Dari kiri; Sheila @ Noorshila Amin, Profesor Ramlan Imam, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Khaty Ibrahim, Dato’ Freddie Fernandez, dan Ezlynn.
KARYAWAN
Bantu Penggiat Seni
Veteran Negara dengan Persembahan Penyanyi Legenda
SEDIH dan
terkejut melihat beberapa penggiat seni
veteran tanah air yang tidak disangka sama sekali hidup terlantar dalam
kepayahan, mendorong penyanyi legenda tanah air, Dato’ Kathy Ibrahim memikirkan
sesuatu untuk membantu.
Beliau atau nama
sebenarnya, Khadijah Ibrahim, yang juga
Ahli Jawatankuasa Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) teruja dan bersemangat
untuk menjayakan sebuah majlis makan malam amal anjuran Karyawan, yang
bertujuan mengumpulkan dana bagi tabung persatuan
berkenaan.
Walau bagaimanapun, hasil
kutipan itu bukan untuk kepentingan Karyawan. Ia sebaliknya akan digunakan untuk membiayai beberapa
perkara, temasuk membantu para penggiat seni veteran seperti yang
disebutkan tadi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dato’ Khaty Ibrahim turut mencadangkan agar para pelajar Fakulti Muzik ASWARA diberikan harga istimewa untuk hadir menonton Majlis Makan Malam Amal Legends sambil mempelajari sesuatu.
Majlis yang dinamakan Majlis Makan Malam Amal Legends
(MMAL) itu akan diadakan di Dewan
Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2024 dari jam 8 hingga 11
malam.
“Jika boleh dan supaya dapat membantu lebih banyak, kita perlu berusaha menganjurkan majlis
makan malam seumpama ini setiap bulan,” tambah penyanyi yang mula dikenali
dengan lagu Ku Sangka Siang Kiranya Malam
pada 1978 itu.
Selain Kathy, tiga
lagi penyanyi legenda Malaysia dan Singapura, iaitu Dato’ Awie (Wings), Datuk
Ramli Sarip, dan Rahimah Rahim turut bersedia untuk tampil membuat persembahan
hebat masing-masing.
Penampilan mereka
dalam format revival yang diiringi
pemuzik berbakat dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia
(ASWARA) di bawah kelolaan Profesor Ramlan Imam, akan turut disertai penyanyi veteran Sheila @ Norshila
Amin, dan Ezlynn.
“Walau
bagaimanapun, mana-mana penyanyi yang hadir pada 2 Jun itu nanti boleh juga
tampil ke pentas menyanyi,” ujar Kathy semasa Sidang Media MMAL di Dewan
Perdana Felda pada 29 April lalu.
Khaty turut sependapat
dengan Datuk Ramli bahawa penyanyi yang akan tampil nanti perlu
bersungguh-sungguh membuat persembahan.
“Jadi, dengan
sekian banyak lagu popular masing-masing, kurang wajar jika hanya menyanyikan sebuah dua lagu sahaja,”
tegas beliau.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datuk Ramli Sarip (tengah) bersama-sama Profesor Ramlan Imam, dan Dato’ Khaty Ibrahim (kanan).
=======================================================================
Selain Khaty, Ramli, dan Ramlan, sidang media itu turut dihadiri tonggak Karyawan seperti Dato’ Freddie Fernandez (Presiden), Haji
Kamal Kassim (Bendahari); Rozita Rohaizad (Setiausaha Agung), Ahmad Abdullah
(Pengurus Besar), serta Sheila dan Ezlynn sendiri (Ahli Jawatankuasa).
Awie tidak hadir kerana berada di Belanda, sementara
Rahimah bercakap menerusi sidang video dari Singapura.
Sementara itu, Ramli
memuji usaha Karyawan menganjurkan MMAL itu yang bukan sahaja dapat membantu
meringankan beban kehidupan penggiat seni veteran, malah mengharumkan lagi nama persatuan
tersebut.
“Usah pedulikan
suara-suara sumbang. Mereka hanya mengkritik tanpa bertindak apa-apa. Majlis yang akan diadakan nanti bertujuan
mengutip derma. Jadi, amat perlu
menampilkan penyanyi yang mampu menarik seberapa ramai hadirin,” tegas
penyanyi yang terkenal dengan jolokan Papa Rock itu.
Beliau yang
pastinya turut teruja memberitahu jika
diizinkan Allah SWT, akan membeli tiga atau empat meja.
Rahimah pula
menyatakan minat yang mendalam, dan seperti
tidak sabar menunggu tarikh 2 Jun.
Sementara itu, Ramlan
menegaskan ASWARA menerima sesiapa sahaja yang mahu bekerjasama dengannya
menjayakan kegiatan seni tanpa sebarang syarat.
“Mengapa perlu ditolak? Memberikan kerjasama seperti turut berperanan menjayakan majlis makan
malam amal ini sebenarnya adalah tanggungjawab ASWARA,” tegas beliau.
Sehubungan itu, Karyawan
juga amat berharap untuk memperoleh sokongan padu daripada individu, atau
syarikat yang berminat ikut menjayakan MMAL nanti.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Profesor Ramlan Imam dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
=======================================================================
Majlis
gilang-gemilang tersebut berusaha mencapai
matlamat menerusi format pembelian meja tajaan sebagaimana berikut:
i)
Penaja
Meja Berlian – RM100,000
ii)
Penaja
Meja Platinum – RM50,000
iii)
Penaja
Meja Emas – RM10,000
iv)
Penaja
Meja Perak – RM5,000
v)
Penaja
Meja Biasa – RM3,000, RM2,000.
Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan dengan
menghubungi Dato’ Freddie (012-2071400, e-mel fredez2009@gmail.com), atau Ahmad
Abdullah (014-7176276, e-mel nurahmad@gmail.com).
Pembayaran adalah
melalui pemindahan atas talian atas nama Persatuan Karyawan Malaysia menerusi
nombor akaun 3108024130 Public Bank Berhad, cawangan PJ New Town.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN