PELANCONGAN
Layari MYTV Mana-Mana Sambil BerETS Kelas Perniagaan
PADA 12 November lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersama-sama MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV), dan syarikat Bubbles 02 menjalinkan kerjasama strategik dengan menawarkan pengalaman baharu dalam perkhidmatan tren elektrik (ETS) di koc Kelas Perniagaan.
Kerjasama strategik itu menampilkan Nilai Tambah Baharu di Koc Kelas Perniagaan Saluran TV, Radio, Hiburan Interaktif, dan Air Mineral Beroksigen Semula Jadi Bubbles 02.
Pelancaran kesemuanya telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohd Zain Mat Taha, Ketua Pegawai Operasi KTMB; YBrs Encik Mohamad Helmi Harith, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MYTV; dan YBrs Encik Ariffin Marzuki, Pengerusi Bubbles 02 Sdn Bhd, di KL Sentral pada tarikh yang sama.
Dengan kerjasama ini, MYTV, iaitu syarikat penyedia infrastruktur penyiaran TV digital percuma negara melalui aplikasi MYTV Mana-Mana, memperkenal saluran TV dan radio, serta hiburan interaktif dan eksklusif dalam sistem Visual On Demand (VOD), sementara Bubbles 02, merupakan syarikat tempatan yang semakin berkembang pada peringkat antarabangsa membekalkan air mineral beroksigen semula jadi.
Menurut Encik Mohd Zain, penumpang perkhidmatan tren ETS Kelas Perniagaan kini boleh melayari saluran TV, atau radio yang terdapat di rangkaian MYTV Mana-Mana secara percuma, sambil menikmati kesegaran air mineral beroksigen tinggi, bersama-sama sajian makanan di sepanjang tempoh kerjasama ini.
Pengguna ETS kos kelas perniagaan, jelas beliau, telah merekodkan sejumlah 625,113 penumpang sejak ia diperkenal pada Oktober 2019.
“Kerjasama strategik sebegini dapat memberi nilai tambah bagi meningkatkan keselesaan, dan kepuasan para penumpang, seterusnya memberikan pengalaman perjalanan yang lebih berkualiti,” tambah Mohd Zain.
Secara tidak langsung, kata beliau lagi dalam ucapannya, ia juga meningkatkan penjenamaan ETS untuk lebih dikenali di persada kebangsaan dan antarabangsa.
“Sejajar dengan hasrat Kerajaan menyediakan akses meluas kepada saluran TV digital tempatan, dan antarabangsa secara percuma, MYTV kini mengorak langkah dengan mengintegrasi perkhidmatan siaran aplikasi MTTV Mana-Mana dalam perkhidmatan KTMB,” ujar beliau.
Sejak dilancarkan pada Julai 2023, aplikasi MYTV Mana-Mana telah mencapai lebih 480,000 kali dimuat turun, dan ditonton oleh lebih 180,000 pengguna aktif sebulan.
Encik Mohd Zain Mat Taha (empat dari kanan) bersama-sama Encik Ariffin Marzuki, Encik Syaffandi Shahrom serta kakitangan KTMB, dan rakan kerjasama.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Antara
ciri menarik aplikasi MYTV Mana-Mana adalah penonton dapat mengakses semula
saluran TV, atau kandungan kegemaran mereka bagi tempoh sehingga seminggu yang
lalu,” ujar Zain lagi.
Secara
keseluruhan, dan kesimpulannya, KTMB yakin inisiatif ini akan mempertingkat
keselesaan, serta nilai perkhidmatan kepada para penumpang, sekali gus
mencerminkan komitmen KTMB dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat
Malaysia.
Sementara
itu, YBrs Cik Ain Azizah, Pengarah Urusan Bubbles 02 yang turut hadir
menegaskan kerjasama dengan KTMB adalah peluang yang berharga untuk syarikatnya
memperkenal Bubbles 02 kepada rakyat Malaysia.
“Untuk
semua rakyat Malaysia, khususnya mereka yang menghargai kesegaran, dan manfaat
kesihatan yang ditawarkan oleh air mineral beroksigen tinggi kami. Inisiatif
ini selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan produk berkualiti yang
menyokong gaya hidup aktif, dan sihat,” tambah beliau.
- - disesuaikan untuk siaran
oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: