Pelakon Merqeen (dua dari kanan) turut menghadiri CIMB OCTOFest 2026 di LaLaport Bukit Bintang City Centre pada 31 Oktober lalu.


EKONOMI

 

CIMB OCTOFest Jana Peluang Jualan RM1.2 Juta untuk Perniagaan Terbabit

 

CIMB Bank Berhad (CIMB) telah mengadakan acara tahunan CIMB OCTOFest (OCTOFest) terbesarnya yang diperluas ke Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur menghimpunkan pelanggan, masyarakat dan perniagaan menerusi budaya tempatan, makanan, gaya hidup sihat dan muzik.

 

Festival yang dijalankan di Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di sepanjang Oktober itu mengukuhkan komitmen CIMB dalam mencipta pengalaman bermakna yang lebih mudah diakses kepada warga Malaysia.

 

Setakat ini, OCTOFest telah berjaya menarik 100,000 orang pengunjung, menyokong lebih 255 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), dan menjana peluang jualan sebanyak RM1.2 juta kepada perniagaan yang terlibat.


                                                                                                                                             


OCTOFest merealisasikan janji jenama CIMB, Membawa Anda ke Hadapan, sebagai platform untuk perniagaan tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke hadapan dengan keterlihatan yang lebih baik, memperkasakan komuniti, dan menghubungkan pelanggan dengan usahawan tempatan.

 

Menerusi kepelbagaian makanan tempatan, aktiviti gaya hidup sihat, pengalaman interaktif dan persembahan secara langsung oleh artis terkenal tempatan, OCTOFest menghimpunkan masyarakat, mencipta pengalaman bermakna yang mengukuhkan keterlibatan, dan memupuk hubungan yang berpanjangan.

 

YBrs Encik Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran CIMB, berkata pihaknya bermatlamat memajukan pelanggan, perniagaan dan masyarakat.


                                                                                                                                                         


“OCTOFest mencerminkan komitmen itu dengan mencipta hubungan bermakna antara masyarakat dengan perniagaan sambil membuka peluang kepada para usahawan tempatan untuk terus berkembang, dan mendapatkan pelanggan-pelanggan baharu.

 

“Tahun ini, kami memperluas OCTOFest di luar Lembah Kelang merentasi empat buah negeri untuk berada lebih dekat dengan pelanggan di luar ibu kota, menjadikannya festival terbesar CIMB setakat ini,” ujarnya.

 

Selain meraikan budaya tempatan, makanan, gaya hidup sihat dan muzik, OCTOFest, tambah Toni, menyediakan platform kepada perniagaan kecil tempatan untuk mengetengah produk, dan perkhidmatan mereka, mengembangkan lagi rangkaian pelanggan, dan memanfaatkan urus niaga digital.

                                            

 

“OCTOFest membuktikan bagaimana perniagaan, masyarakat dan pelanggan boleh disatukan untuk mencipta nilai bersama, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi inklusif,” ujarnya lagi.


                                                                             

Sebagai sebahagian daripada usahanya menyokong pertumbuhan ekonomi, CIMB menerapkan penyelesaian pembayaran digital untuk setiap peniaga terlibat, membolehkan mereka menerima pembayaran tanpa tunai dengan mudah sambil menyediakan pelanggan dengan pengalaman pembayaran yang lancar.

 

Pengadaptasian pembayaran digital lebih baik itu membantu perniagaan beroperasi dengan lebih berkesan, meluaskan capaian pelanggan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital secara lebih bermakna.

 

Memperkukuh komitmen dalam membantu perniagaan berkembang, CIMB memperkenal OCTO Collect, iaitu penyelesaian kutipan pembayaran bersepadu yang direka bagi memudahkan peniaga yang menggunakan pelbagai saluran jualan memulakan urusan kutipan pembayaran.

 

Menerusi pengalaman pembayaran yang disatukan dan integrasi tunggal Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API), OCTO Collect membolehkan peniaga menerima pembayaran melalui kad, FPX dan e-dompet, di samping memudahkan proses kutipan, dan pemprosesan pembayaran.


                                                

 

Platform ini turut dilengkapi papan pemuka jualan bersepadu yang memberikan gambaran masa nyata mengenai transaksi, dan pembayaran yang sedang diterima, sekali gus membantu peniaga menguruskan operasi perniagaan dengan lebih cekap.

 

Antara tarikh di sepanjang festival di empat buah bandar itu termasuklah persembahan secara langsung oleh ALPHA, OAG, Ruffedge, Blues Gang, Fynn Jamal, Scha Nuril, Sai, Vikram dan Danny Khoo; aktiviti gaya gidup sihat seperti sesi Zumba, larian santai dan HIIT bersama-sama personaliti terkenal tanah air Syafiq Kyle dan Meerqeen; serta kepelbagaian makanan tempatan, fesyen, wanigan dan produk-produk gaya hidup lain.


                                                                                                                                                                


OCTOFest turut menampilkan skrin OCTO gergasi sebagai tarikan utama “Misi Kebahagiaan”, iaitu aktivasi interaktif di mana pengunjung boleh melengkapkan misi-misi untuk berpeluang memenangi ganjaran misteri bernilai sehingga RM85,000.

 

Pengguna aplikasi CIMB OCTO (OCTO) juga turut diberi peluang menyertai misi itu secara dalam talian.

 

OCTOFest bermula di Pulau Andaman, Pulau Pinang dari 9 hingga 11 Oktober, diikuti KotaSAS, Kuantan (16-18 Oktober) dan Kota Jail, Johor Bahru (23-25 Oktober).


                                                                                 

                                               


OCTOFest melabuhkan tirainya di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, dari 30 Oktober hingga 1 November 2026. Merqeen turut hadir pada 31 Oktober.

 

Maklumat lanjut mengenai OCTOFest boleh diperoleh dengan mengunjungi https://www.cimb.com.my/cimboctofest.

 

CIMB memacu pengadaptasian pembayaran digital, dan memperkenal penyelesaian pembayaran baharu untuk pertumbuhan perniagaan dalam acara itu.

 

-          disesuaikan untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN


                                     

 

Kredit Foto: CIMB dan Rayusa

 


No comments:

Powered by Blogger.