POLITIK
MANSUHKAN SOSMA SEKARANG
Forum ‘Siapa Pengganas & Potensi Salah Guna Kuasa’ di
Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 9 Februari lalu bertujuan memberi
kesedaran kepada orang ramai mengenai undang-undang negara yang zalim, dan
tidak berperikemanusiaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah
digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
(SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 (POCA), dan
Akta Pencegahan Keganasan 2002 (POTA).
Anjuran bersama Mansuh AKTA SOSMA, POCA & POTA, Suara
Rakyat Malaysia (SUARAM), dan Pejabat Ahli Parlimen Petaling Jaya, forum
tersebut dijayakan oleh Dato’ Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin;
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib; Ahli Parlimen Petaling
Jaya, Maria Chin Abdullah; dan peguam hak asasi, Syahredzan Johan sebagai ahli
panel. Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli bertindak sebagai pemudah cara.
Saari Sungib (atau lebih mesra dengan
panggilan Pak Abu:
·
ditahan di bawah ISA pada 1998.
·
menurut beliau, pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menakut-nakutkan mangsa terlebih dahulu sebelum menahan.
·
mereka menimbulkan perasaan tidak selesa pada
bakal mangsa. Kawasan rumah dihampiri setiap hari menjelang penahanan. Mood kawasan rumah dan kejiranan
ditanamkan dengan ketakutan.
·
ternyata taktik zaman komunis tersebut masih
digunakan.
·
akhirnya, setelah beliau ditahan, jiran-jiran
terkejut kerana memang tidak menyangka.
·
betapa beliau ditengking dalam tahanan sehingga
mengalami trauma.
·
ditahan ketika isterinya hamil anak ketujuh,
beliau dianggap sebagai pengganas Malaysia.
·
dalam tahanan, diminta berbogel, tetapi membantah
kerana tahu cara itu bertujuan merendahkan semangatnya, dan menjatuhkan
maruahnya.
·
dibebaskan selepas ditahan 10 hari. Ketika
dapat melihat semula langit biru dan pepohon hijau, beliau masih terkejut
kerana ada orang Melayu Islam yang sanggup mengugut/menyeksa orang Melayu Islam
lain.
·
suatu hal yang tidak dapat dilupakan oleh beliau
selama berada di Kem Tahanan Kamunting itu ialah bau. Beliau tanpa berselindung
mengakui amat membenci bau tersebut.
·
beliau dapat menghidu bau yang selama ini
tidak dihiraukannya. Malangnya, bau itu tidak menyenangkan (bau dalam diri)
sehingga menghilangkan kewarasan – tiada penghayatan dalam solat – bingung
dengan solat yang didirikan, subuh misalnya, tidak pasti subuh hari ini atau
semalam.
·
pegawai cawangan khas (SB) mengugutnya untuk
menyula dengan kayu jika tidak membuat pengakuan – menyebut seolah-olah sedemikianlah
perbuatan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
·
walau bagaimanapun, beliau agak kecewa kerana
SOSMA masih ada selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan
negara.
·
bagi beliau, BN ‘bijak’ menggunakan ISA – ia
memanipulasikannya – sehingga ada tahanan yang gembira kerana setiap petang
boleh bermain bola sepak. Ada juga yang dapat ‘padanan perniagaan’ sehingga
berniaga selepas dibebaskan. ‘Cara’ yang digunakan telah membuahkan rasa
‘rindu’ dalam kalangan tahanan – baru empat jam tidak disoal siasat oleh
pegawai SB, tahanan sudah ‘kerinduan’.
·
walau bagaimanapun, beliau tidak sedemikian,
sebaliknya menggubal undang-undang sendiri, iaitu ‘jangan percaya pada pegawai
SB’, dan ‘tidak pernah percaya pada pegawai SB’.
·
beliau setakat ini memegang rekod dunia
kerana merupakan tahanan penjara paling banyak menulis buku dalam tahanan. –
lapan buku. Justeru, PDRM tidak mahu menahan beliau lebih lama lagi kerana ‘malu’
– jika ditahan lagi, mungkin beliau akan menulis 20 buku pula!
·
beliau turut menyatakan semasa dalam tahanan
ISA menyimpan hasrat mahu menjadi Ketua Polis Negara. Meskipun dipertikai
kerana perlu menjalani latihan pesat/giat sedangkan usia sudah meningkat, beliau
tetap bersemangat kerana mahu melakukan perubahan dalam pasukan PDRM. Kata beliau,
sikap pegawai SB amat mengejutkan, dan mengecewakannya.
·
beliau berharap rakan-rakan PH di Dewan
Undangan Negeri Selangor dan di Parlimen amat memahami kezaliman ISA/SOSMA,
lantas menolaknya dengan tanpa sebarang alasan/syarat.
Dato’ Dr Mohd Asri Zainul
Abidin atau biasa dipanggil Dr MAZA:
·
menegaskan hanya Allah SWT sahaja yang adil.
Bukan setakat adil, tetapi maha adil dan maha mengetahui.
·
beliau turut mengenang jasa Pak Abu kerana
pernah menguatkan semangatnya ketika ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.
·
Keadilan, tambah beliau, ialah asas yang
perlu untuk manusia. Ia soal asas yang turut membantu kaedah pengurusan
kehidupan manusia.
·
mengenai penghakiman, beliau menegaskan hakim
pun tidak dapat mengetahui salah atau benar manusia yang dibicarakannya. Hakim,
tambah beliau, mesti menghukum berdasarkan bukti walaupun (sekiranya) tahu/pasti
si tertuduh bersalah.
·
beliau turut mengingatkan kerajaan PH agar
membuat semak dan imbang (check and
balance) dalam hal menggunakan kuasa. Beliau merujuk hal menangani
keganasan/pengganas.
·
beliau berharap dan menegaskan agar setiap
saksi diteliti jika mahu mereka profesional. Tambah beliau, kita tidak boleh
menafikan ramai anggota polis yang baik. Telah banyak, katanya, kerja yang PDRM
lakukan untuk keselamatan rakyat. Sehubungan itu, beliau turut menarik
perhatian bahawa kehidupan kita bukan di balai polis sahaja.
·
beliau juga menarik perhatian dengan
mengatakan pengganas memang wujud walaupun definisi tepat mengenainya masih
belum ada. Kata beliau, ada pihak yang menganggap mereka yang tidak membaca doa
qunut dalam solat fardu subuh ialah pengganas. Itu kes berat.
·
keganasan tidak mengira/mengenali siapa.
Pelabelan memang telah menjadi budaya dalam masyarakat kita.
·
walau bagamanapun, definisi yang tepat
mengenai pengganas perlu diberikan. Meskipun kamus Oxford telah memberikan definisi, namun demikian, ia seperti tidak
dihiraukan.
·
beliau kesal kerana ketua pengganas/pihak
Zionis Yahudi Israel menerima pengiktirafan Hadiah Nobel untuk keamanan dunia.
Hal sedemikian disebabkan oleh pengertian pengganas berada di tangan pemberi
anugerah/penyokong pengganas itu.
·
tambah beliau, Tun Dr Mahathir, semasa
menjadi Perdana Menteri keempat pernah menggesa agar definisi pengganas yang
tepat diberikan.
Maria Chin:
·
ditahan kerana menganjurkan perhimpunan Gabungan
Menuntut Pilihan Raya yang Adil dan Bersih (Bersih) 5 pada 19 November 2016.
·
Katanya, beliau diberitahu oleh kerajaan Umno/Barisan
Nasional (BN) bahawa SOSMA boleh juga diguna pakai untuk menahan pemimpin
politik.
·
antara sebab SOSMA bukan untuk pengganas
sahaja, jelas Maria, ialah kerajaan Umno/BN mahu menyekat individu yang ia tidak
senangi/setujui/dianggap mengancam/menggugat mereka – bukan ahli politik
sahaja.
·
tegas beliau, rakyat negara ini perlu
mendapat perbicaraan yang adil. Mereka boleh ditahan, tetapi jangan diseksa
mental dan fizikal.
·
ketika ditanya apakah usaha pihak beliau
dalam menangani keganasan dan pemansuhan SOSMA, Maria tidak menolak
tanggungjawab tersebut.
·
beliau turut menarik perhatian kita pada Mac
depan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Yui Keong yang
menangani undang-undang negara akan memansuhkan beberapa akta/undang-undang
tidak wajar.
·
beliau berharap SOSMA antara akta/undang-undang
yang akan dimansuhkan itu.
·
walau bagaimanapun, beliau berpendapat kempen
mendesak mansuhkan SOSMA perlu digiatkan dari sekarang. Masa sudah suntuk
kerana menjelang Mac nanti, mungkin menteri berkenaan telah membuat keputusan.
·
dalam hal ini, tidak salah jika ada yang
berpendapat forum tersebut sudah lewat. Sepatutnya ia diadakan pada November
tahun lalu. Sementelah pula semua orang sibuk dengan Malaysia Baharu, dan
mantan Perdana Menteri yang asyik berulang-alik ke ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
·
setelah ditanya, pihak penganjur menjelaskan
forum tersebut amat memerlukan kehadiran Dr Maza, dan pakar rujuk agama itu
memberitahu beliau berkelapangan pada Februari 2019, khususnya pada 9 Februari
tersebut.
·
namun begitu, Maria tidak menolak hakikat
bukan semua ahli Parlimen memikirkan hal SOSMA, terutama yang telah sibuk
dengan tugas sebagai menteri (yang tidak berkaitan dengan undang-undang).
Syahredzan Johan:
·
beliau menegaskan SOSMA tidak sesuai
dibandingkan dengan ISA. Katanya, SOSMA lebih wajar dibandingkan dengan POCA,
dan POTA. Ini kerana SOSMA tidak memperuntukkan tempoh tahanan tanpa bicara. Ia
hanya mengenai kesalahan keselamatan, seperti memerangi Yang di-Pertuan Agong
oleh kumpulan al-Maunah, dan mensabotaj ekonomi negara, misalnya
1MalaysianDevelopment Berhad (1MDB).
·
masalah SOSMA, jelas beliau, ialah penahanan
selama 28 hari. Memang, tambah beliau, di negara lain pun ada hal tersebut,
misalnya United Kingdom (UK). N
·
namun demikian, di UK tuduhan dikemukakan di
mahkamah terlebih dahulu, sedangkan di Malaysia, PDRM mempunyai kuasa sendiri.
·
di negara ini, dalam tempoh 28 hari itu,
tahanan diseksa sehingga terpaksa mengaku. Beliau memahami tahap seksaan
tersebut sehingga mengaku kalau dirinya yang terkena, hanya selepas dua hari
beliau akan membuat pengakuan.
·
tahanan SOSMA juga, tambah beliau, tidak
dapat diikat jamin. Walau bagaimanapun, yang dituduh mencuri RM2.6 bilion boleh
diikat jamin, bebas dan semakin popular pula dengan slogan ‘Apa Nak Malu Bosku’
dan kini, ‘Bukan Besha-besha’ (Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak) pula.
·
tahanan yang telah bebas pula masih dalam
tahanan. Hal tersebut memang pelik dan tidak wajar, tegas beliau kerana selepas
ditahan tanpa bicara, dan setelah dibebaskan, masih lagi ditahan. Siapa yang
akan memberikan semula masa tahanan yang terbuang?
·
jika dibicarakan, perbicaraan SOSMA berat
sebelah. Saksi pula terlindung. Si tertuduh dan peguam tidak mengetahui saksi
tersebut. Mereka terpaksa menerima meskipun tidak melihat wajah, apatah lagi
mengenalinya.
·
yang paling zalim, kata beliau, ialah
mengikut Seksyen 18A, apa sahaja yang dikatakan/disebut oleh mereka boleh
didengari. Jika PDRM sendiri pun diterima juga.
·
menurut beliau, asas yang paling utama dalam
sekolah undang-undang ialah seseorang itu perlu dibicarakan dengan adil. Jadi,
tegas beliau, SOSMA perlu dimansuhkan.
·
beliau turut mengingatkan bahawa rakyat perlu
berhati-hati dengan tuntutan janji dalam manifesto PRU14 PH (Buku Harapan).
Katanya, pemimpin PH menyebut untuk menghapuskan peruntukan-peruntukan zalim
dalam undang-undang seperti SOSMA. Jika sedemikian, ertinya janji telah
ditunaikan.
·
cuma, untuk tuntas dan lebih difahami oleh
rakyat, SOSMA perlu dihapuskan terus. Itu yang rakyat perlu tuntut. Memang
timbul persoalan mengapa kerajaan PH masih tidak menghapuskan akta pengganti
ISA itu.
·
beliau bertanya mengapa negara lain boleh
mempunyai undang-undang yang khas untuk menangani keganasan. Kata beliau, forum
yang diadakan bagus. Walau bagaimanapun, hebahan dan capaian yang lebih luas
diperlukan.
·
penganjur, kata beliau, perlu mencuba untuk
membawa forum mengenai keganasan ke siaran Astro Awani agar ia lebih meluas, dan
menjadi perbincangan umum.
·
kebanyakan yang menghadiri forum ialah ahli
keluarga mangsa ISA/SOSMA, bukan rakyat massa. Pihak media juga tidak ramai
yang hadir.
No comments: