AD-DIN
Artis, Pengamal Media Jadi Duta Jam Tangan Towaf
GALERI Nur Raudhah (GNR) yang terletak di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang, Kuala Lumpur, telah memasuki tahun keempat kewujudannya.
Meskipun usia tersebut boleh dianggap masih muda, tetapi galeri berkenaan terus mengorak langkah tanpa dalam bidang muammalat, demi mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, sekali gus mencapai sasaran membina sebuah kompleks semacam muzium sejarah tamaddun Islam – jika boleh dipanggil sedemikian, di Malaysia.
GNR tidak bersendirian dalam hal ini. Antaranya menjalinkan kerjasama dengan Anita Entertainment & Productions bagi strategi promosi, dan pemasaran serantau melibatkan perniagaan penting bagi menampung kos penyelarasan galeri, dan sebagainya. Program yang berkaitan juga akan diadakan dari semasa ke semasa.
Selain itu, GNR turut menguar-uarkan produk sunnah lain seperti madu lebah asli, susu, dan habbatus sauda, serta produk lain yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
Kursus sirah Nabi junjungan kita Muhammad Rasulullah SAW secara bersiri juga akan turut diadakan bagi manafaat seluruh penganut Islam.
Semua usaha ini bertujuan menampung kos penyelenggaraan galeri ruang jualan, dan bilik rawatan di samping memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berurus niaga dengan GNR, di samping membantu Rumah Kasih Nurul Hasanah, yang membela nasib anak-anak yatim.
Ustaz Md Zawawi Ramli (duduk kiri) dan Anita Yusop (duduk kanan) bersama-sama artis dan wakil media yang turut menjadi duta Jam Towaf Berskala Energi.
Dalam perkembangan terbaharu, GNR menjalinkan usaha sama dalam perniagaan jam tangan pula, iaitu Jam Towaf Berskala Energi. Menarik dan istimewa, ia jam tangan yang pertama di dunia yang seumpama dengannya, dan unik, selain keluaran syarikat Bumiputra sepenuhnya.
Kerjasama GNR dengan pengeluar jam tangan berkenaan dilancarkan pada 4 April lalu semasa acara Iftar Perdana: Artis dan Media di premisnya bermula jam 5.30 petang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Md Zawawi Ramli (dua dari kanan) bersama-sama sebahagian artis dan wakil media yang hadir.
Antara artis yang hadir termasuklah pelakon veteran Khatijah Abu Hassan, dan Norish Karman serta penyanyi terkenal Aris Ariwatan, Hasnol, dan Blank dari kumpulan Gamma, serta pelakon Ahmad Nisbu dan Shazs Kaizen.
Sementara pihak media diwakili wartawan veteran Fariza Saidin (Utusan Melayu (M) Berhad), dan Akmal Abdullah (Berita Harian Sdn Bhd), serta Santai Travel Magazine, dan Adewira Perkasa TV.
Majlis Iftar Perdana: Artis dan Media tersebut turut memberikan pengiktirafan/penghargaan kepada rakan artis dan media yang hadir. Rakan media memang dihargai dan dikenang kerana telah membantu usaha pemasaran dan jualan, yang dapat dimanafaatkan kepada umum.
Anita Yusop dari
Anita Entertainment & Productions yang bertanggungjawab membawa artis, dan Pengetua Rumah Kasih Nurul Hasanah, merangkap
Pengerusi GNR, Ustaz Md Zawawi Ramli turut
hadir.
KENAPA
ANDA PERLU MEMAKAI JAM TERAPI TAWAF SCALA ENERGY NANO TEKNOLOGI?
Kelebihan
Menggunakan Jam Terapi Tawaf!!! PERTAMA DIDUNIA
JAM
tawaf meleraikan radiasi tercemar.
*Hasil
kajian Prof Norhissam Mustafa (rawatan komplimentari insaniah) telah menemukan
sesuatu yang memberikan kesan negatif.
Sebagai
contoh, virus pembawa penyakit mempunyai elektron yang mengelilingi nukleus
pada arah jam. Oleh itu, pusingan jam tawaf akan bertindak sebagai pelerai
radiasi tercemar, dan meringankan penyakit kerana putarannya yang bertentangan
dengan atom virus.
Ini
kerana tenaga skalar boleh menhalang radiasi bebas (virus) bergerak ikut pusingan
jam. Jam tawaf bergerak lawan jam. Ia bertindak sebagai antibodi melawan dan
mencegah virus.
Pelbagai Testimoni untuk dilihat:
https://www.youtube.com/watch?v=53DCjHKbVYw&t=77s
https://www.youtube.com/watch?v=IA_LNbVP91g
https://www.youtube.com/watch?v=tfO119Y5sUI&t=7s
https://www.youtube.com/watch?v=oWswTxiUwOQ
https://www.youtube.com/watch?v=d15Y2Hs6ZF8&t=351s
https://www.youtube.com/watch?v=xQ0Z2P_wbZk
https://www.youtube.com/watch?v=FTQj0ixdzUk
https://www.youtube.com/watch?v=s36BQ84Jlcg&t=104s
https://www.youtube.com/watch?v=gWodIUgh1e4
https://www.youtube.com/watch?v=Onkbc2JS5dU&t=4s
Antara
faedah menggunakan jam ini:
1.
memperbaik edaran darah dan menyahkan toksid.
2.
mengelakkan penyakit berbahaya seperti pembekuan darah dan jantung.
3.
memberikan kelegaan kepada simptom penyakit asma.
4.
membantu memerangi barah. Apabila anda memakai jam ini, semua sel kita akan mendapat lebih banyak tenaga.
5. menghalang gangguan makhluk halus, sihir dan pukau dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment