EKONOMI
TODAK MOTORSPORTS ‘LANGGAR’
UNTUK BERJAYA
SEBELUM dijenamakan semula
menjadi TODAK MOTORSPORTS, namanya ialah TODAK Racing. Penjenamaan semula ini
membawa misi yang lebih besar, dan mengemaskan perancangan agar semakin agresif
pada 2020.
Pra
pelancaran TODAK MOTORSPORTS yang diadakan pada 13 Februari 2020 lalu di Kotak
Hitam, Todak Fusion, Setia Alam bukan sekadar pengumuman, sebaliknya menyatakan
hala tuju kelab komuniti ini dibina sebagai satu dukungan, dan inisiatif
menyemarakkan arena sukan negara.
Turut
menghadiri majlis tersebut ialah pengasas TODAK, Khairul Azlan, Presiden Todak
Management & Racer, Hafiez Mycil, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion,
Ikmal Fareeq, jurulatih Admi, serta artis baharu Todak Music, penyanyi Fadh
Majid, dan Razak A’ai.
Sebelum
ucapan oleh Presiden Todak Management & Racer, pengasas TODAK yang juga
dikenali sebagai Lan Todak menyampaikan ucapan alu-aluan/pembukaan. Khairul
menceritakan sedikit sebanyak latar belakang penubuhan TODAK Racing, dan
kemudian berubah kepada TODAK MOTORSPORTS.
Menurut
Hafiez atau Mohamed Hafiz, kejayaan-kejayaan memenangi perlumbaan yang
disertainya pada musim lalu memberikan keyakinan bahawa pihaknya telah bersedia
bergerak dalam skala lebih besar di bawah jenama TODAK MOTORSPORTS.
Jika
sebelum ini, tambah Hafiz dalam ucapannya, TODAK Racing lebih menumpukan pada
kepelbagaian sukan permotoran di bawah satu entiti.
Jelas
Hafiz, penubuhan TODAK MOTORSPORTS membolehkan disiplin lain seperti drift,
drag, gymkana, dan konvoi, serta banyak lagi acara sukan bermotor
duduk di bawah labelnya.
Hafiz
yang juga salah seorang jurulatih pemanduan menyenarakan antara perancangan
tahun 2020, iaitu Trackday Sepang dilanggar TODAK (tiga kali), Mega
Gathering Meet Up and Fun Drive, Advance Driving Session with Admi and
Mycil, program CSR, Drag Terpadu 2020, Malaysia Speed Festival
Super 1500N, MSF Touge, dan MCS SP2.
Tambah
Hafiz, sokongan para pemain industri permotoran amat penting dalam menjelmakan
impian TODAK MOTORSPORTS, kelab komuniti kekal yang serius untuk melihat
pasukan pelumba tempatan menakluki pentas antarabangsa.
Hafiz
seterusnya berharap TODAK MOTORSPORTS dapat bekerjasama dengan pihak yang
berminat untuk berkolaborasi, sekali gus membawa misi serupa, iaitu menaikkan
sukan permotoran negara.
Selain
berucap, Khairul Azlan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 orang
peserta TODAK RACING/MOTORSPORTS. Khairul juga menerima ucapan mengejut untuk
hari ulang tahun kelahirannya.
Artis
baharu Todak Music, Fadh Majid, dan Razak A’ai turut mendendangkan lagu mereka
sebagai penyeri majlis pra pelancaran TODAK MOTORSPORTS.
No comments:
Post a Comment