SASTERA BUDAYA

ANAK-ANAK YATIM TERUS DIRAIKAN DALAM RAMADAN

PADA 7 Mei 2019 bersamaan dengan 2 Ramadan 1440 lalu, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur berkongsi keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan al-Mubarak yang mulia bersama-sama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni (PJKM), menerusi program ‘Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal’. Penganjuran program tersebut sekali gus melancarkan Ramadan Buffet 2019 yang bertemakan ‘Aroma D’AnCasa’.
‘Indahnya Ramadan, Indahnya Syawal’ merupakan acara tahunan AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik, sekali gus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan, dan Syawal tidak lama lagi.
Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur kerana mendapat sokongan, dan penajaan rasmi Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd untuk pengangkutan bagi mengambil, dan menghantar anak-anak dari PJKM, serta bahan bacaan kanak-kanak dari Kumpulan Media Krangkraf (KMK).
Pihak hotel juga amat bertuah kerana ADABI Consumers Berhad sudi berkolaborasi lagi dalam menyediakan lima kawah bubur lambuk, serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada anak-anak untuk kegunaan mereka di sepanjang Ramadan tahun ini. Program ini merupakan kolaborasi tahun kedua AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur dengan ADABI.
Program pada tahun ini telah bermula seawal jam 10 pagi dengan acara gotong-royong memasak bubur lambuk pihak hotel bersama-sama wakil ADABI menyediakan lima periuk bubur lambuk, untuk diagih-agihkan kepada orang awam berhadapan hotel, termasuklah pejalan kaki, serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menceriakan 30 anak-anak PJKM dengan membawa mereka membeli baju raya di JAKEL Mall, Kuala Lumpur, serta penyerahan sumbangan duit Raya RM50 setiap seorang, sebagai tanda keprihatinannya dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat setempat. Pihak hotel turut memberikan sejumlah wang tunai kepada PJKM untuk kegunaan mereka pada Ramadan.
Program khidmat masyarakat, terutamanya pada setiap Ramadan dan Syawal tidak asing lagi diadakan oleh warga kerja AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Program setiap tahun ini merupakan tanggungjawab sosial hotel untuk terus mendekati masyarakat dengan membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan.
Naib Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Shah Azma Khan Noor Mohammad menyatakan pihak hotel amat berbesar hati dapat meraikan anak-anak yatim yang hadir.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini, terutama sekali ADABI Consumers Berhad, Kopetro Travel & Tours, serta Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi memberikan tajaan. Saya yakin dengan terlaksananya program ini, sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada Ramadan al-Mubarak yang penuh barakah ini, tegas Shah Azma Khan.
AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menawarkan buffet Ramadan pada harga yang amat berpatutan, iaitu RM70.00 sahaja bagi dewasa, manakala harga bagi kanak-kanak ialah RM40.00 (5-12 tahun).
Untuk tempahan, sila hubungi 03-20266060 sambungan 7703.
Sebarang pertanyaan media,
Mazlin Abdul Malik
Group Public Relations Manager
03 20266060 sambungan 7900

Nur Aliah Najla Abdullah
Public Relations Assistant
03 20266060 sambungan 7901



        
   

No comments:

Powered by Blogger.