+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
FESYEN
CFAMT Kembali ke Malaysia Selepas 18 Tahun
KONGRES Persekutuan Tukang Jahit Master Asia ke-28 (28thCFAMT) akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 1 hingga 6 Ogos 2024, dengan tema ‘Menyatukan Gaya, Meraikan Kemahiran’.
Dengan penganjuran 28thCFAMT ini, ertinya acara tukang jahit unggulan Asia kembali ke Malaysia selepas 18 tahun mengangkat seni jahit tempahan, pertukaran kreativiti & kemahiran, ‘perubahan berterusan fesyen’ yang menampilkan pereka bentuk Malaysia, ‘mozek fesyen’ pertunjukan fesyen antarabangsa, & berjalan berbusana antarabangsa Kuala Lumpur.
Pengumuman mengenai penganjuran 28thCFAMT ini diumumkan oleh Persekutuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia (FTGM) dalam sidang media pada 27 Jun lalu di Kafe TRX City, Persiaran TRX Barat, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.
Acara berskala besar ini merupakan dedikasi untuk mempromosi kemahiran seni jahit tempahan, menggalakkan kerjasama dalam industri, dan menampilkan bakat-bakat menjahit ke peringkat antarabangsa.
Kongres ini menumpukan pada usaha menambah penaja, pempamer, dan perwakilan, menggalakkan dialog bermanfaat, dan menggiatkan inovasi. Selain itu, 28thCFAMT menjanjikan pelbagai manfaat, dan memperkaya pengalaman, menerusi beraneka program menarik, dari kelas master ke pertunjukan fesyen.
Keterujaan Presiden FTGM, Encik Sam Ng Teck Yau menjadi tuan rumah 28thCFAMT begitu ketara apabila mengatakan kongres ini mahu menampilkan kemahiran jahit tempahan, dan bakat-bakat menjahit.
“Disertai enam negara Eropah dan 10 negara Asia, dengan kira-kira 300 perwakilan, kami sangat gembira untuk mengetengah kemampuan mereka cipta, dan inovasi para pereka cipta negara kita ke mata dunia. Ia bukan hanya menghargai warisan berakar umbi seni jahit di seluruh Asia, tetapi juga bukti dedikasi kita bersama, untuk membawa kreativiti, dan kemahiran ke dalam industri,” katanya dalam sidang media itu.
Tambah Encik Sam, penganjuran 28thCFAMT juga mendapat kerjasama kerajaan Malaysia dalam usaha mempromosi kebaya, batik dan songket sebagai unsur budaya tradisional, dengan pertunjukan fesyen yang memperaga fesyen kebaya, batik dan songket, untuk membantu kerajaan mempromosi ‘perwatakan’ istimewa kebaya, batik dan songket kepada tetamu-tetamu luar negara.
Encik Sam Ng Teck Yau (dua dari kiri) bersama-sama Datuk Dickson Phang (paling kiri), serta Dato’ Yeoh Soon Hin, Dr Eyo Leng Yan, dan Cik Jay Ishak (tiga, empat dan lima dari kiri).
=========================================================================
“Kami juga membuat perancangan agar tetamu luar negara dapat menikmati daya penarik kebudayaan dan seni, dalam usaha membantu kerajaan mempromosi daya penarik pelancong, sebagaimana keunikan serta pelbagai seni dan kebudayaan, untuk menarik lebih ramai pelancong asing melawat Malaysia,” katanya lagi.
Sidang media itu turut dihadiri wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), dan Tourism Malaysia, serta lain-lain yang diharap oleh Sam dapat memberikan sokongan padu.
Mereka termasuklah Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara, YBhg Dr Eyo Leng Yan; Penasihat FTGM, YBhg Datuk Dickson Phang, dan rakan kongsi merangkap Presiden Persatuan Pereka Bentuk Rasmi Malaysia (MODA), Cik Jay Ishak.
Sam turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penaja, MOTAC, Tourism Malaysia, Drago Lanificio in Biella, YKK Malaysia, Smart Master, Holland & Sherry, VBC, Paladino, NJB Trading, Scabal, Bagento’s Bespoke, Buttega Tesutti, Sharp Malaysia, Kim Lee, Nazrin Shah Tailor, dan MODA.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi, Lembaga Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia, YBhg Dato’ Yeoh Soon Hin, dalam ucapannya menggesa FTGM memanfaatkan platform 28thCFAMT untuk mencetus kemungkinan mewujudkan ‘Hab Fesyen & Reka Bentuk’ di Malaysia.
“Berjaya mewujudkannya di Malaysia, bererti mewujudkan sebuah lagi platform bagi industri reka bentuk Malaysia mengembangkan pasarannya, dan mengangkat profil industri reka bentuk fesyen negara. Ini adalah batu loncatan yang sangat bagus,” tegas Dato’ Yeoh.
Lebih penting, jika hab baharu ini dapat berhubung dengan sektor pendidikan, kebudayaan dan pelancongan, ia tidak hanya muncul sebagai daya penarik pelancong dan produk untuk Malaysia, tetapi juga menarik lebih ramai pelancong, terutamanya para penggemar tegar fesyen mengunjungi negara kita sebagai pelancong dan pengguna, selain mewujudkan produk baharu bagi pendidikan Malaysia.
Encik Sam Ng Teck Yau, Dato’ Yeoh Soon Hin, Dr Eyo Leng Yan, dan Cik Jay Ishak bersama-sama sebahagian daripada tukang jahit yang terbabit dengan 28thCFAMT.
Dr Eyo Leng Yan (dua dari kanan) menyampaikan ucapan alu-aluan beliau sebagai wakil pihak Kerajaan Malaysia.
=======================================================================
Peserta 28thCFAMT, Pertunjukan Fesyen Pereka Bentuk Terkenal Malaysia, Pertunjukan Fesyen Antrabangsa, dan Berjalan Berbusana Antarabangsa Kuala Lumpur memberikan tanggapan dan peluang berharga untuk memajukan perhubungan baharu, serta platform bagi pertunjukan tawarkan kepada audiens antarabangsa. Bersama-sama menjayakan kerjasama, menggalakkan inovasi, dan meraikan kesenian seni jahit tempahan.
Secara terperincinya, 13 perwakilan dari bukan Asia merangkumi Itali, England, Trinidad & Tobago, dan Mauritius. Sementara 200 lagi dari negara Asia, iaitu Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam, dan Emeriah Arab Bersatu.
Malaysia sebagai tuan rumah, diwakili 87 peserta.
Acara-acara di sepanjang 28thCFAMT:
Pada 2 dan 3
Ogos 2024, YBrs Professor Andrew M Ramroop OBE, dari Akademi Tukang Jahit
Tempahan Savile Row, akan menyampaikan ceramah eksklusif Master Classes, menetapkan
petanda aras baharu, dalam ketelitian, dan kesenian dalam kemahiran.
Pada 3 Ogos
2024, jam 6 petang-7.30 malam, diadakan Pertunjukan Fesyen Pereka Bentuk
Terkenal Malaysia ‘Aliran Fesyen’ yang akan tampil sebagai platform utama bagi
para graduan baharu beberapa institusi, termasuk Raffles, INTI, kolej
vokasional untuk menunjukkan rekaan inovatif mereka. Menampilkan 10 pereka
bentuk, dan 40 paparan halus mulus, pertunjukan ini membayangkan pertemuan
bakat dan kreativiti.
Pada 4 Ogos
2024, jam 5 petang hingga 7 malam pula, akan berlangsung Pertunjukan Fesyen
Antarabangsa ‘Mozek Fesyen’ di pentas utama Pusat Konvensyen HGH, menampilkan
contoh hasil kerja 30 pereka bentuk dari Asia Master Tailors, dan MODA. Dengan
162 paparan kraf indah, pertunjukan ini menonjolkan mercu kecemerlangan fesyen
tempahan.
Pada 5 Ogos
2024, jam 4 hingga 6.30 petang, Berjalan Berbusana Antarabangsa Kuala Lumpur,
akan menjadi perjalanan kenangan dari Grand Hyatt Kuala Lumpur ke Pavillion
Kuala Lumpur. Dengan 500 peserta dan 20 pencetus idea, idea ini bertujuan
membentuk batu loncatan baharu dalam sejarah Buku Rekod Malaysia.
Sementara itu, MOTAC dan Tourism Malaysia sedang
dalam persiapan menganjurkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang
merangkumi kerjasama dengan sektor swasta untuk mewujudkan daya tarikan dan
produk pelancongan yang baharu, serta mengalu-alukan masukan bernilai daripada
anda semua.
Pertama –
pertandingan Memotong Master Antarabangsa:
Encik Estie Wong
adalah Juara Kebangsaan kita mewakili Malaysia.
Kedua – pertandingan
Memotong Master Junior:
Encik Er Wei
Ming, 27 tahun adalah Juara Kebangsaan kita.
Ketiga –
pertandingan Jari Emas:
Encik Kok Keng.
Encik Nick, 22 tahun.
Keempat –
pertandingan Mannequin tiga kategori (Formal, Kreatif dan Tuxedo)
Untuk pendaftaran, sila hubungi:
• Nama:
Encik Sam Ng Teck Yau
• Jawatan:
Presiden Persekutuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia
• Nombor
telefon: +60102188812
• E-mel:
tailorguildmalaysia@gmail.com
Lawati laman sesawang rasmi https://fedtailorsguildsmy.com
untuk maklumat tambahan. Cari dan ikuti perkembangan semasa ke semasa Persatuan
Persekutuan Tukang Jahit Malaysia dalam Facebook,
dan Instagram.
Untuk pertanyaan pihak media, sila hubungi:
• Nama:
Encik Phang Chew Hock
• Jawatan:
Pegawai Perhubungan & Publisiti Media CFAMT 2024
• Nombor
telefon: 0123751541
• E-mel:
phangchewhock358@gmail.com
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: