Pages

Sunday, 31 December 2023


                                    

SOSIAL


Penyanyi Terkenal Serikan Makan Malam Amal PRIHATIN-Royale Chulan 2024

 

BEGITU cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, menjelma kini tahun 2024. Sebagai hari yang bersejarah walaupun muncul setiap tahun, tindakan menyambutnya sama ada kecil atau besar tetap dilakukan.

 

Dengan pelbagai cara sambutan, dan dengan tujuan tertentu, sambutan dilakukan sama ada meriah atau kecil-kecilan.




Ketua Pegawai Eksekutif  PRIHATIN, Ybhg Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali (lima dari kiri) menyampaikan ucapan selamat menyambut tahun baharu 2024 kepada semua yang hadir. 



Dayang Nurfaizah turut mendendangkan beberapa lagu popularnya.


Antara pihak yang menyambut ketibaan 2024 dengan acara berskala besar, dan berhasrat murni ialah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

 

Bersama-sama dengan Royale Chulan pada 31 Disember 2023 lalu, PRIHATIN menganjurkan Ambang Tahun Baharu Prihatin Royale Chulan (Royale Chulan PRIHATIN New Year’s Eve – RECAP 2024) di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

 

Majlis makan malam amal bertemakan Glamorous Night ini diadakan dengan tujuan mengumpulkan dana untuk pelbagai program kebajikan PRIHATIN. Dana yang terkumpul akan disalurkan ke Tabung Kasih Prihatin.




==============================================================================================================================


Zarul Umbrella turut menghiburkan hadirin.



Along Cham sebagai pengacara yang kelakar.

=================================================================================================================================================



Persembahan Shiha Zikir amat menghiburkan.

Kesemuanya akan digunakan untuk memperluas aktiviti program, termasuk bantuan pendidikan kepada pelajar cemerlang, bantuan kesihatan kepada yang memerlukan, bantuan dalam menghadapi musibah, serta bantuan kemanusiaan di Palestin.

 

Menerusi konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’, majlis makan malam berkenaan turut menampilkan persembahan penyanyi terkenal lama dan baharu tanah air, dimulakan oleh Nizam Laksamana, diikuti Aliff Aziz dan Bella Astilah, Zarul Umbrella, Haziq Rosebi, serta Shiha Zikir dan Dayang Nurfaizah.

 

Sambil berhibur, para tetamu juga dapat beramal dengan menghulurkan sumbangan yang akan disalurkan secara terus ke Tabung Kasih Prihatin bagi kegunaan pelbagai program kebajikan PRIHATIN pada tahun akan datang.




Nizam Laksamana begitu mantap vokalnya.


Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Encik Badrul Rezal Baharudin, kerjasama antara PRIHATIN dengan Royale Chulan ini dijalinkan bagi mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada Tabung Kasih Prihatin.

 

“Saya juga dimaklumkan bahawa penyumbang akan diberikan pengecualian cukai. Semua sedia maklum bahawa Royale Chulan amat mementingkan kualiti daripada segi perkhidmatan, makanan dan sebagainya,” ujar Encik Badrul.

 

Menerusi RECAP 2024 ini, tambah beliau, Royale Chulan dengan kerjasama dan bantuan PRIHATIN yang pernah menganjurkan konsert berskala antarabangsa ini, para tetamu pasti akan menikmati majlis makan malam amal yang diadakan.




Aliff Aziz (kiri) dan Bella Astilah.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  PRIHATIN, Ybhg Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali menzahirkan kegembiraan beliau atas kepercayaan yang diberikan oleh Royale Chulan kepada pihaknya.

 

‘PRIHATIN dan Royale Chulan telah banyak bekerjasama. Cuma uniknya, pada makan malam amal ini kami bawakan barisan artis terkemuka tanah air untuk mempersembah nyanyian lagu daripada kombinasi genre yang pelbagai, khusus untuk para jemputan kerana para penyumbang terdiri daripada kategori badan korporat, para peminat artis jemputan yang meminati genre muzik pelbagai, dan sebagainya,” jelas Dato’ Aizuddin.

                                         

Justeru, melalui RECAP 2024 ini, kata beliau lagi, PRIHATIN mahu memberikan kelainan dengan mengumpulkan barisan artis daripada pelbagai genre, untuk menghiburkan para jemputan/hadirin.

 

Ternyata para hadirin sangat terhibur dan sama-sama ‘larut’ dengan persembahan artis-artis yang dimaksudkan. Zarul, Haziq, Shiha dan Dayang turut turun dari pentas meminta antara hadirin menyanyi bersama-sama mereka beberapa baris rangkap lagu.

 

Persembahan dan telatah para penyanyi berkenaan dimeriahkan lagi oleh celoteh dan gurauan Along Cham sebagai pengacara.

                                     

Para artis bersama-sama dif kehormat meraikan ketibaan tahun baharu 2024 dengan hadirin,


Antara lagu popular yang menghiburkan termasuklah Gugurnya Bunga Cinta, Misteri Mimpi Syakila dendangan Nizam, Sayang Sayang Sayang (Aliff), Dealova, Bukalah Hatimu dan Ramalanku Benar Belaka (Zarul), serta Joget Kenangan Manis, Umpan Jinak di Air Tenang, dan Lemak Manis (Haziq).

 

Sementara itu, Shiha pula mendendangkan Kalam yang bakal menyertai Anugerah Juara Lagu ke-38, serta rangkaian lagu seperti Kudaku Lari, Kau Pergi Tanpa Pesan, dan Kenangan di Bulan September.

 

Dayangku Nurfaizah menyampaikan antaranya Lelaki Teragung, Di Pintu Syurga, dan Ketipang Payung.

                                 

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada organisasi yang turut serta, dan para penyumbang yang dengan ikhlas memberikan sokongan pada malam ini,” tambah Aizuddin.

 

Katanya lagi, usaha dan sokongan padu syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah kekuatan yang amat PRIHATIN hargai dalam membantu golongan kurang mampu, terutamanya dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

 

PRIHATIN sentiasa berusaha secara proaktif melaksanakan program kebajikan. Fokus utamanya ialah memperkasakan dunia pendidikan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di persada dunia.

 

Ia komited memastikan bahawa golongan kurang kemampuan tidak terpinggir daripada menerima bantuan yang sepatutnya. Setakat ini, lebih 2,000 mahasiswa yang kurang mampu telah dibantu.

                                                                                                                           

Para artis bersama-sama dif kehormat meraikan ketibaan tahun baharu 2024 dengan hadirin,


       


“Insya-Allah, kami berhasrat menyasarkan lebih ramai lagi penerima manfaat melalui dana yang disumbangkan, tanpa mengira bidang seperti pendidikan, bencana alam, dan musibah pada 2024,” tegas Aizuddin.

 

Hasil sumbangan yang diterima menerusi organisasi korporat, dan NGO, tambah beliau, akan dipertanggungjawab menerusi Tabung Kasih Prihatin, dan akan disalurkan untuk menyokong pelaksanaan program kebajikan PRIHATIN.


                                            

                                        Cabutan bertuah turut diadakan.

 

-         - RAJA YUSOFF ARIFFIN        

Saturday, 23 December 2023

KESIHATAN

 

Dengan Keaslian Produk, Zemvelo Sedia ke Pasaran Antarabangsa

 

PENGAMBILALIHAN dalam sesuatu perkara bukanlah mudah, malah ia mencabar apatah lagi jika yang diambil alih itu sudah dikenali ramai. Jika hasilnya tidak seberapa, pastilah pihak yang mengambil alih, dan yang membenarkan tindakan tersebut hampa.

 

Walau bagaimanapun, Naurish Sdn Bhd (Naurish) dengan bangga mengumumkan kejayaannya dalam mengambil alih Zemvelo, sebuah jenama terkemuka yang mengkhusus pengeluaran Sacha Inchi bersama-sama kilang pengeluar, Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd.

 

Menurut Ketua Pegawai Komersial Naurish, Encik Fadli Shah atau lebih mesra dengan panggilan Karl, pengambilalihan itu merupakan langkah strategik.

 

“Ia bertujuan menempatkan Naurish sebagai pemain utama dalam pasaran Sacha Inchi, sekali gus tambah mengukuhkan komitmen untuk menghasilkan produk kesihatan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi,” jelas Karl.

 

Tambah beliau semasa Majlis Pelancaran Zemvelo di Kafe Sarawak Johor, Damansara Perdana pada 23 Disember lalu, pengambilalihan itu termasuk 22 syarikat jenama OEM Sacha Inchi di bawah naungan Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd, yang menandakan perkembangan ketara dalam portfolio Naurish.




EEncik Fadli Shah @ Karl (kanan) semasa sidang media Majlis Pelancaran Zemvelo pada 23 Disember lalu. Di sebelah kanan ialah Encik Zainal Alam Kadir sebagai pemudah cara.

4.    





PrProduk kesihatan yang mampu merawat masalah gout, sakit sendi, sengal otot, badan lesu tidak bermaya, serta kebas kaki dan tangan.


2.  Menariknya dan boleh meyakinkan orang ramai menjadi pengguna, Naurish komited menghasilkan gelatin softgel berasaskan sayur-sayuran 100 peratus. Ia tidak menggunakan bovin atau unsur berasaskan haiwan lain.

 

Justeru, tegas Karl, minyak Sacha Inchi dapat digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna, termasuk vegetarian dan vegan.

 

Naurish menekankan kepentingan pemilihan produk oleh pengguna, kerana softgel dalam pasaran mungkin berasal daripada sumber yang bukan berasaskan tumbuh-tumbuhan, dan status halal yang meragukan,” tambah beliau.




Gimik pelancaran Zemvelo oleh Encik Fadli Shah dan Encik Farhan Umar.


Encik Farhan Umar.

3.       *********************************************************************************************************************************************




‘JJualan Pecah’ turut diadakan selepas Majlis Pelancaran Zemvelo.


7.      Ini nyata berbeza dengan beberapa produk di pasaran yang mungkin mengisytiharkan softgel mereka berasaskan tumbuh-tumbuhan dan halal tanpa pengesahan yang betul.

 

“Dalam hal ini, Naurish boleh tampil meyakinkan kerana memiliki atau memegang sijil Halal dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami juga berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat atau FDA, yang tambah mengukuhkan lagi komitmen terhadap standard global, dan keselamatan produk,” ujar Karl lagi.

                                                                    

                                             

                                                 Encik Fadli Shah @ Karl.


Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Naurish, Encik Farhan Umar. Majlis dikendalikan oleh mantan pengamal media arus perdana, Encik Zainal Alam Kadir.

 

Lebih meyakinkan, komitmen Naurish terhadap kecemerlangan tidak terhad pada sijil sahaja. Ini kerana, tambah Karl, setiap produk mengalami ujian makmal yang ketat untuk memastikan semua tahap vitamin, dan omega 3, 6, 9 memenuhi standard kualiti tertinggi.

 

“Komitmen ini menekankan usaha berterusan Naurish dalam setiap aspek penawaran produknya,” ujar beliau yang mengajak orang ramai mengalami kecekapan dalam kecergasan dengan softgel Zemvelo yang mempunyai kadar kelarutan pantas, iaitu penyerapan optimum hanya dalam masa seminit!

 

Dengan demikian, pastinya ia satu standard baharu, iaitu mengatasi kapsul konvensional (vegetable carrageenan) empat minit, dan softgel (bovine) tiga minit!

 

Dengan segala komitmen dan kelebihan yang dimilikinya, tambah Karl, Naurish berharap dapat membawa Sacha Inchi kepada pengguna yang lebih luas, mengekalkan komitmen terhadap kualiti, kelestarian, dan kepuasan pelanggan.

 

Dalam sidang media pelancaran tersebut, Karl turut menjelaskan bahawa Zemvelo bukan penjenamaan semula, tetapi kemunculan semula dengan wajah dan tenaga baharu.

 

“Sudah tentu keupayaan ini bermanfaat dalam langkah atau hasrat memasarkan Zemvelo di Indonesia pada tahun 2024,” kata beliau menjawab satu soalan pihak media.


                                           

Encik Fadli Shah @ Karl (dua dari kiri) bersama-sama tiga tenaga pendokong Naurish Sdn Bhd.   


Demi kelangsungan dan penerusan hasrat menyumbang  kepada kesihatan masyarakat tempatan, dan sejagat, Naurish mensasarkan keuntungan RM6 juta dalam pasaran tempatan, dan RM200 juta dalam pasaran antarabangsa.

 

Majlis Pelancaran Zemvelo turut diserikan dengan Majlis Aqiqah anak kepada Encik Farhan Umar, dan ‘Jualan Pecah’ di pekarangan Kafe Sarawak Johor.

 

- RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

1.          

5.      

6.      

Wednesday, 20 December 2023

   


FILEM

 

Filem Usaha Sama Malaysia-Korea Selatan

 

EKORAN ‘kegilaan’ rakyat Malaysia terhadap industri K-Pop, dan mahu mempertingkat sektor pelancongan negara, syarikat produksi, Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd terdorong menghasilkan filem aksi lasak berjudul The Lord Musang King (TLMK).

 

Menariknya, TLMK tidak hanya menyatukan Malaysia dan Korea Selatan, malah mengetengah raja buah, iaitu durian berkualiti tinggi, Musang King sebagai duta menjayakan misi produksi berkenaan.

 

Menurut Penerbit Eksekutif, Ong Peng Chu, semasa majlis  di GSC Lalaport, Bukit Bintang pada 19 Disember lalu, impian menggabungkan dua negara dalam sebuah naskhah filem tercetus selepas beliau, dan pengarah filem, Lee Moon Ho yang juga warga Korea Selatan menikmati durian Musang King.

 

“Kami memang peminat Musang King dan pernah memakannya bersama-sama. Melihat Moon Ho begitu berselera menikmati raja buah itu, saya dapat idea untuk menghasilkan filem usaha sama antara Malaysia dengan Korea Selatan, sekali gus menjadikan Musang King sebagai subjek utama,” jelas Peng Chu.

 

Tambahan pula, belum ada filem Malaysia yang menggabungkan Malaysia dengan Korea Selatan, berbanding negara serantau lain.


                                      

                                    Ong Peng Chu (kiri) bersama-sama Lee Moon Ho.


“Jadi, saya meminta Moon Ho mengarahkan The Lord Musang King kerana kami telah lama berkenalan, dan beliau juga banyak menghasilkan filem di China,” tambah Peng Chu yang mengaku pada mulanya  agak sukar meyakinkan Moon Ho.

 

“Akhirnya beliau bersetuju menerima tawaran selepas melihat kejayaan beberapa filem terbitan Malaysia seperti Paskal The Movie yang mengutip RM30.08 juta pada 2018,” kata Peng Chu lagi.

 

Dengan modal RM2.5 juta, The Lord Musang King menampilkan pelakon dari Malaysia dan Korea Selatan, sementara lokasi penggambaran sepenuhnya di Malaysia selama 21 hari.

 

Menurut Peng Chu, beliau terharu kerana kebanyakan kru dan penggiat seni yang terbabit dalam pembikinan filem, termasuk Moon Ho tidak demand kerana mengenangkan persahabatan yang terjalin.


                                                                                 

Para pelakon The Lord Musang King bersama-sama pengarah dan penerbit filem tersebut pada Majlis Malam Gala The Lord Musang King, 19 Disember lalu.


Bayaran untuk pelakon dari Korea Selatan juga amat rendah. Walaupun kos pembikinan tidak semahal filem usaha sama lain, tetapi kami mengutamakan soal kualiti. Kami menggunakan peralatan diimport dari China, dan teknik imej janaan berkomputer (CGI) untuk filem ini,” jelasnya.

 

“Namun begitu, saya tetap memohon dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk promosi dan pemasaran,” tambah Peng Chu.

 

Sebagai catatan, pelancaran TLMK disempurnakan pada tahun 2022 oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Park 28, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.


                                          


Filem yang menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Korea ini menampilkan pelakon Malaysia seperti Yusuf Bahrin, Harissa Adlynn Halim, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil, Nik Ramli Rejab, Shyrim Husni, dan Jay Iswazir.

 

Pelakon dari Korea Selatan pula ialah Kim Bo-Yeon dan Kwak Dong-Hyuk.

 

Menariknya, Peng Chu memberitahu beliau turut memberi tawaran kepada Dato’ M Nasir dan Dato’ Awie, tetapi mereka terikat dengan komitmen lain. Katanya, Awie kelihatan berminat, tetapi perlu ke Mekah menunaikan umrah.

 

Meskipun menampilkan muka baharu, tambah Peng Chu, tetapi mereka terlebih dahulu menjalani latihan yang agak ketat. Sebagai contoh, Yusuf menjalani latihan intensif dalam seni mempertahankan diri.

 

Mengenai sambutan penonton dalam dan luar negara, Peng Chu bersikap positif meskipun mengakui pada peringkat awal sangsi dengan keserasian di lokasi penggambaran.

 

Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman membawa penyanyi dari Korea Selatan, Kim Dong Gyun ke Malaysia berduet dengan Wany Hasrita yang diterima ramai, Peng Chu yakin mampu melakukan perkara sama untuk filem ini.

 

Kewujudan banyak platform Over-The-Top (OTT) dari luar negara, termasuk pengedar antarabangsa begitu berminat dengan filem ini selepas berbincang turut menambahkan keyakinan saya,” katanya lagi.


                                 

Pelakon utama The Lord Musang King, Yusuf Bahrin (empat dari kiri) bersama-sama para pelakon lain pada majlis malam gala filem tersebut, 19 Disember lalu.


The Lord Musang King mengisahkan Haikal, lakonan Yusuf Bahrin, anak pekebun durian yang berjaya, yang mahir seni mempertahankan diri, telah diperdaya dan dipenjarakan atas tuduhan membunuh.

 

Bapa Haikal, Samad (Hafidzuddin Fazil) terpaksa membuat perjanjian dengan ahli perniagaan Korea Selatan, Cheon Jin, untuk membebaskan Haikal. Watak Jin, antagonis yang menyeludup dadah di dalam durian, dilakonkan oleh Eddie Chow yang merupakan penerbit filem ini.

 

Walau bagaimanapun, Samad dibunuh oleh Jianna (Bo-Yeon), ‘kaki pukul’ taikun Korea Selatan itu ketika menyiasat kegiatan Faruk (dalam usaha membebaskan Haikal). Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela kematian bapanya itu.

 

Watak Fiezol lakonan Fimie, dan Natasha oleh Harissa Adlynn merupakan rakan karib Haikal. Sementara Inspektor Shahar, lakonan Jay; Faruk (Azri), dan Dwan (Shyrim) adalah antagonis. Watak banduan (adik Jin) yang suka membantu Haikal di penjara, dipegang oleh Dong-Hyuk.

 

Selain Peng Chu, dan Moon Ho, turut menghadiri Majlis Malam Gala The Lord Musang King ialah Fimie, Harissa Adlynn, Chow, Hafidzuddin, Azri, Bo-Yeon, Dong-Hyuk, Nik Ramli; serta Han Byul, penyanyi lagu runut bunyi The Lord Musang King, berjudul Sang Pengembara.

 

The Lord Musang King yang skripnya tulisan Shi Zhong Yuan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Disember 2023.


                                 

Han Byul mendendangkan lagu runut bunyi filem The Lord Musang Kingberjudul Sang Pengembara.

 

- RAJA YUSOFF ARIFFIN