SASTERA BUDAYA

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL

Pada 2009, Les’ Copaque Production telah mencipta satu fenomena apabila filem animasi tiga dimensi (3D) pertama Malaysia mencecah kutipan yang sangat membanggakan di pawagam. Selepas sedekad, syarikat animasi nombor satu Malaysia ini akan memasarkan filem 3D animasi keduanya, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.  Filem arahan Ahmad Razuri Roseli, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Adam Amiruddin yang dihasilkan dalam masa lima tahun, serta menelan kos biaya RM20 juta ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 21 Mac 2019.
Kos penerbitan tersebut menggunakan sepenuhnya kepakaran anak tempatan. Oleh itu, diharapkan ia akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi, setanding dengan karya-karya antarabangsa. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga kerana siri Upin & Ipin sendiri diminati kanak-kanak, ibu bapa sehingga datuk dan nenek.
Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menampilkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama-sama kawa-kawan mereka ke sebuah kerajaan dongeng, Inderaloka. Mereka akan bertemu dengan pelbagai watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang.
Penonton boleh menghimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak, dan melihat cerita dongeng Nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebilah keris Melayu yang benar-benar wujud, dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.
Lebih menarik, filem ini menampilkan dua lagu runut bunyi asal yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi. Tunggu pelancarannya di saluran YouTube Les’ Copaque Production tidak lama lagi.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ditaja oleh Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPH), edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, serta disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC), dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 21 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mohd Zarin Abdul Karim (012 2399327) zarin@lescopaque.com
Nurulhuda Sharabuddin (012 3880571) nurulhuda@lescopaque.com
    


No comments:

Powered by Blogger.