Pages

Monday, 27 January 2025


                                      


ECONOMY


Crescent Petroleum Targets NIOC Assets and Frozen Funds in Escalating Legal* Dispute



IN
its relentless pursuit of compensati on from the National Iranian Oil Company (NIOC), UAE-based Crescent Petroleum has expanded its legal efforts to target NIOC’s frozen funds in Malaysian offshore investment institute First Islamic Investment Bank in Labuan. This marks a new chapter in the decades-long battle over a breached gas supply contract, now characterized by aggressive asset recovery strategies across multiple jurisdictions.

The conflict traces back to a 2001 gas supply and purchase contract (GSPC), under which NIOC was to supply natural gas to Crescent Petroleum over a 25-year period starting in 2005. However, NIOC halted the agreement, alleging corruption and unfavourable pricing terms, leading Crescent Petroleum to file for arbitration in 2009.

In 2014, an international tribunal validated the contract and held NIOC in breach for failing to deliver the gas as agreed. Subsequent rulings in favor of Crescent Petroleum have awarded damages estimated in the billions of dollars.

                                      

Faced with NIOC's refusal to comply with arbitration decisions, Crescent Petroleum has launched an aggressive global asset recovery campaign. This includes securing court orders to seize properties, liquidate holdings, and pursue frozen funds linked to NIOC.

Most recently, Crescent Petroleum has turned its attention to funds frozen in the First Islamic Investment Bank in Labuan, Malaysia. A total $2.7 billion held by FIIB in various international financial entities. These funds, believed to be linked to NIOC and its subsidiaries Naftiran Intertrade Company (NICO), have remained inaccessible to NICO and other subsidiaries due to international sanctions, out of which roughly $2 Billion of it is frozen in the FIIB bank Malaysia. Crescent Petroleum is now seeking court approval to tap into this financial reserve as part of its efforts to enforce arbitration awards.

This move adds to the company’s recent successes in other jurisdictions, such as the United States, where courts authorized the confiscation of $2.75 billion in NIOC assets in 2023, and the United Kingdom, where a building linked to NIOC was auctioned for £100 million in 2024.

The dispute underscores the growing risks for state-owned enterprises like NIOC in navigating international arbitration and sanctions landscapes. Iran’s government has condemned the asset seizures, calling them politically motivated, and NIOC continues to contest the rulings in various courts.

                                                 

The inclusion of the frozen funds in Malaysia highlights Crescent Petroleum’s determination to exhaust all avenues in recovering damages. If successful, it could set a significant precedent in asset recovery tied to arbitration disputes and sanctioned entities.

With billions of dollars at stake, the stakes are growing higher for both parties. Crescent Petroleum’s aggressive legal strategy reflects the complexities of enforcing international arbitration awards against state-affiliated entities, while the case continues to strain diplomatic and economic relations involving Iran.

As this high-profile case unfolds, further developments are expected in the coming months as Crescent Petroleum intensifies efforts to recover its dues.


- suitabled for publish by RAJA YUSOFF ARIFFIN

Thursday, 16 January 2025

                                                                           

=========================================================================

MYDIN Lancar Kongsi Meriah Semarakkan Semangat Perpaduan

TAHUN BAHARU CINA 2025

 

BERSEMPENA dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2025 pada 29 dan 30 Januari nanti, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan Kempen Kongsi Meriah, yang menawarkan promosi penjimatan, peraduan menarik, dan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

 

Kesemuanya tersenarai di sepanjang Kempen Kongsi Meriah 2025 yang berlangsung dari 1 Januari sehingga 12 Februari.

 

Perasmian kempen yang berlangsung meriah itu telah disempurnakan oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya di MYDIN Subang Jaya pada 16 Januari lalu.

                                                                                                                           YB Michelle Ng, ADUN Subang Jaya.

=========================================================================

Turut hadir YBrs Encik Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad (The Star), dan YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

 

Selain ucapan Datuk Wira (Dr) Haji Ameer, Encik Seng Fatt, dan Michelle Ng, majlis berkenaan turut diisi dengan penyerahan sumbangan MYDIN Prihatin Kongsi Rezeki, sesi bergambar, lawatan Michelle, Seng Fatt, Ameer dan tetamu jemputan lain ke tapak ‘Snake Ladder Game’, dan pengagihan lokam.

 

Dalam ucapannya, Ameer menyatakan kempen ini menjadi manifestasi MYDIN sebagai syarikat tempatan yang sentiasa komited dalam menyemarakkan semangat perpaduan, dan

keharmonian merentasi pelbagai kaum, di samping menawarkan pelbagai promosi barangan, peraduan dengan ganjaran hebat, serta aktiviti menarik di sepanjang kempen berlangsung.

 

Signifikan dengan tahun ular, katanya lagi, MYDIN bersama-sama The Star turut menampilkan permainan yang cukup menarik dan kreatif, iaitu ‘Snake Board Game’ di mana peserta berpeluang untuk menebus baucar, kupon penjimatan, dan pelbagai tawaran hebat melalui aplikasi MYDIN Rewards.

                                                                                                              

        YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

========================================================================

“Selain itu, 10 individu bertuah juga berpeluang memenangi ‘Supermarket Sweep’ bernilai sehingga RM8,880. Meneruskan tarikan kempen seperti tahun sebelum ini, 28 pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM118, di mana-mana cawangan MYDIN dan berpeluang memenangi persembahan tarian singa secara percuma di rumah,” tambah Ameer.

 

Selain itu, beliau memberitahu pemegang kad MERIAH juga akan menerima baucar keseluruhan bernilai RM8,888 bagi jenama Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s dan Sensodyne.

 

“Bagi menggalakkan bayaran secara digital, MYDIN turut mengadakan peraduan XXTRA ONG di mana pelanggan yang mendaftar dengan aplikasi MYDINPay akan menerima kredit sebanyak RM8. Pengguna aplikasi tersebut yang berbelanja sebanyak RM80 melalui aplikasi berkenaan juga akan menerima pulangan tunai bernilai RM8,” jelas Ameer.

 

Tambah beliau, sudah menjadi kelaziman MYDIN membantu golongan yang kurang bernasib baik, khususnya ketika tiba musim perayaan.

 

“Oleh itu, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin meneruskan program Kongsi Rezeki 2025 bagi 500 keluarga golongan B40 berbangsa Cina, yang telah dikenal pasti dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Hari ini, bantuan kotak makanan serta baucar tunai diberikan kepada sebahagian keluarga sebagai membantu persiapan mereka menjelang perayaan ini,” ujar Ameer lagi.

 

Sambil mengucapkan selamat menyambut tahun baharu Cina 2025 mewakili MYDIN, beliau turut menyatakan penghargaan kepada rakan-rakan strategik seperti Abbot, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s and Sensodyen, dan juga The Star.

 

Ameer berharap sambutan tahun ini menjadi wadah kita rakyat Malaysia untuk kekal harmoni, dan saling menyemarakkan semangat muafakat.

 

Selain mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina, Michelle dan Seng Fatt gembira dapat terlibat memberikan sumbangan bermakna kepada mereka yang terlibat untuk menyambut 'hari besar' dengan gembira sewajarnya.

                                                                                    

========================================================================= 

Dalam ucapan masing-masing, mereka sama-sama mengharapkan keadaan yang lebih baik dapat dinikmati semua rakyat setempat, khasnya dan Malaysia, amnya.



YB Puan Michelle Ng Mei Sze (baju merah) turut mencuba permainan ‘Snake Ladder Game’.

=========================================================================



Gimik perasmian Kempen Kongsi Meriah oleh YB Puan Michelle Ng Mei Sze (tengah) bersama-sama YBrs Encik Chan Seng Fatt, dan YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin (kanan).

=========================================================================



YBhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin (baju batik) turut mencuba permainan ‘Snake Ladder Game’.

=========================================================================



YB Puan Michelle Ng Mei Sze (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

=========================================================================


Persembahan tarian singa turut memeriahkan majlis perasmian Kempen Kongsi Meriah pada 16 Januari lalu.

=========================================================================

Sebarang maklumat lanjut mengenai Kempen Kongsi Meriah 2025 boleh didapati dengan mengunjungi laman media sosial, atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my


-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN



Wednesday, 15 January 2025



Cahaya Hijau Sinari Menara Kuala Lumpur Penanda Waktu Maghrib, Isyak di KL

 

PUAN Aemizureen Kamarudin, Ketua Pembangunan Perniagaan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), dan Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif MKLSB menghadiri majlis pelancaran ‘Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman’ di Menara Kuala Lumpur (MKL) pada 15 Januari lalu.

 

Program yang dibawakan oleh TV3, serta TV9 dan Tonton, dalam bentuk empat siri istimewa itu bertujuan memberikan inspirasi, serta pengisian rohani kepada penonton.

 

Menerusi program berkenaan, seruan azan di TV3 yang telah sekian lama menjadi panduan harian umat Islam, diperkenalkan dalam versi baharu. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) menerusi pendekatan yang lebih segar dan inovatif, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI.

 

Azan baharu yang dibawakan dengan keindahan suara syahdu dan merdu oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki ini telah bermula dengan kemunculan sulungnya, juga pada 15 Januari lalu.

 

Siri ini menampilkan tokoh agama terkemuka bersama-sama tetamu jemputan yang berkongsi hikmah, pandangan dan pengalaman mereka terhadap topik-topik yang ditampilkan.

 

Pelancaran siri pertama program di MKL yang mengangkat tema ‘Azan’ sebagai fokus utama itu turut diserikan kehadiran Encik Ruzmi Kamarudin, Ketua Jabatan Pengisian Islam, MPTN, serta Ustaz Khairul Anuar Basri, yang tampil sebagai panelis jemputan.

 

‘Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman’ yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dan Hj. Ahmad Noor Sulaiman membawakan perbincangan yang penuh ilmu dan mendalam. Ahli panel jemputan yang berwibawa, iaitu Ustaz Adnin Roslan dan Ustaz Khairul Anuar, turut mengupas topik yang menyentuh hati mengenai nilai, dan penghayatan azan dalam kehidupan umat Islam.

 

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Child From The East yang menambahkan keceriaan, serta mencipta kenangan manis dalam setiap detik perjalanan siri pertama ini.

 

Menurut Encik Ruzmi, MPTN percaya bahawa azan merupakan lambang perpaduan dan penghubung rohani bagi umat Islam di seluruh dunia. Pembaharuan ini bukan sahaja memberi sentuhan segar dari segi visual dan audio, tetapi juga mencerminkan penghormatannya terhadap tradisi suci yang tidak pernah pudar nilainya.

 

“Azan baharu ini diharap menjadi pemangkin kepada pengalaman baharu yang lebih bermakna untuk penonton, sambil memperluas mesej keagamaan melalui platform digital dan televisyen sebagai medium skrin kedua,” tegas beliau.

                                         

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ‘Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman’ yang seterusnya secara langsung di platform TikTok TV3. Untuk info terkini dan kandungan menarik, layari laman sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia, serta TV9 di @TV9Malaysia dan TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk lebih banyak lagi kandungan eksklusif dan menarik!

 

Sementara itu, memang menarik MKL yang ikonik disinari warna hijau pada setiap malam untuk menandakan masuknya waktu solat maghrib dan isyak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Idea pencahayaan tersebut timbul secara spontan seusai majlis yang bermakna itu. Terdorong atau diilhamkan olehnya, MKLSB memperkenalkan pencahayaan hijau sebagai peringatan masuknya waktu solat, sekali gus sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat.

 

Katnya, kerjasama dengan MPTN, termasuk TV3, TV9, dan Tonton, mencerminkan komitmen bersama-sama dalam mempromosikan nilai-nilai positif, dan mengukuhkan perpaduan.

 

“Pencahayaan hijau ini adalah cara yang ringkas, tetapi bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi, dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita,” ujar beliau.

 

Inisiatif ini, kata Nazli lagi, mengukuhkan dedikasi MKLSB dalam menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong program-program yang memupuk perpaduan budaya, dan sosial.

 

Untuk maklumat semua, antara program di sepanjang 2025 di MKL untuk terus melibatkan diri dengan masyarakat, termasuklah penyaksian rasmi anak bulan Ramadan dan Syawal, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2025, meraikan tradisi rakyat Malaysia; dan Sesi Iftar di Dari Dapur TEMU bersama anak-anak yatim dan golongan kurang kemampuan semasa Ramadan.

 

Usaha-usaha ini selaras dengan misi MKLSB menyatukan masyarakat, dan meraikan warisan Malaysia.

 

-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN


Bufet Ramadan WTCKL Dibuka Bermula 7 Mac 2025

‘LAMAN TRADISI’

 

PADA 15 Januari lalu, berlangsung majlis pelancaran ‘Laman Tradisi’ Bufet Ramadan dan rebiu media di Tingkat 2, Pelantaran WTCKL.

 

‘Laman Tradisi’ adalah tema Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeriahkan kedatangan Ramadan 1446 Hijrah yang penuh barakah dengan bufet istimewa, dari 7 hingga 28 Mac 2025, setiap hari bermula jam 6 petang hingga 10 malam.

 

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuklah YBrs Encik Hadi Wahab, Pengurus Komunikasi Pemasaran WTCKL; YBhg Profesor Dato’ Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, dan YBhg Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL.

 

YM Tengku Adnan Tengku Mansor, mantan Menteri Wilayah Persekutuan juga hadir menyaksikan majlis sebagai tetamu khas.

                                                                     

YBhg Profesor Dato’ Ts Dr Sharifudin Md Shaarani (kanan), dan YBhg Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim.
=========================================================================

Majlis berkenaan turut diisi dengan tayangan video tanggungjawab sosial korporat (CSR) USIM, video Infaq Kasih 2024, penyampaian token bagi rakan-rakan kerjasama CSR, menandatangani plak antara Dato’ Sri Dr Irmohizam dengan Dato’ Ts Dr Sharifuddin, diakhiri prebiu Ramadan, dan makan tengah hari di Legar, WTCKL.

 

Mengenai Infaq Kasih untuk Syawal 1446/2025, pihak media diberitahu bahawa penganjur memfokuskan kepada golongan miskin bandar yang mendiami Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Mereka akan diraikan dalam majlis iftar khas pada 21 Mac 2025, iaitu kira-kira seminggu menjelang Syawal, di WTCKL.

 

Dalam hal menu Ramadan WTCKL pula, setiap hidangan yang disajikan diutamakan dengan kualiti dan cita rasa yang unggul. Justeru, WTCKL dengan bangga mempersembahkan kehebatan pasukan kulinarinya, yang diketuai Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, bagi menyajikan hidangan istimewa yang pastinya akan membuka selera untuk berbuka puasa.

 

WTCKL menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini, dengan lima rotasi menu berkonsepkan juadah tradisi kampung dengan keunikan kepelbagaian citarasa Malaysia.



  

Seleksi menu menampilkan ikan patin tempoyak; gulai udang; daging rendang minang; kambing goreng berempah; ketam masak Kam Heong; gulai kawah daging; lala dan kerang masak sambal; kupang goreng lada hitam, dan sotong sambal petai.

 

Terdapat juga 16 gerai yang menghidangkan aneka juadah berbuka puasa merangkumi aneka sup berempah, aneka kerabu, kambing panggang, masakan barat, rojak, apam balik, kudapan, dan pelbagai jenis minuman.

 

Tidak dilupakan hidangan paling popular WTCKL yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia, iaitu bubur lambuk istimewa WTCKL.

 

Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati menampilkan Nasi Kandar Saddam yang cukup popular di Kuala Lumpur. Ia menjadi sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan ayam goreng bawang, dan daging masak hitam yang menyelerakan, dihidang bersama-sama telur rebus, dan sayur pilihan. Selain itu, menu istimewa dengan Nasi Mandy dan Kunafa dari Restoran Mandy Al Yemen.

 

Harga bufet Ramadan dengan promosi Early Bird akan dijual pada harga RM118 nett seorang, manakala harga asal bufet ramadan Laman Tradisi adalah RM148 nett seorang. Bagi warga emas dan kanak-kanak harga standard, iaitu RM85 nett seorang.

 

Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari Restoran Riverside, atau hubungi talian 03 2614 6701/6702, ataupun klik pada pautan berikut https://riverside.wtckl.com/.

 

Jika anda merancang untuk berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menawarkan pilihan pakej berbuka puasa korporat untuk dewan banquet.

 

Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, sistem pembesar suara, dan skrin LED. Harga bermula RM158 nett dengan minimum 200 pek.

 

Paling istimewa, WTCKL menyediakan kemudahan ruang solat yang besar dan selesa di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta imam yang mengetuai solat jemaah maghrib, isyak dan tarawih.

 

Sebagai kemudahan tambahan, caj tempat letak kereta semasa Ramadan dikenakan pada kadar rata RM5 nett untuk kemasukan selepas jam 5 petang.

                                        

Raikan Ramadan Lestari Bersama WTCKL Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih lestari dengan Tiffin Carrier WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala saiz besar berdimensi 16 sentimeter pada harga RM79.

 

Setiap tahun WTCKL turut mempunyai edisi terhad yang juga bersaiz 12 sentimeter pada harga RM69 sahaja. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan bufet Ramadan kami selepas waktu berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur.

 

Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu siri Generic, siri Ramadan, dan siri Batik.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Hadi Wahab menerusi talian 012-7890129 WTCKL hadi@wtckl.com, atau Syalikha, Penolong Pengurus Komunikasi Pemasaran WTCKL menerusi talian 017-3393583 syalikhawtckl.com, www.worldtradecenterkl.com

                                                                                                                                        

                                      


WTCKL merupakan Ahli Akreditasi Premier World Trade Centers Association (WTCA) vang merupakan pusat Acara Perniagaan terkemuka Malaysia.

 

Terletak di kawasan strategik di Kuala Lumpur, WTCKL menawarkan kemudahan tanpa tandingan yang direka khas bagi hubungan global dan kemajuan ekonomi. Infrastruktur modennya termasuk dewan pameran yang luas, bilik persidangan yang serba guna serta pejabat yang mempunyai khidmat moden, memenuhi pelbagai keperluan perniagaan dan mendorong inovasi.

 

Selain kemudahan fizikal, WTCKL menyediakan perkhidmatan perdagangan menyeluruh yang merangkumi perhubungan perniagaan dan acara rangkaian, semua bertujuan untuk meningkatkan hubungan perniagaan global dan memacu pertumbuhan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldtradecenterkl.com.


- disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN