Pages

Wednesday, 13 September 2023

PELANCONGAN ISLAM

 

 

MEMANFAATKAN AITEX 2023 UNTUK PELANCONGAN ISLAM

 

PERSIDANGAN dan Pameran Haji, Umrah & Pelancongan Islam (Asia Islamic Tourism Expo 2023 - AITEX 2023) yang berlangsung pada 13 hingga 15 September bakal merancakkan lagi industri pelancongan negara, khususnya bagi pasaran pelancongan mesra Muslim.

 

Acara yang berlangsung Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dan Sunway Hotel Resort, Bandar Sunway, Selangor ini dianjurkan dengan jalinan kerjasama strategik bersama-sama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Pertubuhan Pelancongan Islam Dunia (GITO), dan Santai Travel.

 

AITEX 2023 adalah acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang melibatkan pemain industri pelancongan dari seluruh Asia dalam mempromosikan pelancongan Islam, serta haji dan umrah.


Presiden MATA, Dato’ Dr Mohd Khalid Harun menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.


*********************************************************************************************************

Secara terperincinya, AITEX 2023 dibahagikan kepada tiga acara yang utama, iaitu Persidangan AITEX 2023, Pameran AITEX 2023, dan Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023).

 

Pelancaran AITEX 2023 telah disempurnakan oleh Datuk Azman Abidin dari Jabatan Perdana Menteri, yang turut menyampaikan salam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Turut menghadiri majlis pelancaran itu ialah Presiden MATA, Dato’ Dr Mohd Khalid Harun, dan Timbalan Presiden MATA, Dato’ Jeffri Sulaiman . Dato’ Dr Mohd Khalid juga menyampaikan ucapan alu-aluan.

 

Selepas pelancaran, Datuk Azman, Dr Mohd Khalid dan Dato’ Jeffri diiringi para tetamu, dan ahli jawatankuasa penganjur melawat reruai-reruai Pameran AITEX 2023.


Datuk Azman Abidin yang mewakili Perdana Menteri Malaysia, menyampaikan ucapan pelancaran Persidangan dan Pameran Haji, Umrah & Pelancongan Islam 2023.

Antara syarikat yang menyertai Pameran AITEX 2023 - Haji, Umrah dan Pelancongan Islam pada 13 hingga 15 September.


Persidangan dan Pameran Haji, Umrah & Pelancongan Islam 2023 pada 13 hingga 15 September.

00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

Persidangan AITEX 2023 yang berlangsung di Dewan Utama, Sunway Resort Hotel pada 13 dan 14 September menampilkan ahli-ahli panel profesional dari dalam, dan luar negara yang terlibat secara langsung dalam sektor haji, umrah dan pelancongan Islam.

 

Persidangan AITEX merupakan platform yang penting kepada agensi pelancongan, pelajar dan pensyarah universiti menimba ilmu, dan pengalaman daripada ahli-ahli panel profesional seperti dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dan Saudi Tourism.

 

Panel-panel profesional berkenaan membawa topik-topik yang menarik dan bermanfaat di sepanjang dua hari persidangan berlangsung.

 

Delegasi AITEX 2023 terdiri daripada agensi pelancongan dari seluruh ASIA seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, India, Bangladesh, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, dan Maldives.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Gimik pelancaran Persidangan dan Pameran Haji, Umrah & Pelancongan Islam 2023 pada 13 September lalu oleh Datuk Azman Abidin.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Antara mereka termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Hassoob Technology –ZOWAR OTA, Encik Khalid Mouhamad Idriss Mahmoud yang membincangkan tajuk Kepentingan Teknologi dalam Industri Umrah pada 13 September (Sesi 1), yang dimudahcarakan oleh Mohd Khalid.

 

Sesi 2 pada hari pertama itu turut menampilkan Penolong Setiausaha Kanan, Divisyen Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Encik Mohd Khairul Ezam Mohd Rasali (Penipuan Umrah), dan Presiden AMPUHRI, Indonesia, Bapak Firman Muhammad Nur (Perkongsian Ilmu Mengenai Pengurusan Haji di Indonesia) dengan Pengarah Andalusia Travel & Tours, Puan Hajjah Ida Riswana Idris sebagai pemudah cara.


                                  

Datuk Azman Abidin, Dato’ Dr Mohd Khalid Harun dan Dato’ Jeffri Sulaiman diiringi para tetamu, dan ahli jawatankuasa penganjur melawat reruai-reruai Pameran AITEX 2023.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seterusnya, pada 14 September, Pengarah Kanan – Promosi Antarabangsa (Amerika/Eropah/Oceania), Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof membicarakan Kepentingan Sektor Pelancongan di Malaysia.

 

Hari kedua itu juga menampilkan Setiausaha Agung, Kesatuan Antarabangsa Pengakap Muslim, Mohamed Haitham (Kepentingan Belia Muslim). Kedua-dua pembentangan dimudahcarakan oleh Khalid.

 

Kemudian pengasas bersama Hospital UMRA, Datin Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim (Estetika Kaji Rahim & amp; Patuh Syariah – Meningkatkan Permintaan dalam Pelancongan Kesihatan Islam Malaysia).

 

Akhir sekali, Pensyarah Dakwah, Media dan Komunikasi Islam di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Rosmawati Mohamad Rasit (Pelancongan Patuh Syariah untuk Hotel dan Rakan-rakan Muslim).

 

Kedua-dua pembentangan ini dimudahcarakan oleh mantan CEO MyCeb, Dato’ Seri Abdul Khani Daud.

 

Pameran AITEX 2023 - Haji, Umrah dan Pelancongan Islam berlangsung pada 13 hingga 15 September 2023 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

 

Pameran berkenaan menyediakan ruang pameran dengan keluasan 7,157 meter persegi yang dipenuhi pempamer-pempamer dari timur tengah, dan Asia.

 

Ia turut menyediakan platform bagi agensi pelancongan dalam dan luar negara menjalinkan jaringan perniagaan dalam industri pelancongan Islam, haji dan umrah.

 

Pameran AITEX 2023 juga dibuka kepada pengunjung bagi melihat perkhidmatan, dan jualan pakej-pakej pelancongan, serta umrah yang dipamerkan oleh pempamer yang mengambil bahagian.

                                 

Ia menyediakan pembeli ruang diskusi khas yang dilengkapi kafe khas kepada pempamer industri (trade buyers) menjalankan jaringan perniagaan masing-masing, selain ruang forum bagi pempamer mengadakan persembahan produk, atau perkhidmatan mereka kepada pengunjung.

 

MATA percaya Pameran AITEX 2023 dapat membantu agensi pelancongan menjalinkan rantaian perniagaan masing-masing. Ini secara langsung membantu Malaysia mempromosikan produk-produk pelancongan Islamnya, dan perlu diketengah.

 

Sementara itu, WITA 2023 adalah acara gilang gemilang bersempena dengan AITEX 2023 bagi mengingatkan sumbangan pemain industri yang memperkenal Industri Pelancongan Islam ke taraf antarbangsa.

 

WITA 2023 diadakan pada 15 September di Dewan Utama Sunway Resort Hotel. Ia dijangka akan dihadiri lebih 1,000 orang dengan lebih 100 meja makan.

 

Pemain industri pelancongan yang berminat boleh melayari laman sesawang di www.mata.travel bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai AITEX 2023.

 

                                     

No comments:

Post a Comment