SASTERA BUDAYA
ANAK-ANAK YATIM TERUS DIRAIKAN DALAM RAMADAN
PADA 7 Mei 2019 bersamaan dengan 2 Ramadan 1440
lalu, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur berkongsi keceriaan dalam menyambut
bulan Ramadan al-Mubarak yang mulia bersama-sama anak-anak dari Pusat Jagaan
Kasih Murni (PJKM), menerusi program ‘Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal’. Penganjuran
program tersebut sekali gus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan
‘Aroma D’AnCasa’.
‘Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal’ merupakan acara
tahunan AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang
kurang bernasib baik, sekali gus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan,
dan Syawal tidak lama lagi.
Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan, dan penajaan
rasmi Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk pengangkutan bagi mengambil, dan
menghantar anak-anak dari PJKM, serta bahan bacaan kanak-kanak dari Kumpulan
Media Krangkraf (KMK).
Pihak hotel juga amat bertuah kerana ADABI Consumers
Berhad sudi berkolaborasi lagi dalam menyediakan lima kawah bubur lambuk, serta
menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada anak-anak untuk kegunaan
mereka di sepanjang Ramadan tahun ini. Program ini merupakan kolaborasi tahun
kedua AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dengan ADABI.
Program pada tahun ini telah bermula seawal jam 10
pagi dengan acara gotong-royong memasak bubur lambuk pihak hotel bersama-sama wakil
ADABI menyediakan lima periuk bubur lambuk, untuk diagih-agihkan kepada orang
awam berhadapan hotel, termasuklah pejalan kaki, serta pemandu yang melalui
Jalan Tun Tan Cheng Lock.
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menceriakan
30 anak-anak PJKM dengan membawa mereka membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala
Lumpur, serta penyerahan sumbangan duit Raya RM50 setiap seorang, sebagai tanda
keprihatinannya dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat setempat.
Pihak hotel turut memberikan sejumlah wang tunai kepada PJKM untuk kegunaan
mereka pada Ramadan.
Program khidmat masyarakat, terutamanya pada setiap
Ramadan dan Syawal tidak asing lagi diadakan oleh warga kerja AnCasa Hotel
& Spa, Kuala Lumpur. Program setiap tahun ini merupakan tanggungjawab
sosial hotel untuk terus mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban
kepada mereka yang memerlukan.
Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Shah Azma
Khan Noor Mohammad menyatakan pihak hotel amat berbesar hati dapat meraikan
anak-anak yatim yang hadir.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat menjayakan program ini, terutama sekali ADABI Consumers
Berhad, Kopetro Travel & Tours, serta Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi
memberikan tajaan. Saya yakin dengan terlaksananya program ini, sedikit
sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada Ramadan al-Mubarak yang penuh
barakah ini, tegas Shah Azma Khan.
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut
menawarkan buffet Ramadan pada harga yang amat berpatutan, iaitu RM70.00 sahaja
bagi dewasa, manakala harga bagi kanak-kanak ialah RM40.00 (5-12 tahun).
Untuk tempahan, sila hubungi 03-20266060 sambungan
7703.
Sebarang pertanyaan media,
Mazlin Abdul
Malik
Group Public
Relations Manager
03 20266060
sambungan 7900
Nur Aliah
Najla Abdullah
Public
Relations Assistant
03 20266060
sambungan 7901
No comments:
Post a Comment