap usaha kecil pihaknya dapat
menjentik hati semua untuk melihat betapa indah sunnah nabi jika diamalkan
dalam kehidupan seharian. Tenang dapat, pahala pun dapat. Insya- Allah,” tambah
beliau.
Perasmian
Majlis Grand Maulidur Rasul sepatutnya disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih
dikenali sebagai Altimet.
Walau bagaimanapun, YB Altimet berhalangan, dan hanya dapat hadir lewat. Justeru, tugasan tersebut diambil alih oleh Ustaz Zawawi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Yang Berhormat Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih dikenali sebagai Altimet.
Dalam
wawancara dengannya Altimet antara lain menyatakan walaupun sambutan Maulidur Rasul bukan satu
kewajipan, tetapi ia memang amat baik dilaksanakan.
Mengenai
kesibukan jadual hariannya, Altimet yang memenangi kerusi DUN tersebut dalam
Pilihan Raya Umum ke-16, 19 November 2022, memberitahu tiada banyak perbezaan.
**********************************************************************************
Cendermata untuk Yang Berhormat Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau Altimet (kanan) daripada wakil pihak Galeri Raudhah (kiri).
###################################################################################
“Sibuk tetap sibuk. Cuma, punca kesibukan
itu berbeza. Jika sebelum bergelar yang berhormat (YB), saya sibuk mencipta
lagu, merakam lagu, dan memenuhi undangan menyanyi, kini sibuk dengan tugas
menangani pelbagai isu rakyat kawasan yang diwakili,” jelas beliau.
Ditanya
apakah akan terus menyanyi dicelah-celah
kesibukan rutin sekarang, Altimet menjawab beliau hanya akan menulis lagu.
Konsert yang diadakan pada 2019 lalu, katanya, adalah yang terakhir.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
Peserta PerarakanKonvoi Kembara Kasih bergambar kenang-kenangan berlatarakan bangunan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment