EKONOMI
PRAPELANCARAN AiFIA 2020
SEBUAH anugerah berprestij akan
diadakan pada September depan dengam matlamat mengukuhkan lagi para usahawan
yang sedia ada, serta mencari dan memberi peluang untuk dana kepada pengasas
produk, atau usahawan agar lebih berdaya saing.
Anugerah
tersebut diberi nama Anugerah Kewangan Islam Asia dan Industri Pelaburan (AiFIA)
2020. Ia dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Pelaburan Islam Malaysia (MIICC),
Institut Perbankan & Kewangan Islam (IIiBF), dan Markamarie Malaysia Sdn Bhd.
Walaupun
diperkasakan oleh wanita untuk semua pihak, tetapi AiFIA 2020 bukan feminin.
Untuk manfaat semua pihak sudah menunjukkan ia tidak berat sebelah, atau bias.
Menurut
Pengerusi MIICC, Datin Raskidah Ali, pihaknya berharap dapat menjadi platform, dan
pemberi anugerah yang paling berwibawa dalam industri pelaburan, dan kewangan
Islamik global.
MIICC,
tegas Raskidah, mahu/cenderung memilih produk pelaburan Islamik terbaik di
seluruh Asia. Sistem permarkahan yang menilai kedua-dua faktor kualitatif dan
kuantitafif, tambah beliau, diambil kira untuk menentukan pemenang dalam AiFIA
2020.
Anugerah
AiFIA 2020 akan diadakan ketika malam gala penuh berprestij di Kuala Lumpur. Prapelancaran
AiFIA 2020 telah diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu yang turut
dihadiri Pengasas Bersama Markamarie Malaysia Sdn Bhd, Datin Sharon M Zillah;
Dekan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, IIIBF, Prof Madya Dr Salina
Kassim; Ismael H Semin (pakar pemasaran dan pembangunan perniagaan) dan Franka Soeria
(pakar fesyen sopan dunia) dari Markamarie Global; Ketua Pengurus Operasi
Markamarie Malaysia Sdn Bhd, Remy Eldhani, , dan Raskidah sendiri.
Jelas
Remy, selain malam anugerah, acara yang akan diadakan untuk mengisi AiFIA 2020
termasuklah Meet Your Investor (MYI) - Bertemu dengan pelabur/penaja
berpotensi untuk produk Islamik yang baru bermula, pendaftaran untuk
jenama/pereka fesyen bagi mendapatkan bantuan dalam anugerah berkenaan, dan Meet
the Buyer – pereka/jenama fesyen boleh bertemu dengan pembeli, dan sesi
tertutup bersama-sama mereka dalam anugerah tersebut.
#MARKAMARIE
#Markamarie memulakan kembara serantaunya di Indonesia
pada 2017, dan diasaskan oleh tiga individu yang pakar dalam bidang mereka,
iaitu Franka Soeria (pakar fesyen sopan dunia), Ismael Semin (pakar pemasaran
dan pembangunan perniagaan), dan Gokhan Semin (pakar komunikasi dan digital).
Matlamat #Markamarie ialah menjadi pintu gerbang bagi
fesyen sopan di Asia, serta sebagai hab fesyen, dan industri kreatif.
Berbekalkan pusat operasi, serta pejabat di Indonesia, dan Turki, #Markamarie
telah memulakan momentum yang jitu dalam menyediakan perkhidmatan lengkap segala
perkara untuk jenama fesyen, dari segi penjenamaan digital dalam, dan luar
talian (online dan offline), jemputan serta pembikinan
acara-acara fesyen yang berprestij, dan membantu sesuatu jenama fesyen itu
menakluki pasaran global.
Selepas membuka pejabatnya di Malaysia dan India pada
2020, #Markamarie akan beroperasi di Amerika Syarikat (AS) pula mulai 2021.
Sebagai track
record, #Markamarie pernah berkolaborasi dengan institusi terkenal, dan
berwibawa dunia seperti UNCHR, dan Minggu Fesyen Sopan Rasmi (Official Modest Fashion Weeks/Istanbul-London-Dubai-Jakarta-Amsterdam).
Antara projek besar yang bakal dianjurkan oleh @Markmarie
termasuklah penerbitan buku dan filem dengan kerjasama dari AS, dan Itali untuk
pasaran global.
Antara projek bersama-sama #MarkamarieMalaysia pula
termasuklah:
- menganjurkan AiFIA & Membiayai Pengasas (Funding the Founders) bersama-sama MIICC
dan IIiBF.
- Akademi Blogger Asia (Asian Blogger Academy) bersama-sama MIICC, dan universiti awam
terkemuka Malaysia.
- memasarkan pereka dan jenama fesyen Malaysia
menerusi platform #Markamarie.
- melibatkan pereka dan jenama fesyen di Malaysia
untuk projek secara global.
PERSPEKTIF KOLABORASI MIICC, IIiBF
DENGAN #MARKAMARIE
Tidak
dinafikan bahawa penghubung antara fesyen sopan, sektor kewangan, pelaburan,
dengan fesyen sopan merupakan antara faktor ekonomi penting. Justeru, ia
menjadi faktor #Markamarie memerlukan pelabur berwibawa untuk fesyen
sopan/Islamik di Malaysia.
#Markamarie
boleh membantu para pengasas fesyen sopan meningkatkan lagi jenama mereka. Ia
boleh menghubungkan ekonomi dari bidang kreatif ke sektor kewangan untuk
melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dalam lapangan seni kreatif.
Antara visi
#Markamarie termasuklah:
a) melabur untuk para pengasas
perniagaan (funding the funders). Ia
akan memupuk para pereka dan jenama fesyen menerusi beberapa siri kursus yang bakal
diterajuinya.
b) AiFIA 2020 pada September nanti
sebagai malam anugerah khas buat para pelabur, syarikat serta individu yang
memberi sumbangan kewangan Islam, serta pelaburan yang ada nilai-nilai sosial
murni. Selain AiFIA 2020, #Markamarie akan menganjurkan pameran, serta sesi
bertemu pelabur dan pembeli, bersama-sama para usahawan terpilih.