SASTERA BUDAYA
KUASA ALLAH LEBIH BESAR
Roh Fasik, filem seram yang dibintangi Zaskia Sungkar
dan Irwansyah telah ditayangkan mulai 9 Mei 2019 lalu di pawagam-pawagam
Indonesia. Ia diarahkan oleh Ubay Fox yang pernah menghasilkan Kembang
Kantil, dan Rasuk.
Akbar (Evan Sanders) tidak lagi mahu beriman kepada
Allah dan Islam sejak kematian Zahra (Zaskia Sungkar), isterinya. Akbar sangat
mencintai Zahra. Hasil perkahwinan mereka memperoleh seorang anak perempuan, Amira
(Keinaya Meissi Gusti).
Setelah berkahwin dengan Renata (Denira Wiraguna), rumah
tangga Akbar tidak aman, sehinggalah sahabat lamanya, Ustaz Hasan (Irwansyah)
datang menziarahi, dan mengajak Akbar kembali ke jalan yang benar,
sekurang-kurangnya demi Amira.
Walaupun menolak, namun begitu akhirnya Akbar
mengizinkan Hasan mengajar Amira bertadarus. Sejak itulah kejadian-kejadian aneh
terjadi. Renata yang paling kerap diganggu oleh iblis yang menetap di rumahnya.
Gangguan bermula dari suasana panas ketika membaca al-Quran, kerasukan, sehinggalah
makhluk yang meniru wajah Akbar.
Entah dari mana sesosok iblis datang ke rumah
Akbar, dan Renata. Maklum, pasangan ini baru saja menikah. Akbar kesal dan
bebal kerana Zahra meninggal dengan cara yang tidak wajar.
Walau bagaimanapun, bukan iblis satu-satunya yang
menjadi penghalang kehidupan baharu Akbar, dan Renata. Akbar tidak lagi beriman
kepada Allah, dan mengingkari perintah-Nya, serta menganggap Dia tidak pernah
adil menyebabkan iblis mudah menghampiri untuk mengganggu.
Selain Zaskia Sungkar dan Irwansyah, aktor dan
aktres yang turut membintangi ‘Roh Fasik’ ialah Nagita Slavina, Volland
Hummigio, Abi Cancer, Egy Fedly, Kanaya Gleadys, dan Ratu Dewi.
Menurut Ubay, dia mengarahkan para pelakon Roh
Fasik berdasarkan naskhah yang ditulis olehnya bersama-sama Evelyn Afnilia.
Filem ini dinaungi studio produksi RA Pictures.
Filem ini secara tidak langsung mengumpulkan
kembali beberapa aktor dan aktres lama yang pernah berjaya dalam pelbagai film
pada era 2000-an.
Selepas di negara sendiri, Roh Fasik akan
ditayangkan di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam serentak mulai 5 Jun 2019
nanti, bersempena dengan sambutan Syawal 1440 Hijrah.
No comments:
Post a Comment