Anuar Zain muncul kembali.



MUZIK

 

 

 

ANUAR ZAIN KEMBALI KERANA AKU CINTA

 

 

SETELAH sekian lama menyepi yang antaranya kerana tiada lagu baharu, dan kekangan COVID-19, penyanyi kacak Anuar Zain akan menghiburkan para peminat semula pada 5 Mac nanti di Ipoh.

 

Adik kepada penyanyi popular Ziana Zain itu bakal menjayakan majlis Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (ICC bermula jam 8.30 malam.

 

Pada 25 Januari 2022 lalu telah berlangsung sidang media bagi majlis tersebut di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta itu anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dan Sycal Ventures Berhad, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Tourism Perak Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan beberapa agensi kerajaan lain.

 

Selain Anuar, turut menghadiri sidang media majlis berkenaan termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn Bhd, Ong Teng Boon dan isteri; Pengerusi Tourism Perak, Dato’ Kamil Dato’ Shafie, dan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid.

 

Menurut Ong, penganjuran Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bertujuan menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan, atau ‘frontliners’ yang terkorban ketika menjalankan tugas di sepanjang ancaman COVID-19, dan penggiat seni tempatan yang terkesan akibat wabak pandemik maut itu.

 

Dato’ Mohammad pula menjelaskan majlis makan malam amal tersebut bertujuan berhibur sambil beramal. Jemputan rasmi juga, tambah beliau, telah dipersembah kepada Paduka Seri Sultan Perak.

 

Dalam masa yang sama, tambah Mohammad, program seperti ini dapat menaikkan nama negeri Perak sebagai destinasi pilihan pelancong dalam, dan luar negara.

 

“Kami berharap dalam proses pemulihan ekonomi ini, industri pelancongan dan kesenian Perak akan dapat dipertingkat, di samping memperkenal IICC yang merupakan mercu tanda bagi negeri Perak, khususnya di bandar raya Ipoh dengan keluasan 32,000 kaki persegi di mata dunia,” jelas Mohammad lagi.

 

Selain membantu petugas barisan hadapan, dan  menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan COVID-19, majlis tersebut juga bertujuan mengembalikan kemeriahan industri muzik tanah air.

 

Sebagai penyanyi/penghibur untuk makan malam amal itu, Anuar yang juga ayah saudara penyanyi Ernie Zakri akan mendendangkan lagu-lagu popularnya diiringi petikan piano oleh Lee Sze Wan yang juga Pengarah Muzik.

 

Dalam majlis kira-kira 40 hingga 50 minit itu, Anuar juga akan menyanyikan lagu terbaharunya, Karena Aku Cinta.

 

Justeru, Ong mengharapkan para peminat Anuar khususnya akan datang menyokong majlis tersebut. Sementelah pula harga tiket berpatutan, sambil menikmati makan malam yang enak, dan dendangan merdu Anuar.

 

Harga tiket untuk menghadiri Makan Malam Amal Anuar Zain – Kerena Aku Cinta dijual dari harga RM230, RM280 dan RM380.

 

Sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh menghubungi atau WhatsApp talian 011-36088001, ataupun boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC.

 

 

No comments:

Powered by Blogger.