RIADAH
Larian Ceria Sungai Kehidupan 2023 Turut Disertai ‘Adiwira’
‘IMPIAN KITA BERSAMA’
KIRA-KIRA 500 peserta juga pengunjung dari pelbagai kaum, dan peringkat umur menyertai Larian Ceria Sungai Kehidupan 2023 (River Of Life Fun Run 2023/ROLFR23) pada 17 September lalu.
ROLFR23 mengambil tempatnya buat kali pertama untuk merai, dan mengilhamkan peserta, termasuk pengamal media dari pelbagai lapisan masyarakat, agama dan bangsa.
***********************************************************************************
Peserta yang berpakaian adiwira terkenal Hollywood turut menceriakan ROLFR23.
Menambahkan keriangan ROLFR23, ter
Rakan-rakan media dari pelbagai agensi juga turut bersama-sama komuniti menikmati keindahan, dan pemandangan sungai di Kuala Lumpur. Sungai yang dimaksudkan itu ialah Sungai Kelang.
ROLFR23 dianjurkan
oleh Zamara Biz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta Jabatan
Pengairan dan Saliran Malaysia.
Setiap individu memerlukan bekalan air yang bersih serta berkualiti, dan ini bermula dari sumber
air yang tidak dicemari dan dipelihara. Sungai menjadi antara sumber utama
bekalan air yang dapat disalurkan kepada pengguna. Menjadi tanggungjawab kita bersama
untuk memelihara, dan memastikan sungai tidak dicemari.
Selain kebersihan, keindahan sungai juga perlu
dijaga setiap masa bagi mengekalkan kecantikannya. Bekalan air bersih dapat
memberikan jaminan terhadap kesihatan tubuh badan.
Selain air yang
bersih, amalan gaya hidup yang sihat juga menjadi penyumbang utama kepada kesihatan.
Menyedari kepentingan itu, ROLFR23 dianjurkan.
Selari dengan matlamat untuk memperkukuhkan kesedaran
dalam kalangan masyarakat, penganjuran ROLFR23
dapat menjadi platform membina perpaduan dan persefahaman bagi mencapai tujuan
tersebut.
Jarak larian 6.5 kilometer yang ditetapkan oleh penganjur amat bersesuaian untuk merangsang sistem tubuh badan bagi tujuan mengekalkan kesihatan, dan kesegaran. Turut berlangsung, acara Pagi KL Bebas Kereta yang bermula dari jam 7 pagi hingga 9 pagi di sekitar ibu kota.
Peserta Larian Ceria Sungai Kehidupan 2023 dikalungkan pingat sesampai di garis penamat.
Ini juga merupakan satu lagi usaha pihak penganjur
untuk memastikan udara bersih dan segar, serta pelatih tingkah laku berjalan
kaki sebagai satu usaha yang boleh dijadikan amalan.
Sebuah pameran
turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi
menyampaikan
Maklumat-maklumat yang berkaitan. Inisiatif tambahan
ini dilakukan bagi mempengaruhi emosi dan tingkah laku bukan sahaja peserta,
malah semua yang hadir untuk mendalami keperluan dan kepentingan sungai sebagai
satu ekosistem yang perlu diberikan penjagaan yang lebih sempurna sebagai satu
keterjaminan kesejahteraan, keselamatan, ketenangan dan kesihatan.
Pameran dan informasi menjadi satu lagi usaha yang
digerakkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat informasi yang
berkaitan sebagai satu langkah memberikan kesedaran serta pendidikan kepada
masyarakat Malaysia, serta memastikan idea-idea utama dan warisan River Of Life akan berterusan, dan dapat
dikekalkan.
Menerusi sebuah
kempen ‘Impian Kita bersama’, maka keterlibatan, sumbangan dan komunikasi antara
pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian sungai di Kuala Lumpur
sentiasa terpelihara.
Penganjuran ROLFR23
bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sungai dan penjagaannya,
untuk menjamin kesejahteraan kehidupan, mengukuhkan perpaduan, kelestarian, selain membudayakan
amalan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
ROLFR23 bermula pada jam 7 pagi di Dataran DBKL dan selesai tiga jam setengah kemudian di River of Life, Jalan Mahkamah. Setiap peserta yang menamatkan larian mereka, berkumpul di situ untuk acara yang dikenda
Selebriti televisyen terkenal tanah air, Tabah Syazwan Othman mengendalikan acara bersempena dengan Larian Ceria Sungai Kehidupan 2023.
Sebaik sampai di garisan penamat, setiap peserta dikalungkan pingat, dan boleh memilih untuk berehat atau menyertai zumba daripada Casther & Lilian Team. Sebelum itu, Fatin Najla & Denkaosan melakukan demonstrasi Muay Thai.
Oleh kerana tidak memilih pemenang, penganjur
mengadakan sesi cabutan bertuah untuk berlaku adil.
Di situ juga terdapat gerai-gerai jualan seperti Ori
Plus (jus buah asli) sembilan perisa buah, Farmasi Kaisar, Kulsocs, Anaris – Rasa
Masakan Mak, jersi Jack Glato, Pameran kecil Foto KL yang Bergetar oleh KJSF,
Tourism Malaysia, serta Makan Buzz Café (sambutan ulang tahun ketiga pada 16
September), dan kejohanan catur River of
Life.
‘Impian Kita
Bersama’ merupakan sebuah kempen untuk membantu kejayaan matlamat penganjuran
ROLFR23.
Wanita veteran berusia 73 tahun ini tetap ceria dan cergas selepas menamatkan lariannya.
Ia menjadi landasan menuju kemajuan, perpaduan dan kemakmuran secara kolaboratif, dan kreatif menerusi empat asas utama, iaitu bandar alami, bersatu dan bersama, tanggungjawab dan akauntabiliti, gaya hidup sihat, serta keterlibatan, sumbangan dan komunikasi.
###################################################################################
Menyentuh gaya hidup sihat, larian ROLFR23 sejauh 6.5 kilometer menjanjikan satu pemandangan yang
berbeza, selain sungai, keindahan dan keunikan kota Kuala Lumpur yang pastinya
menjadi tarikan utama. Pengalaman seperti ini dapat mengeratkan lagi
perpaduan bukan sahaja dalam kalangan peserta, malah turut mempengaruhi
perubahan perlakuan.
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sokongan pengamal media turut memberi impak besar terhadap ROLFR23 ke arah membangun, dan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai nadi utama pengerak kemajuan negara.
Mengenai bersatu dan bersama-sama, maka pemandangan, sinaran matahari dan udara
bersih mempengaruhi gaya hidup sihat.
- Raja Yusoff Ariffin
acara yang menarik..salam kenal dari iamfuzy.com
ReplyDelete