SASTERA BUDAYA
DARI SMULE, KHAI BAHAR KE PENTAS DUNIA IB
KEJAYAAN demi kejayaan yang dicapai oleh
penyanyi muda popular, Khai Bahar atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin
(dilahirkan pada 28 Februari 1994) di sepanjang tiga tahun penglibatan sebagai
anak seni dianggap pencapaian terbaik dirinya.
Bukan hanya
cemerlang menerusi deretan anugerah yang dimenangi, malah Khai berjaya
meletakkan dirinya sebagai pelapis penyanyi tanah air sedia ada/sekarang.
Khai mula
dikenali selepas nyanyiannya menerusi lagu ‘Sudah Ku Tahu’ dari Projector Band
di aplikasi smule menjadi tular.
Bermula dari
aplikasi itu, nama Khai Bahar terus meniti di bibir peminat di persada hiburan
tanah air. Khai juga tidak menoleh ke belakang lagi menerusi 28 anugerah, dan
pengiktirafan yang diraihnya dalam bidang seni ketika ini.
Antaranya
termasuklah kategori Lagu Paling Popular (lagu ‘Bayang’) dan Artis Paling
Popular, Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura pada hujung tahun lalu.
Selain itu,
Khai memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Artis Baru Popular, Anugerah
Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, dan Artis Baru Meletop, Anugerah Meletop ERA
2017.
Single sulung Khai, ‘Bayang’ berjaya mara
ke acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL), dan lagu ‘Luluh’ ke AJL
ke-33. Penyanyi kacak ini juga bertuah kerana selalu mendapat sokongan peminat
setia hinggakan setiap single yang
dikeluarkan ‘laku keras’.
Khai tidak
hanya menghasilkan lagu berkonsep cinta lelaki-wanita. Dia turut mencipta lagu
baharu, ‘Ratuku’ yang bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai untuk
membantu para penghidap sakit buah pinggang.
Terbaharu,
Khai dipilih oleh Istana Budaya (IB) membuat persembahan pentas buat kali
pertama di bawah penganjuran produksi Ogy Ventures, milik pengarah dan pelakon
handalan terkenal tanah air, Fauziah Ahmad Daud.
Pihak IB
sendiri melihat penyanyi popular kelahiran Kangar, Perlis ini berpotensi
sebagai pelapis kepada penyanyi lelaki terbaik negara sekarang.
Khai akan
muncul dalam ‘Konsert Khai Bahar: Dari Smule
ke Pentas Dunia’ pada 27 dan 28 Mac 2020 . Konsert berdurasi hampir dua jam itu
akan memuatkan 20 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu Khai sendiri, dan medley.
Menariknya,
turut diadakan peraduan merakam video paling kreatif SAYA SAYANG KHAI KERANA…
tidak melebihi 15 saat. Pemenang akan dipanggil berada di pentas Panggung Sari,
IB dan akan dihiburkan oleh Khai. Tarikh tutup penyertaan ialah 20 Mac 2020.
Harga tiket
boleh didapati di www.airasiaredtix.com bermula dengan harga RM86, RM116,
RM236, RM276, RM296, RM366, RM446, dan RM556 (Gold). Mereka yang membeli tiket
berharga RM556 berpeluang bertemu, dan mengabadikan kenangan bersama-sama Khai
selepas konsert.
TIM PRODUKSI
Penerbit
Ekselutif FAUZIAH AHMAD DAUD
Pengurus
Projek MOHD SHAHIR SULAIMAN
Penerbit
MUHAMMAD AL-HAFIZ MOHD ZAM
Pengarah
TAUFIK IBRAHIM (PAT IBRAHIM)
Pengurus
Produksi ATIQAH AISYAH AHMAD LAILI
Pengarah
Muzik SAIFUL RIDZUAN SHARAFUDDIN
Pengarah
Teknikal ADAM SOFIAN MAZLAN
Jurulatih Vokal
ABDUL MUTALIB NAHAR (ADEEP NAHAR)
Muhammad Khairul Baharuddin atau lebih dikenali
sebagai Khai Bahar, penyanyi tanah air yang mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran ‘King of Smule’ daripada para peminatnya.
Khai Bahar juga ada kumpulan penyokong yang ramai,
bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia, Singapura, Brunei, Hong
Kong, Taiwan, dan Thailand. Dalam tempoh tiga tahun bergelar anak seni, Khai telah
meraih 23 anugerah. Antaranya termasuklah Anugerah Meletop Era 2017, 2018 &
2019, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 & 2018, Anugerah Planet
Muzik 2017 & 2018, Top Hot Hot FM 2017, Era Digital Muzik Awards 2018 &
2019, MySC Breakthrough Awards (Male) 2019, serta Juara Perlumbaan Toyota Gazoo
Racing Season 2 (2018-2019).
Khai yang dilahirkan pada 28 Februari 1994 di Kampung
Padang Katong, Kangar, Perlis merupakan anak keempat daripada enam beradik. Ayahnya
pemandu teksi, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
Khai memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi busker/jalanan di Kuching Sarawak, di samping
kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya, serta lagu-lagu ciptaan sendiri
di Youtube Channel Muhamad Khairul
miliknya.
Sebelum bergelar penyanyi, Khai pernah dijemput untuk
membuat ‘opening act’ untuk penyanyi-penyanyi
popular. Namanya mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar
muzik Malaysia, dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di
aplikasi SMULE menjadi tular sekitar
awal 2016.
Antara lagu cover
nyanyian Khai yang menjadi perhatian ramai ialah lagu-lagu bernada tinggi Ziana
Zain, duet bersama Siti Nordiana, serta lagu dari kumpulan Projector Band,
iaitu ‘Sudah Ku Tahu’.
Pada 2016, Khai ditawarkan kontrak untuk bernaung di bawah
syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir tiga tahun sebagai penyanyi di
bawah label NAR Records dan sehingga artikel ini ditulis, dia sudah mempunyai
tujuh single, iaitu ‘Bayang’, ‘Dari
Jauh Saja’, ‘Sinar Syawal’, ‘Luluh’, ‘Cahaya 114’, ‘Jodohku’, ‘#123’, dan ‘Ratuku’.
Khai juga ada dua buah lagu duet yang berjudul ‘Rahsia
Kita’, dan ‘Cinta Syurga’. ‘Rahsia Kita’ ialah lagu duet dengan Fatin Husna
yang merupakan penyanyi wanita baharu di bawah NAR Records. ‘Cinta Syurga’ pula
lagu berbentuk zikir, gandingannya dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri
Siti Nurhaliza.
Khai mula dikenali menerusi aplikasi smule. Lagu pertama yang dinyanyikannya
di smule ialah ‘Flashlight’ oleh Jessy J pada 2015, disusuli lagu-lagu lain. Antara
lagu nyanyiannya yang mendapat perhatian ramai ialah ‘Sudah Ku Tahu’ (Projector
Band) & duet dengan Siti Nordiana, ‘Memori Berkasih’.
Selain bernyanyi di smule, Khai juga pernah melakukan ‘cover’ untuk lagu ‘Di Mana Hatimu’ oleh Papinka pada 2013. Khai
juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia, tetapi nasib tidak
menyebelahinya.
Khai juga mendapat liputan stesen televisyen
Indonesia, RCTI menerusi sebuah program hiburan, ‘Silet’. Dilabel sebagai nada
emas, Khai mendapat perhatian ‘Silet’ selepas video smulenya dengan lagu ‘Suara Hatiku’ (‘Ku Tak Akan Bersuara’),
nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada 1994 menjadi tular di Indonesia,
dan Malaysia pada 2016.
Menerusi ‘Silet’ itu juga, dua penyanyi Indonesia,
Soimah dan Nia Daniati memuji kemampuan suara Khai.
Khai turut mencuba nasib dalam industri seni di Indonesia
menerusi penglibatan dengan beberapa projek di sana.
Setakat ini, Khai mencapai kemuncak kejayaan apabila memenangi
gelaran Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, dua trofi pada
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 - masing-masing Artis Baharu Lelaki
Popular, dan Penyanyi Lelaki Popular.
Selain itu, dalam Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) di
Singapura, Khai juga menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular APM (‘Bayang’)
dan Artis Paling Popular. Seterusnya, memenangi Hot FM Top Hot 2017 menerusi
kategori Lagu Hot 2017 (‘Luluh’), Penyanyi Lelaki Hot 2017, dan FB Live Hot 2017
(bersama Wany Hasrita).
Terbaharu, Khai dipilih mengadakan konsert solo
meganya yang pertama di Istana Budaya, iaitu ‘Konsert Khai Bahar: Dari Smule ke Pentas Dunia’ pada 27 dan 28
Mac 2020 . Konsert berdurasi hampir dua jam itu akan memuatkan 20 buah lagu
yang terdiri daripada lagu-lagu Khai sendiri, dan medley.
No comments: