SASTERA BUDAYA
SATU HARI PADA 1958
SINGAPURA merupakan pusat perfileman yang
melahirkan sekian ramai bintang filem Melayu pada era 50-an. Namun demikian, kemunculan
televisyen hitam putih sebagai hiburan alternatif, dan kemasukan filem asing
menjadi penyumbang awal kemerosotan industri perfileman Melayu di negara pulau
itu pada era 50-an sehingga tertutupnya Studio Jalan Ampas yang telah 20 tahun
beroperasi.
Kisah perit perjuangan anak seni yang belum pernah
dikongsikan kini diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul Showtime
1958. Diilhamkan daripada peristiwa besar yang dikongsikan oleh seniman Datuk
Jamil Sulong, Showtime 1958 ialah karya tulisan anak Allahyarham
sendiri, Anwardi, yang turut menggalas tanggungjawab mengarah filem tersebut.
Showtime 1958 menampilkan beberapa kisah dalam tempoh 24
jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas
ketika itu.
Tahun 1958 merupakan tahun getir bagi kerjaya anak
seni yang mula goyang apabila Malay Filem Productions dihimpit masalah
kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal dari Semenanjung Tanah
Melayu (Malaya) mengambil keputusan pulang ke tanah air untuk menyertai Merdeka
Filem Studio di Hulu Kelang, yang dibuka selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 1957.
Showtime 1958 dibintangi pelakon-pelakon baharu dan lama
seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Josiah Lim, Bell
Ngasri, dan Mubarak Majid. Ia merupakan filem pertama terbitan Nafalia
Corporation yang telah banyak menerbitkan drama, dan rancangan bersiri untuk
stesen-stesen televisyen tempatan.
Majlis pelancaran penggambaran Showtime 1958
telah diadakan pada 15 Jun lalu di Panggung Seni, Kompleks Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia disempurnakan
oleh balu Allahyarham Jamil, Datuk Datin Rosnani Ludin, 83.
Turut menghadiri majlis yang juga menyambut Syawal
1440 Hijrah itu ialah penerbit, Farid K Ahmad, sebahagian daripada pelakon, dan
tenaga kerja Showtime 1958, serta wakil penaja.
Ebby Saifullah Ali yang bertindak sebagai pengarah
muzik, turut hadir mendendangkan lagu runut bunyi Showtime 1958, berjudul
‘Sayang’. Penyanyi, pelakon dan komposer veteran itu bergandingan dengan Raja
Iskandar Raja Ibrahim untuk penataan muzik filem berkenaan.
Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Atikah
Suhaimie, Bell Ngasri, dan Mubarak Majid antara pelakon yang hadir. Penerbit
bersama, Sarah Tang Yen Yen; penolong pengarah, Chris Aruel, pengarah
sinematografi, Norazam Mohd Yusoff; dan penyunting, Noorhafiz Mohamad Nor juga
tampil di pentas.
Dalam ucapannya, Farid menyatakan penghargaan
beliau kepada Rosnani dan Anwardi kerana kerana sudi berkongsi cerita untuk
dipaparkan. Beliau turut bersyukur kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (FINAS) kerana memberi kerjasama, dan pihak penaja yang sudi
memberikan penajaan.
Anwardi yang sebelum ini mengarahkan filem animasi Budak
Lapok (2007), dan live action Kerja Kahwin (2016/turut dibintangi Janna
Nick) pula memberi sedikit penjelasan, dan latar belakang beliau mengarahkan Showtime
1958.
Penggambaran filem Showtime
1958 yang menggunakan hanya sebuah lokasi sahaja, iaitu Panggung Seni, Kompeks
JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimulakan dua hari selepas pelancarannya.
Showtime 1958 dijangka menemui penonton pada Februari 2020.
No comments:
Post a Comment