FILEM
YBhg Datuk Bahria Mohd Tamil (dua dari kanan) menyempurnakan pelancaran Festival Filem Malaysia ke-35 pada 28 Julai 2026.
Festival
Filem Malaysia ke-35 dengan Tema ‘Spektrum Sinema’
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi melancarkan siri Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) pada 28 Julai lalu, di ScreenX Hall, Aurum Theatre, The Exchange TRX.
Pelancaran
FFM35 disempurnakan oleh YBhg Datuk Bahria Mohd Tamil,
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif,
Kementerian Komunikasi, mewakili YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi
yang tidak dapat hadir.
FFM35
merupakan kesinambungan platform pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap
kecemerlangan, mutu, serta profesionalisme pencapaian penggiat industri filem
tempatan.
Dalam
ucapan pengumumannya dalam majlis sidang media sebelum pelancaran FFM35 itu, YBhg.
Dato' Hans Isaac, Pengerusi FINAS berkata, tema yang diangkat untuk festival
kali ini, iaitu ‘Spektrum Sinema’ melambangkan kepelbagaian warna, perspektif,
idea, dan kreativiti dunia perfileman tanah air.
“Tema
ini mencerminkan keluasan ekspresi seni merangkumi pelbagai genre, budaya,
teknologi, serta bakat tempatan, sekali gus memperkukuh industri filem sebagai
medium perpaduan nasional, dan memartabatkan karya tempatan ke peringkat
antarabangsa,” ujarnya.
Tambah
Dato’ Hans, Kemuncak Malam Anugerah FFM35 dijadualkan berlangsung pada 21
November 2026 di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), dan akan disiarkan secara
langsung menerusi TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar rasmi,
serta rakan strategik FFM35.
Bersama-sama para pendukung dan penaja Festival Filem Malaysia ke-35.
“Permohonan
penyertaan FFM35 dibuka secara rasmi kepada umum bermula 29 Julai 2026 hingga
11 Ogos 2026. Sebanyak 25 kategori dipertanding merangkumi Filem Cereka, Filem
Pendek, dan Dokumentari,” katanya lagi.
Hans
turut memberitahu beberapa syarat utama kelayakan penyertaan FFM35. Antaranya adalah
Tempoh Kelayakan Tayangan, iaitu karya mestilah telah ditayangkan di platform
berkaitan dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026, dan belum pernah menyertai siri
FFM sebelum ini.
“Bagi
pengeluar filem, ia mestilah memegang Lesen Pengeluaran Filem FINAS yang sah
sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2026. Seterusnya, mengenai kelulusan
LPF, filem cereka dan dokumentari wajib mendapat kelulusan Lembaga Penapisan
Filem (LPF),” jelasnya.
Bagi
kewarganegaraan pula, tambah Hans, semua calon mestilah warganegara Malaysia,
atau bertaraf Pemastautin Tetap (PR).
“Akhir
sekali filem cereka, di mana FINAS mengalu-alukan 61 filem di bawah Skim Wajib
Tayang, serta filem cereka tempatan bukan Skim Wajib Tayang yang ditayangkan di
pawagam dalam tempoh kelayakan,” ujarnya.
Kesemua
25 kategori anugerah FFM35 bagi mengiktiraf bakat dalam dan luar tabir adalah Filem
Terbaik, Pengarah Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon
Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita
Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Pelakon Lelaki Harapan, Pelakon Wanita
Harapan, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting
Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi
Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Rekaan Busana/Kostum Terbaik, Kesan Khas Visual
Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Poster Terbaik, Dokumentari Terbaik, Filem
Pendek Terbaik, serta Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
Sebagai
peringatan, lima kategori anugerah khas tidak dipertanding pada edisi kali ini.
Pendaftaran dan borang penyertaan boleh diakses secara atas talian menerusi
pautan borang di laman web rasmi FFM.
Untuk
maklumat lanjut mengenai maklumat pertandingan, dan syarat penyertaan lengkap,
sila layari laman web rasmi FINAS di www.finas.gov.my, atau laman rasmi FFM di
ffm.finas.my.
Turut
hadir YBhg Dato' Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; YBhg
Dato’ Haji Afdlin Shauki, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia; Encik
Johan Cruyff @ Mohd Johari Md Nordin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) IB; YBhg
Datuk (Dr) Yusof Haslam, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd; Encik David
Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth; Encik Pansha, Presiden
Persatuan Penerbit Filem Malaysia; Kolonel Bersekutu Zed Zaidi, Presiden
SENIMAN; dan Puan Koh Mei Lee, CEO Golden Screen Cinemas Sdn Bhd.
-
disesuaikan untuk siaran oleh RAYUSA
Kredit
Foto: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia





No comments: